Thursday, April 30, 2009

Usahawan Minyak Pelincir TPC Global

(Post: Bahasa Melayu)
"Minyak pelincir TPC Global dapat meningkatkan kuasa enjin sekali gus menjimatkan penggunaan petrol dan diesel serta boleh digunakan sehingga 10,000 kilometer dan sesuai bagi semua jenis kenderaan."

Dengan slogan 'Lebih Jimat, Lebih Kuasa, Selamat dan Terjamin', minyak pelincir TPC Global terbukti memberi kepuasan kepada pengguna.

Bagi individu yang menggunakan kenderaan untuk menjalankan tugas harian selain kerap berjalan jauh seperti pulang ke kampung setiap bulan, minyak pelincir TPC wajar menjadi pilihan.

Ini kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan minyak petrol malah, mampu memberi insentif lumayan kepada para pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif TPC Global, Azman Baddit memberitahu, kesungguhannya memasarkan produk tersebut adalah untuk membantu pengguna menjimatkan belanjawan bulanan.

"Matlamat utama TPC Global adalah untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana dan perbelanjaan harian minyak kereta mereka."

"Selain itu, apabila mereka sudah berpuas hati dengan produk tersebut, pengguna yang berminat boleh menyertai kumpulan TPC Global untuk memasarkannya sebagai satu peluang perniagaan."

"Pada masa yang sama, pengguna dapat menjana tambahan pendapatan masing-masing," katanya yang mengulas mengenai konsep TPC Global pada Seminar Usahawan TPC Global di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, kebanyakan ahli mahupun ejen mereka akan menggunakan produk TPC Global terlebih dahulu sebelum memperkenalkannya kepada rakan-rakan.

"Pada mulanya, mereka memilih produk ini untuk kegunaan sendiri. Selepas berpuas hati, kami akan melatih pengguna yang berminat untuk memasarkannya."

"Dari situ, mereka boleh memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan," tambahnya.

INFO:
Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut tentang peluang perniagaan TPC Global, boleh menghubungi talian 013-5135679.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Bunga Gantungan La Fleur

(Post: Bahasa Melayu)
"Mengenai bunga gantungan, ia banyak bergantung kepada kreativiti seseorang dalam mengolahnya. Pemilihan corak, warna atau bentuk bunga-bungaan itu sebenarnya penentu kepada seni yang dilatarkan si pengkaryanya."

Inspirasi dalam rekaan semakin melihat perapian dan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan sesuatu yang indah lagi berseni.

Sentuhan La Fleur Sdn Bhd (La Fleur) cuba bereksperimen untuk membentuk bunga gantungan menarik di sudut tertentu di rumah atau majlis keraian.

Biarpun ia sudah banyak dilakukan, pusat perkahwinan atau kedai berorientasikan bunga-bungaan dan gubahan ini menterjemahkan sesuatu yang menarik dalam ilmu menghias.

Menurut Pah Yoke Lan yang mengusahakan syarikat itu bersama dua kakaknya, La Fleur yang berusia lebih lima tahun itu banyak menyuntik rekaan klasik dan moden dalam gubahan yang dihasilkan.

"Kami selalu mereka gubahan terbaru dalam merealisasikan bunga sebagai sesuatu yang indah untuk diketengahkan. Ia mungkin idea sendiri, tetapi cetusan daripada pelanggan yang bernas tetap diutamakan."

"Kebanyakan pelanggan mahukan suntikan lain daripada yang lain. Kami sering melakukan yang terbaik dan jarang ditolak pelanggan," katanya yang menjalankan operasi perniagaannya di Bandar Baru Ampang, Selangor.

Menurut Yoke Lan, harga antara RM39 hingga RM150 bagi setiap satu gubahan hantaran adalah berbaloi memandangkan bahan gubahan itu sendiri diperoleh pada harga agak mahal.

Namun, katanya, pelanggan bukan hanya terbatas di sekitar Lembah Klang, tetapi dari Johor dan Pulau Pinang bahkan hingga ke negeri lain yang turut mendapatkan khidmat syarikatnya.

Sumber: myMetro
Foto:
Flickr - dee83

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Urban Bhangra Malaysia GOLDKARTZ

(Post: Bahasa Melayu)
"Biarpun 65 peratus daripada album ini menampilkan lagu-lagu dalam bahasa Punjabi tetapi hampir kesemua trek lagu mempunyai lirik bahasa Inggeris dan dua trek khas disampaikan dalam bahawa Melayu dan Tamil."

Manjit, 24, atau lebih mesra dengan panggilan M-ji, mahir bermain alat muzik harmonium manakala Sukhjit, 20, menyerlah dalam memukul tabla, dhol dan dholak.

Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang rata-ratanya peguam, minat yang sama juga bercambah dalam diri M-ji dan Sukhjit atau lebih mesra dengan panggilan Surj.

"Bapa, abang (Amarjit Singh Gill) dan kakak (Ranjit Kaur Gill) adalah peguam, jadi minat tersebut turut mengalir dalam darah kami," kata M-ji yang juga bekas graduan jurusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Lebih menggembirakan apabila lagu Tu Khendi She nyanyian beliau dan adiknya, Sukhjit Singh Gill, 20, dicalonkan dalam kategori Lagu India Tempatan Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009).

Penyenaraian ini membawa makna yang cukup besar kepada kedua-duanya dalam penerbitan album sulung mereka berjudul Loaded daripada Goldkartz.

Dengan status AIM yang setaraf dengan Anugerah Grammy di Amerika Syarikat (AS), mereka tidak khuatir bahawa peluang keemasan ini membuka laluan menaikkan nama Goldkartz di bawah label EMI dan Warner Music. Penerbit eksekutifnya ialah Goldkartz Productions dan Freddie Fernandez.

Goldkartz Loaded yang dilancarkan pada 19 Januari 2008, menghimpunkan trek lagu-lagu Urban Bhangra yang meliputi house music, hip hop, R&B, drum & bass, reggae, techno dan urban. Sebelum ini, genre muzik seumpamanya tidak pernah dikeluarkan walaupun dipopularkan di India dan UK.

Penghijrahan M-ji ke Kuala Lumpur bagi melanjutkan pelajarannya di UIAM tidak mengganggu hobinya. Sambil mencari masa senggang, kedua-dua adik-beradik ini giat 'berkawan' dan berlatih dengan 'orang lama' mengenai selok-belok industri muzik.

Kenapa memiilih nama kumpulan Goldkartz? "Emas adalah komoditi yang dihargai ramai dan potongan karat yang kemas mengertikan kualiti berlian yang tinggi nilainya."

Dengan penguasaan raag atau mod melodi muzik klasik India, M-ji dan Surj menjalankan segala tugasan rakaman, penyusunan, penulisan lirik, penggabungan dan pembikinan album di Malaysia.

"Berita gembiranya ialah kami sudah pun membuat rakaman video muzik bagi tiga buah lagu dan ia akan menemui anda tidak lama lagi," kata M-ji.

Secara praktikal, dalam sebuah komuniti yang moden dan pesat membangun seperti Malaysia, masyarakat Sikh telah berjaya memartabatkan diri dan status ekonomi. Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada penerimaan unsur muzik yang moden atau fusion.

Kepada M-ji dan Surj pula, mereka yakin walaupun komuniti Sikh adalah kecil, ia tidak menggugat tahap sasaran pendengar. Ini kerana genre muzik Urban Bhangra turut diminati oleh masyarakat India dan Melayu.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, April 29, 2009

Perusahaan Coklat BS

(Post: Bahasa Melayu)
"Bahkan lebih membanggakan, coklat dari kampung buatan usahawan bumiputera itu telah berjaya memikat tiga buah syarikat Jerman ketika menyertai pameran coklat dan biskut di Colonge, Jerman baru-baru ini."

Ungkapan Sense of Village Chocolate (Rasa Coklat Kampung) pada coklat Beryiel's Chinno itu bagaikan memberi gambaran dari mana asalnya. Dibungkus rapi persis coklat-coklat luar negara, ia merupakan coklat tempatan yang dihasilkan di Kluang, Johor.

Meskipun berasal dari desa, coklat buatan Malaysia itu mampu menawarkan mutu coklat setanding dengan coklat-coklat import.

Beryiel's Chinno merupakan antara coklat keluaran syarikat Brely's Secret (BS). Selain Beryiel's Chinno, BS turut menghasilkan jenama coklat Brely's Secret dan La Vasse.

"Ungkapan itu seakan-akan memberi makna yang orang kampung juga mampu buat coklat," kata Ketua Pegawai Eksekutif BS, Mohd. Hairul Azizi Amat Tokimin.

"Sebenarnya, coklat daripada industri kecil dan sederhana (IKS) seperti kami sama sahaja mutunya dengan coklat-coklat import dari luar negara. Rasanya pun sama enak. Cuma yang membezakan adalah jumlah yang dapat kami keluarkan," ujarnya sambil memberitahu pihaknya telah menghasilkan 60 jenis coklat.

Hairul, 29, menyifatkan coklatnya semakin mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat dan para pelancong terutama pelancong-pelancong Singapura.

"Mereka rasa coklat saya, lalu bertanya buat sendirikah? Mereka kata, ia sangat sedap. Mereka beli coklat saya dalam kuantiti yang banyak. Mungkin juga kerana nilai wang mereka yang lebih besar memberikan mereka kuasa membeli yang lebih besar," katanya.

"Tiga syarikat Jerman tertarik dengan coklat kami dan berhasrat untuk memasarkannya di negara mereka," katanya sambil memberitahu BS dijangka memiliki kilang yang lebih besar di Gombak, Selangor pada Ogos ini. Ia dijangka mampu mengeluarkan 23 tan coklat dalam sebulan berbanding 1.5 tan sahaja di kilang di Kluang.

"Ia sebagai usaha untuk menghasilkan produk coklat yang halal. Saya akan pastikan ia bersumberkan yang halal. Saya tahu, terdapat banyak coklat import di pasaran yang tidak halal," katanya sambil memberitahu produknya diluluskan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"BS baru beroperasi sejak hampir dua tahun lalu tetapi kerja-kerja perusahaan coklat kami telah bermula sejak tahun 2006 lagi. Kami ada menggunakan nama seperti Azwa, tetapi ia sukar untuk memikat hati masyarakat kita."

"Dalam tempoh itu, kami buat kajian dan dapati kebanyakan coklat di dunia menggunakan nama daripada bahasa Perancis atau Latin. Maka, kami terpaksa mengikut keadaan itu jika mahu terus bersaing. Kini, dengan nama seperti Breyl's (yang bermaksud coklat), orang pun tidak tahu itu produk buatan tempatan."

"Tetapi, itu tidak bermakna, kami akan menggunakan nama-nama seperti itu selamanya. Ia cuma strategi sementara. Apabila produk kami sudah dikenali dan diterima masyarakat, kami akan menggunakan nama Melayu," katanya.

Hairul berkata, pihaknya tidak lupa untuk mengharmonikan coklat keluarannya dengan cita rasa tempatan. Mereka menghasilkan coklat berherba tongkat ali, kacip fatimah, roselle dan kayu manis. Selain itu juga, mereka menghasilkan coklat dengan perisa buah-buahan tempatan seperti durian, mangga dan pisang.

Hairul menyifatkan industri membuat coklat merupakan industri yang amat berpotensi di negara ini, cuma masalah utamanya adalah kekurangan sumber koko.

INFO:
Lokasi: Brely's Secret Chocolate House Desaru, Bandar Penawar, Johor

Telefon: 012-2705720 (Hairul)

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

NinaKimi Handmade Leather Sandals

(Post: Bahasa Melayu)
"Ada juga pelanggan yang menjadikan selipar kulit NinaKimi sebagai hadiah kepada tetamu di majlis persandingan. Semuanya tidak mustahil kerana kami bersedia menerima pesanan mengikut kehendak pelanggan."

Seorang gadis manis berusia 25 tahun, Rusyarina Zulkafly mengembangkan ilmu diperturunkan bapanya bagi menghasilkan objek yang cantik dan berguna sesuai minat si empunya diri.

Rusyarina berkata, idea menghasilkan selipar kulit buatan tangan bermula selepas melihat bapanya membuat capal.

"Sehingga sekarang saya masih bercita-cita untuk mendalami ilmu pembuatan dan rekaan kasut kerana saya tahu industri itu punya potensi malah tidak ramai orang memiliki kemahiran menghasilkan kasut," katanya.

Kini, Rusyarina atau mesra disapa sebagai Nina dipertanggungjawabkan bapa bagi meneruskan kesinambungan tradisi membuat capal melalui perniagaan milik keluarga, NinaKimi Handmade Leather Sandals (NinaKimi).

"Ayah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan kilang di Ipoh dan saya sangat bersyukur kerana berkat tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan keluarga umpama doa untuk saya terus mengembangkan perniagaan," katanya.

Bagaimanapun, lumrah anak seni yang dikurniakan bakat dan kreativiti membuatkan Nina tekad menghasilkan rekaan selipar kulit bertampal motif khusus untuk wanita. Apabila sambutan yang diterima menggalakkan, rekaan mula dikembangkan pula kepada gladiator kulit yang menjadi kegilaan wanita ketika ini.

Rekaan selipar kulit buatan tangan ditawarkan NinaKimi mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menurut Nina, selain berpeluang memilih pelbagai corak yang disediakan, dia juga menerima tempahan seperti diinginkan pelanggan.

"Bukan saja corak dan warna tapi kami juga bersedia memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan lakaran (initial) pada selipar kulit seperti nama kekasih, hari lahir atau dijadikan ]couple flip flops' untuk pasangan bercinta."

Setiap tempahan akan disiapkan di dalam tempoh dua minggu termasuk proses pemilihan rekaan, saiz dan penghantaran.

"Kilang NinaKimi di Ipoh, Perak mempunyai mesin 'press' dan mesin jahit untuk kulit. Jadi proses menyiapkan tidak mengambil masa lama. Biasanya dalam satu hari kami mampu menyiapkan sehingga 23 pasang selipar kulit."

Nina berkata, dia menggunakan tiga jenis kulit iaitu kulit lembut, kambing dan biri-biri. Tekstur kulit lembu dan kambing kebiasaannya menjadi pilihan ramai pelanggan kerana ia lebih halus dan lembut.

Motif ditawarkan Nina berkata, sehingga kini dia telah menghasilkan lebih daripada 50 motif untuk selipar kulit menggunakan tema tertentu seperti Animal Kingdom, Famous Characters, Starry Starry Night, Technicolor Rainbow dan banyak lagi.

"Ramai pelanggan suka melihat rekaan selipar dan gladiator NinaKimi yang berwarna-warni. Kebiasaannya mereka gemar memilih selipar dalam rona terang," katanya.

Gadis manis itu juga begitu optimis mengatur perjalanan NinaKimi. Selain mahu mempelbagaikan rekaan, dia juga bercadang untuk membeli mesin hot stamping bagi memudahkan proses melabel barangan kulit buatan NinaKimi.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Cendawan Nutri Agrotech Enterprise

(Post: Bahasa Melayu)
"Di bawah syarikat Nutri Agrotech Enterprise, buat masa ini terdapat enam rumah cendawan yang tapak asal merupakan tanah terbiar di kampung."

Kerjaya sebagai jurutera projek menyebabkan Mohd Asmawi Mohamed Noor, 33, sukar membuat keputusan sama ada meletakkan jawatan atau membabitkan diri sepenuhnya sebagai penanam cendawan di kampung halamannya, di Padang Salim, Peringat, Kota Bharu Kelantan.

Seperti cinta yang baru berputik apabila aktiviti suka-suka membina dua rumah cendawan di kampung mula mengeluarkan hasil dan berpotensi untuk dimajukan, rasa cinta itu mula bercambah tetapi saya keliru membuat keputusan."

"Bagaimanapun lepas setahun, saya nekad terjun dalam bidang pertanian apabila tanaman cendawan di dua buah bangsal menunjukkan potensi memberangsangkan dan memberi pulangan berbaloi," ujar lulusan kejuruteraan di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kuala Lumpur ini.

Bersama adik iparnya Azuddin Zakaria, 33 , kini Asmawi bergelar usahawan apabila berjaya mengeluar dan memasarkan cendawan sebanyak 130 hingga 150 kilogram sehari.

Di samping itu, Asmawi turut menerokai bidang baru sebagai pembekal anak benih cendawan yang telah siap diisi dalam polibeg dengan harga RM1.20.

Sejak akhir tahun lalu pula, dia bekerjasama dengan Jabatan Pertanian negeri menganjurkan kursus penanaman cendawan kepada mana-mana pihak yang berminat selama tiga hari dengan yuran RM150 seorang.

Bermula dengan dua rumah diperbuat dari bangsal kayu berdinding dan beratap nipah seluas 20 kaki lebar dan di tepi rumah ibunya, bermodal daripada poket sendiri, Mohd. Asmawi mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu dan bercadang menambah jenis black jelly pada masa hadapan.

"Dalam sebuah rumah cendawan seluas 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang yang dibina daripada rangka besi dan kanvas mampu memuatkan 15,000 polibeg yang disusun atas rak-rak secara bertingkat," katanya.

"Setiap polibeg mengeluarkan 200 hingga 300 gram hasil dan bergantung kepada kesuburan benih yang akan dikutip mengikut permintaan dan keadaan kelopak cendawan itu sendiri."

Menurut Mohd. Asmawi, tanaman yang memerlukan kawalan suhu sinar matahari itu boleh dikutip hasilnya selama tujuh kali berturut-turut sebelum direhatkan selama 15 hari sebelum hujungnya ditutup semula untuk memberi peluang kepada kampit lain mengeluarkan hasil.

Mohd. Asmawi yang mempunyai pembekal tetap menjual secara borong RM5 sekilogram (harga pasaran RM8 hingga RM10 sekilogram) untuk pasaran pasar basah dan pasar tani berhampiran.

"Tahun ini, sebanyak empat rumah lagi akan ditambah untuk memenuhi permintaan yang cukup menggalakkan daripada pembekal dan orang ramai," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Chikos Vatos Chopper

(Post: Bahasa Melayu)
"Bermula dengan sekadar suka-suka tetapi kini hasil ciptaan mereka semakin semakin mendapat perhatian dan tempahan termasuklah sebuah tempahan khas daripada sebuah hotel yang meletakkan basikal ciptaan Boy di lobi hotel sebagai tarikan."

Harus diingat kemahuan mengatasi segala-galanya, cuma perlukan ketekunan, ketelitian, kesungguhan serta sokongan orang di sekeliling.

Negara kita juga mempunyai 'Malaysian Chopper' tetapi bukannya motosikal tetapi menggunakan basikal yang diubahsuai menggunakan idea motosikal Chopper serta jenama lain.

Seorang anak muda, Ahma Saifuddin Yusuf, 29, atau lebih dikenali dengan gelaran 'Boy' adalah peminat fanatik motosikal Chopper dan kini menterjemahkan minatnya dengan mereka cipta basikal Chopper berpangkalan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Memang pelik tetapi sangat menarik melihat kemampuannya yang kini sudah pun menyiapkan 15 buah basikal pelbagai jenis sejak tiga tahun lalu.

Semuanya dibuat kerana minat dan sekadar mencari keseronokan jiwa anak muda.

Hasil dorongan rakan karibnya, Azlan Saidin, 35, Amir Zakaria, 26, Aidi Azha Mohd Tahir, 30, dan Firdaus Yahya, 29, kini Boy menumpukan sepenuh masa kepada merealisasikan minat dengan bantuan dan sumbangan mereka.

Beliau hanya mengguna semula barangan terpakai dan ditokok tambah dengan produk tempatan yang diubahsuai mengikut kehendak pelanggan serta kreativiti mereka dengan mencuba menjadikan basikal itu seolah-olah 'motosikal Harley Havidson' atau Chopper.

"Saya mempunyai banyak idea, buat lakaran. Kawan-kawan banyak membantu, ada yang mengecat, mengimpal dan memberikan idea. Kami sering berkumpul dan mengayuh bersama," katanya.

Selepas peminat basikal Chopper itu semakin ramai, Boy membuat keputusan menubuhkan satu kumpulan peminat basikal yang dinamakan Chikos Vatos Chopper (CVC).

Mengenai idea menamakan kumpulan itu, Boy menjelaskan ia mengenai kisah hidupnya yang membawa masuk budak kampung yang minat kepada motosikal jenama Chopper.

Setiap basikal akan dijual mengikut corak dan jenis yang dikehendaki pelanggan. Kebiasaannya ia dijual pada harga RM800 ke atas tetapi secara puratanya ia melebihi nilai RM1,000. Semua pendapatan itu akan digunakan untuk membuat modal pusingan mendapatkan bekalan barang dan peralatan.

Jika tidak mempunyai tugasan khas, boy bersama rakan CVC akan mengayuh basikal istimewa itu di tengah kota Kuala Lumpur dan kehadiran mereka memang menarik perhatian umum. Ini memberi kepuasan tersendiri kepadanya kerana berjaya mempamerkan hasil kreativiti yang berfungsi elok.

INFO:
Tema dan jenis basikal ciptaan Boy:
- Chopper
- Low Rider
- Springger
- Klasik corak 50-an

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, April 20, 2009

Penternakan Ikan Arowana

(Post: Bahasa Melayu)
"Harga seekor anak ikan arowana bersaiz tiga inci iaitu Malaysia red gold adalah RM1,600 hingga RM2,000, red arowana RM1,200 hingga RM1,500 dan Indonesia gold adalah RM500. Harga seekor induk matang boleh mencapai sehingga puluhan ribu ringgit."

Ternakan ikan arowana merupakan industri ikan hiasan yang semakin berkembang pesat di sekitar kawasan Bukit Merah, Perak.

Antara sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan operasi menternak dan membiak ikan arowana adalah M U Arowana Aquaculture berhampiran Bukit Merah, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sahibol Anwar Arba'e berkata semuanya bermula dengan minat terhadap ikan hiasan paling mahal di dunia itu.

"Ketika itu saya mula membeli ikan arowana gold dengan harga RM2,000 seekor dan selepas beberapa bulan nilainya meningkat sehingga RM7,000 seekor."

"Pada masa itu saya menyedari ternakan ikan hiasan arowana berpotensi besar untuk dimajukan selain menguntungkan," katanya yang sebelum ini banyak menceburkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan.

Mengkaji mengenai habitat arowana pada awal 2006, Sahibol memulakan projek ternakan dengan membina lapan buah kolam dengan keluasan 20 kaki x 50 kaki. Pada pertengahan tahun yang sama, beliau mula mengisi setiap kolam dengan enam ekor ikan jantan dan 10 betina.

M U Arowana Aquaculture memberikan penekanan dalam menternak tiga jenis arowana iaitu Malaysia gold arowana, red arowana dari Kalimantan dan Indonesia gold.

"Ikan arowana sebenarnya tidak sukar dijaga tetapi disebabkan harganya yang mahal, ramai yang menyangka ia memerlukan penjagaan yang rapi," katanya.

"Ikan arowana amat unik dibanding dengan ikan-ikan hiasan lain kerana ia membiak secara semula jadi dan tidak memerlukan bantuan manusia seperti teknik aruhan."

Sehingga kini M U Arowana Aquaculture beroperasi di atas tanah seluas 5.2 hektar (13 ekar) yang menempatkan 99 buah kolam dan mereka mensasarkan untuk membina 100 kolam lagi pada tahun ini.

Apa yang lebih menarik M U Arowana Aquaculture juga menawarkan skim perkongsian keuntungan bagi peminat ikan arowana yang mempunyai modal tetapi kurang pengetahuan.

"Di sini, mereka boleh melabur selama lima tahun dengan membeli ikan induk untuk satu kolam dan kami akan menjalankan segala tugas penyelenggaraan dan pengurusan. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi dua antara pelabur dan pengusaha sehingga tamat tempoh kontrak," katanya.

Bercerita mengenai arowana, kata Sahibol, ikan ini hanya bertelur setahun sekali dan tiada masalah bekalan berlebihan dan harganya tidak pernah jatuh kerana mendapat permintaan yang tinggi dari negara-negara seperti Jepun, China, Taiwan, Kanada, Hong Kong, Eropah dan India.

Sumber: Utusan Malaysia Online
Foto:
Arowanacanada

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, April 15, 2009

Usahawan Komputer I-Tech Technology

(Post: Bahasa Melayu)
"Beliau pernah dicerca dan diketepikan dalam 11 temu duga kerja hanya kerana kekurangan dirinya yang dilahirkan sebagai insan kerdil."

Namun, ia terbukti tidak pernah mematahkan semangat Firdaus Mohamad @ Kamal yang biarpun baru berusia 20 tahun tetapi sudah mampu meraih pendapatan empat angka iaitu sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Ini hasil usahanya sebagai usahawan syarikat I Tech Technology yang menyediakan perkhidmatan baik pulih dan aksesori komputer miliknya di Segambut.

Biarpun ketinggiannya cuma 115 sentimeter, namun jiwa, hati, tekad dan semangatnya jauh lebih besar daripada insan normal lain dan sanggup menempuh dugaan yang melanda hasil persepsi negatif segelintir masyarakat yang meragui kemampuannya.

"Biarlah apa orang nak kata. Apa lebih penting adalah impian dan semangat untuk menjadikan apa yang kita inginkan itu satu kenyataan. Memang orang boleh kata apa pun, tetapi pokok pangkalnya, terletak pada diri sendiri. Alhamdulillah, setakat ini, Allah permudahkan usaha saya," katanya.

"Tahun lalu, saya menemui Pengurus Pusat Giat Mara Segambut, Nurul Azimah Mohd Ani. Akhirnya pada Julai 2008, saya dapat membuka I-Tech Technology yang buat sementara ini ditempatkan di lot kedai di Pusat Teknopreneurs Giat Mara di Taman Sri Sinar, juga di Segambut."

Hasil bantuan Pusat Giat Mara yang memberinya elaun sara hidup RM200 sebulan, membayarkan sewa tapak kedai, menyediakan peralatan untuk beroperasi serta wang RM1,000 dipinjam daripada abangnya, Firdaus akhirnya membuka I-Tech Technology.

"Biarpun penat kerana waktu kerja yang tidak menentu, apa yang penting, kita harus jujur, ikhlas dan berusaha selagi terdaya," katanya yang turut menjadi mentor kepada sekumpulan bekas pelatih Pusat Giat Mara berkenaan.

INFO:
Perkhidmatan disediakan termasuk membaikpulih komputer, aksesori komputer dan 'networking' komputer.

Lokasi: Pusat Teknopreneurs, No 20, Jalan 6/38D, Taman Sri Sinar, Segambut, 51200, Kuala Lumpur

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, April 14, 2009

House of Coconut Shell

(Post: Bahasa Melayu)
"Tempahan pertama yang kami terima daripada Kraftangan Malaysia berupa sayap rama-rama iaitu sebanyak 1,500 keping. Ia berjaya disiapkan selepas sebulan setengah bertungkus lumus memotong tempurung tanpa bantuan mesin."

Bagi pasangan suami isteri, Syalily Sajad dan suami, Azmi Taha, barang terbuang jika diolah dengan kreativiti berbekalkan semangat yang tinggi pasti menjanjikan pulangan berlipat ganda.

Berpayungkan label House of Coconut Shell sudah jelas memberikan bayangan kepada peminat produk kraf dan aksesori berkonsepkan kontemporari mengenai barangan yang dihasilkan Syalily dan Azmi.

Antara aksesori yang dihasilkan ialah rantai, gelang, loket rantai, sepit rambut, anting-anting, pengikat rambut, kepala tali pinggang, dan tali pinggang diperbuat daripada tempurung kelapa.

Selain perhiasan wanita, House of Coconut Shell juga mengeluarkan rangkaian produk perhiasan rumah seperti bidai, lampu dan tabung syiling. Malah, jenama tempatan ini juga turut membekalkan bekas sabun daripada tempurung kelapa ke hotel.

Medium yang digunakan seratus peratus berasaskan kulit tempurung sememangnya jelas menonjolkan keunikan dan kelainan khususnya di dalam pembuatan aksesori wanita.

Malah produk diperbuat daripada tempurung juga berkualiti dan tahan lama walaupun selepas bertahun dimiliki.

Syalily kini boleh berbangga apabila produk buatan House of Coconut Shell mula dipasarkan di Amerika Syarikat dan Liverpool melalui hebahan rakan dan saudara mara.

INFO:
House of Coconut Shell
Lokasi: 3016-1, Jalan Kurau, Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu

Telefon: Syalily atau Azmi - 019-2498993 atau 017-6601675

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Jom Jadi Pembekal Baja Cacing PERINTIS

(Post: Bahasa Melayu)
"Menurut Pengurus Projek AgroHub, Norzana Rafie, Fasa I projek ternakan cacing telah berjaya dibentuk di sekitar Selangor dan kini projek ini telah memasuki fasa ke II untuk ke seluruh negara."

Perintis Agrotech Centre (Perintis), sebuah pusat pembangunan industri pertanian dan asas tani, kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menghasilkan produk-produk pertanian biotek berasaskan cacing.

Sehingga kini Perintis telah membuka dua kilang ternakan cacing yang menumpukan kepada pengeluaran baja vermikompos secara besar-besaran.

Di samping itu, sebuah lagi kilang yang terletak di Semenyih digunakan sepenuhnya untuk memproses produk-produk biotek yang berasaskan ekstrak dan baja cacing.

Di antara produk berasaskan cacing yang mendapat sambutan yang paling tinggi ialah Bio-Booster yang merupakan makanan utama yang digunakan dalam sistem ternakan keli ProAsli yang hanya memerlukan penjagaan seminggu sekali dan tanpa penggunaan pelet sehingga waktu tuaian.

Terdapat pelbagai lagi produk yang telah dihasilkan iaitu Bio-Vita, yang merupakan vitamin dan makanan tambahan untuk ternakan, Bio-Aqua yang digunakan untuk mengawal kualiti air dan mempercepatkan tumbesaran ternakan ikan dan pelbagai produk lain.

Bagi menampung pengeluaran produk-produk berasaskan cacing ini, seramai 200 pembekal baja vermikompos akan dilantik oleh Perintis.

Adalah dijangka lebih 30 tan baja akan dihasilkan dalam tempoh sebulan bulan.

Bagi memenuhi syarat sebagai pembekal, modal minimum dikenakan bagi memasuki kontrak jaminan belian balik vermikompos tersebut yang merangkumi modal untuk ternakan, makanan dan perubatan ternakan.

"Di bawah projek ternakan cacing ini, pembekal akan dilatih dan diberi tunjuk ajar secara percuma sebelum membuat ternakan sendiri," katanya.

Satu kaedah penternakan cara mudah dan jimat akan diperkenalkan di samping teknik penjagaan terkini dengan bantuan produk bioteknologi iaitu Bio-Ternak.

Sebanyak 5 kilogram induk cacing beserta makanan akan diberikan kepada pembekal dilantik untuk diternak dengan menggunakan kaedah ternakan yang telah ditetapkan oleh Perintis sebelum menjual semula baja vermikompos yang dihasilkan kepada pihak syarikat.

Tambah beliau lagi, penggunaan Bio-Ternak bukan sahaja dapat membantu menguraikan sumber makanan cacing dengan lebih cepat malah dapat memberikan selera makan yang tinggi kepada cacing.

Bukan setakat itu sahaja, cacing yang diternak menggunakan Bio-Ternak juga lebih sihat, cepat membesar dan berkualiti tinggi.

Baja yang terhasil juga terbukti lebih bernutrisi tinggi berbanding baja cacing yang dihasilkan menggunakan teknik biasa.

Perintis tidak terlalu bergantung kepada pasaran terbuka sebaliknya lebih tertumpu kepada memasarkan produk-produk penggalak pertanian berasaskan cacing.

Kini satu rundingan telah pun dibuat dengan wakil-wakil dari Thailand dan Indonesia untuk memasarkan produk-produk tersebut ke negara-negara di rantau Asia.

INFO:
Lokasi pejabat urusan: Bussiness Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03-61873796 atau 019-6634527

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Bekas Terbuang Menjadi Hiasan Menarik

(Post: Bahasa Melayu)
"Ia mengambil masa kurang 10 minit untuk disiapkan."

Pasu lama jangan dibuang sebaliknya disimpan untuk dihias semula.

Rupa yang kusam pun kembali menawan andai ditambah hiasan sampingan seperti manik dan riben di samping jambangan ranting serta bunga tiruan sebagai penyeri.

Pemilik butik pengantin, De Ams' Ree, Amran Shamsudin dan Mohd Nazri Arshad berkongsi ilham menukarkan bekas terbuang menjadi hiasan tumpuan sudut dan penjuru.

"Bekas ini sebenarnya tempayan kecil yang menadah air terjun mini namun sudah lama rosak. Daripada dibuang, saya fikir elok dijadikan sebahagian hiasan landskap."

"Saya serikannya dengan manik butir dan jurai sebelum merimbunkannya dengan ranting dan jambangan orkid."

Yang pastinya, dengan daya kreativiti membolehkan bekas terbuang seperti tempayan ini boleh diolah semula menjadi suatu hiasan yang menarik serta hasil penjualannya mampu menjana pendapatan sampingan.

INFO:
De Ams' Ree turut menyediakan perkhidmatan:
- tempahan pelamin dan dewan
- gubahan dan hantaran
- solekan dan andaman
- busana pengantin
- kad kahwin
- katering
- khidmat rundingan majlis perkahwinan

CONTACT INFO:
Telefon: Amran - 017-6760142 atau 019-3400411

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Jauhari Emas Dyana Jewels

(Post: Bahasa Melayu)
"Ada yang memilih apa yang dipaparkan dan ada memberi idea sendiri. Saya gabungkan dan kemukakan kepada pelanggan dan kebanyakan mereka senang dengan rekaan Dyana Jewels."

Pemilik syarikat milik penuh Bumiputera ini, Suhaimi Hashim, berkata kepuasan dan kemasan dalam pembuatan barangan kemasnya menjadi keutamaan dan sering mendapat pujian kerana kualiti menjadi pertaruhannya.

"Untuk koleksi terbaru, kami pertaruhkan ikatan emas, mutiara dan permata yang menarik dengan lakaran ringkas tetapi diadun dengan elemen eksklusif."

"Ada pelanggan yang gemarkan unsur moden kontemporari dan aliran klasik tradisional atau antik."

Inspirasi moden itu diselarikan dengan tema mewah bagai mengundang keinginan pecintanya untuk terus memiliki dan koleksi itu sebenarnya dihasilkan amat terhad.

"Saya banyak membuat kajian mengenai sesuatu rekaan yang unik, tersendiri dan lain dari yang lain bagi menjaga hati penggemar setia," katanya.

Penggemar koleksi klasik kebanyakannya memilih barangan bercirikan cita rasa tradisonal atau antik untuk simpanan peribadi.

"Mereka yang gemar membuat koleksi barangan klasik ini ada alasan tertentu misalnya ia adalah milik 'keturunan' mereka yang akan diwariskan kepada generasi seterusnya."

"Koleksi klasik yang bersifat 'eksotik' melambangkan aspek estetika, prestij bahkan nilai atau kenangan yang amat bermakna kepada si pemiliknya," katanya.

Beliau yang berpengalaman dalam jauhari barangan kemas, kini beroperasi di kompleks beli-belah di Shah Alam City Centre (SACC) Mall, Anggerik Mall dan Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor.

Sumber: myMetro
Foto:
DyanaJewels

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Kedai Gunting Rambut Stylo

(Post: Bahasa Melayu)
"Siapa boleh lupakan salun atau kedai gunting rambut India atau mamak? Jika tidak lagi berkunjung ke salun ini, ingatan pasti melayang kepada zaman kanak-kanak setiap kali dibawa ayah atau ibu ke salun seperti ini."

Kepesatan sektor gaya hidup menyaksikan salun dandanan rambut tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tampil dengan beraneka konsep, salun dandanan rambut bukan lagi mensasarkan pelanggan wanita malah makin kerap dikunjungi si jejaka.

Premis yang dikunjungi oleh wartawan "Stailo" ialah Kedai Gunting Rambut Stylo di Jalan Cheng Lock, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, premis ini masih mengekalkan ciri klasik dalam seni bercukur. Segala peraturan dan rutin bercukur yang diamalkan di kedai gunting ini masih sama seperti zaman dulu.

Prosedur bercukur cara klasik ini masih dipertahankan Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia, sekali gus memberi pengalaman menarik buat pelanggan.

Inilah yang dirasai pegawai bank, Mohammad Nazrullizam Zainudin, 29. Beliau kerap mendapatkan khidmat bercukur di kedai gunting rambut seumpama ini.

Selain bercukur, Mohammad Nazrullizam yang menetap di Seremban, juga memilih menggunting rambut. Menurutnya, selain teknik cukuran rapi, faktor harga yang jauh lebih murah berbanding salun moden mendorong jejaka ini melanggani kedai gunting rambut tradisional.

"Tidak dinafikan ramai anak muda memilih melanggan kedai gunting rambut unisex. Ini kerana mereka ingin mendapatkan potongan rambut terbaru dan mewarnakan rambut. Namun, cara klasik yang diiamalkan di kedai gunting rambut India bagi saya tetap istimewa."

"Lebih-lebih lagi, servis mencukur jambang tidak disediakan di salun moden dan harganya jauh lebih murah," katanya.

Nyata kenyataan Mohammad Nazrullizam ada kebenarannya. Mengapa tidak, bayaran gunting rambut dan bercukur yang dikenakan hanya RM15!

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, April 13, 2009

Sangkar Ikan Jerantut Pahang

(Post: Bahasa Melayu)
"Industri ikan sangkar sebenarnya memberikan pulangan lumayan kepada penternak jika mereka mengusahakannya secara bersungguh-sungguh."

Antara penternak ikan air tawar yang berjaya di daerah Jerantut, Isharum Bujang, 47, yang telah melibatkan diri dalam industri ternakan ikan sangkar seperti patin dan tilapia sejak 10 tahun lalu.

Bermula dengan modal RM10,000, bekas tentera ini membina dua buah sangkar berukuran 10 kaki x 12 kaki x 5 kaki bagi ikan patin dan tilapia dengan bekalan benih diambil daripada pembekal di Rawang, Selangor.

"Biarpun nampak remeh tetapi sebuah sangkar ikan menelan kos antara RM3,500 hingga RM4,000 bergantung kepada mutu dan upah menarik sangkar ke sungai dan tidak termasuk kos anak benih."

"Harga anak benih ikan patin bersaiz empat inci berharga antara 50 hingga 70 sen seekor berbanding ikan tilapia 40 hingga 50 sen pada saiz yang sama," katanya yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau geran daripada agensi kerajaan atau swasta.

Terdapat 80 sangkar ikan yang dipunyai oleh lima individu berlainan diletakkan sepanjang Sungai Pahang di Kampung Lada, Jerantut Feri, Jerantut.

Mengenai pasaran, Isharum berkata, permintaan ikan patin dan tilapia sangkar amat menggalakkan terutama di pasar tani, pemborong dan pasar besar Jerantut.

Satu kilogram ikan patin dan tilapia biasanya dijual secara runcit dengan harga RM13 hingga RM14 sekilogram.

"Setakat ini kami tidak dapat memasarkan hasil ikan ke kawasan lain di Pahang kerana hasil yang dikeluarkan masih belum mencukupi," kata Isharum yang berasal dari Jerantut.

Sementara itu seorang lagi penternak ikan air tawar, Zanuari Abd. Halim, 42, mula menternak dengan empat sangkar ikan. Anak jati Jerantut ini menternak ikan patin, tilapia dan beberapa jenis ikan air tawar lain. Beliau mengakui bahawa permintaan yang diterima melebihi bekalan.

Seorang lagi penternak ikan sangkar, Mohamad Zuhran Mat Ali, 36, pula menjadikan ternakan ikan sangkar sebagai pendapatan sampingan sejak enam tahun lalu.

Beliau yang bekerja sebagai kontraktor telekomunikasi kini mempunyai 30 buah sangkar berkata, harga makanan ikan yang semakin meningkat menjadikan penternak semakin tersepit.

"Biasanya bagi satu pusingan ternakan ikan sangkar memerlukan RM3,000 bagi satu sangkar bagi satu musim," katanya yang bermula hanya dengan sebuah sangkar ikan patin.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, April 8, 2009

Pembuatan Parang Tradisional Bajau

(Post: Bahasa Melayu)
"Nenek moyang kami pernah berpesan supaya pembuatan parang dipertahan dan disesuaikan dengan keadaan semasa yang dengan sendirinya membuktikan semua pembaharuan yang dilakukan tidak bertentangan dengan prinsip mereka asalkan tidak mengubah motif parang, sarung dan hulu."

Parang tradisional Bajau diakui mempunyai seni ukiran estetika tinggi nilainya mencakupi parang, sarung dan hulu.

Uniknya, pembuatan parang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang seperti yang diakui seorang pengusaha peralatan itu, Ramlan Salon, 54, dari Kampung Siasai Jaya, Kota Belud.

Parang Bajau merangkumi pelbagai nama mengikut bentuk, ukiran, saiz dan lazimnya diperbuat daripada besi spring kereta, galas bebola kereta dan rantai mesin gergasi. Rantai mesin gergasi dikategorikan sebagai parang kelas satu dan terbaik dalam semua jenis besi.

Sarung dan hulu parang pula diperbuat daripada pokok tempatan Sabah dikenali 'getis', 'baruk' dan 'rengas', selain acasia magium atau dalam bahasa tempatan, 'kayu sapuda'.

"Teknologi moden ini tidak menghakis kesenian dan keindahan parang Bajau kerana reka bentuk dan ukiran masih dikekalkan, cuma ia menerima impak sains, teknologi dan inovasi menepati perkembangan semasa."

"Motif ukiran seperti 'sarimpak' (mahkota), 'tanjak' (tengkolok) dan 'lemba' serta 'selisir' (tenunan tradisi Bajau) mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaan, kesenian dan warisan masyarakat Bajau. Ia masih dikekalkan."

"Saya tidak pernah menyesal menjadi pembuat parang tradisional Bajau biarpun ketika ini peralatan itu bukan lagi senjata penting untuk menuntut kemerdekaan tanah air, sebaliknya saya bangga kerana dapat mempertahankan warisan nenek moyang."

Parang dijual pada harga dari RM50 sehingga RM500 sebilah bergantung kepada panjang, kualiti sarung dan jenis besi serta kayu untuk membuat parang, sarung dan hulu.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, April 7, 2009

Usahawan Itik Telur

(Post: Bahasa Melayu)
"Segala-galanya bermula pertengahan tahun 2008, selepas kira-kira tiga bulan menamatkan kursus, beliau mendapati ternakan itik telur berpotensi dikembangkan di negeri Kelantan, walaupun pada awalnya mempelajari bidang ternakan lembu dan kambing."

Sejak mula menceburi ternakan itik telur spesies Khaki Campbell mulai pertengahan Ogos 2008, lulusan Institut Veterinar Kluang, Johor, Mohd Asyrafuddin Mohd Ghazali, 24, kini mampu berbangga apabila lebih 600 itik telur peliharaannya, memberi pulangan bersih antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan hasil jualan telur segar dan masin.

Ketika anak muda sebayanya yang lain masih tercari-cari pekerjaan sesuai dan sesetengahnya dilanda musibah akibat kehilangan pekerjaan kerana kegawatan ekonomi, Mohd Asyrafuddin sedang melangkah jauh dalam usahanya menternak itik telur apabila turut dipilih oleh kerajaan untuk membantu penduduk miskin negeri ini mengubah kehidupan mereka dengan ternakan itik.

"Saya belajar ternakan lembu dan kambing, tetapi selepas belajar, saya dapati ternakan itik lebih berpotensi untuk dikembangkan sebagai perniagaan kerana mudah dan murah."

"Selepas berbincang dengan keluarga, saya mencari sendiri bekalan itik di Perak dengan membeli kira-kira 500 itik dewasa dan 100 anak itik untuk memulakan perusahaan ini atas tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang disewa."

"Selepas kira-kira tiga bulan, itik yang diternak ini mula mengeluarkan hasil, membolehkan saya mengutip kira-kira 400 biji telur sehari yang dijual sebagai telur segar dan diproses sebagai telur masin menerusi peniaga pasar sekitar Wakaf Bharu, Kota Bharu dan Tumpat,"

Telur itik segar dijual borong pada harga 40 sen sebiji, manakala 58 sen sebiji bagi telur masin yang dihasilkannya sendiri di pusat ternakan itik miliknya itu, membolehkan beliau memperoleh pendapatan bersih antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Selepas lapan bulan berlalu, permintaan terhadap telur itik yang diusahakannya semakin meningkat dan keadaan itu mendorongnya kini menambah bilangan ternakan itik yang diternaknya itu sebanyak 4,400 ekor lagi yang akan diterimanya dalam tempoh terdekat.

"Semua itik ini mampu menghasilkan telur sehingga usia tiga tahun sebelum disembelih untuk jualan daging segar. Semua itik ini saya beri makan dua kali sehari bermula jam 6 pagi sambil mengutip telurnya dengan kira-kira 100 butir diproses sebagai telur masin."

Anak muda berjiwa besar itu kini dijadikan contoh usahawan muda dan dilantik oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan sebagai Mentor Program e-Kasih anjuran Kerajaan Pusat bagi membantu keluarga penduduk miskin negeri ini yang berminat menceburi ternakan itik telur itu.

Sumber: Berita Harian Online
Foto:
Khaki Campbell

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Yong Tau Foo Muslim

(Post: Bahasa Melayu)
"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga..."

Yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.

Kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd milik Syed Abdullah Syed Hassani, 48, dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.

Baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya. "Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya.

Beliau mengakui dahulunya beliau tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.

Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.

Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.

Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.

Dengan bantuan dan sokongan daripada MARA, syarikat ini berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves.

Syed Abdullah turut melaburkan RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya ini.

Syed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran.

Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan.

Sumber: web MECD

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, April 6, 2009

Lintah Bekam

(Post: Bahasa Melayu)
"Usianya masih muda, perjalanan hidupnya masih jauh, tetapi cintanya pada kampung membawa kepada perniagaan berasaskan produk tradisi yang menjadikan kebanggaan diri dan masyarakat."

Bermula daripada menternak lintah di dalam 15 bekas tangki yang memuatkan lebih 20,000 ekor lintah, kini Arjuna Raja Ahmad, 29, mengembangkan ilmunya kepada perubatan tradisional iaitu berbekam menggunakan lintah yang dipeliharanya.

Mengulas lanjut proses pembiakan lintah yang diternaknya, Arjuna menjelaskan, lintah peliharaannya diberi makanan sejenis lumut bertujuan membersihkan sistem penghadaman lintah kerana haiwan yang sama akan digunakan untuk perubatan berbekam.

Lintah dewasa yang panjangnya kira-kira sejengkal akan dipilih untuk berbekam kerana ia mampu menghisap darah lebih banyak. Lintah yang sudah digunakan untuk berbekam akan diasingkan di tangki khas dan dibiarkan di situ sehingga kembali ke saiz normal dan bertelur.

"Menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit Aids. Walaupun kita paksa dengan meletakkan lintah di tapak yang disediakan, lintah itu tidak akan menghisap darah. Itulah istimewanya makhluk Tuhan ini," katanya.

Kini, beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM130 sebotol mengikut dua saiz botol yang disediakan.

INFO:
Bagi satu pakej berbekam akan menggunakan 13 tabung plastik. Setiap bulatan hasil bekas tabung akan diletak antara dua hingga tiga ekor lintah. Seekor lintah akan dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM7.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, April 4, 2009

Pengukir Kasut Kayu Hiasan

(Post: Bahasa Melayu)
"Idea ini sebenarnya suatu yang simbolik kerana ia bertemakan hijrah. Setiap orang berhijrah atau mengembara mesti memakai alas kaki dan kebanyakannya adalah kasut."

Ukirannya mementingkan kemodenan tetapi pada masa sama tetap mengekalkan seni ukir tradisional.

Itulah yang diterjemahkan oleh pengukir kayu, Ahmad Ikram Mohd Suhaily, 51, yang kini gah dengan imej baru sebagai pengukir kasut kayu hiasan yang menampilkan kelainan berbanding rekaan sebelumnya.

Semuanya bermula apabila secara tiba-tiba Ikram mendapat idea mengukir kasut menggunakan kayu terpakai atau terbuang dengan memilih tiga jenis kayu saja, iaitu cengal, tembesu dan merbau bagi mengekalkan kualiti serta nampak lebih cantik.

Dalam tempoh setahun lebih selepas kembali daripada 'bertapa' sejak 1998 atas masalah kekurangan idea serta urusan lain, Ikram kini menghasilkan lebih 200 kasut kayu lelaki pelbagai saiz dan corak.

"Saya pernah mencuba mengukir kasut wanita tetapi tidak menjadi, nampaknya ia lebih sesuai untuk lelaki."

Baginya, kepuasan dalam kerjaya ini apabila berjaya menyiapkan rekaannya dan pembeli berpuas hati dengan hasil kerjanya. Bukan soal bayaran yang menjadi keutamaan, tetapi penerimaan peminat yang cukup memberi kepuasan.

Disebabkan itu, beliau sanggup menerima tempahan terus daripada mana-mana pelanggan di setiap tempat pameran yang disertai. Kebiasaannya, pelanggan akan memintanya mengukir berdasarkan kasut yang mereka pakai dan boleh disiapkan dalam tempoh dua jam.

Ikram berkata, beliau hanya menghasilkan satu jenis corak eksklusif pada setiap rekaannya dan tidak akan membuat benda yang sama pada ukiran lain.

Kini hasil kreatifnya semakin mendapat perhatian dan sokongan terutama daripada Jabatan Kraftangan Negeri Sembilan yang memberinya peluang mempamerkan bakat di ruang pameran.

INFO:
Anai Creation Enterprise
Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan

Hasil ukiran lain: Topi, Tin kemek, Key chain, Dulang

Harga jualan: RM30 hingga RM500 (mengikut saiz dan jenis)

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, April 2, 2009

Kursus Borong Produk China

(Post: Bahasa Melayu)
"Saya mengadakan kursus khas untuk mereka yang minat berurusan di China. Saya memperkenalkan "Kursus Memborong di China" dan "Rombongan Memborong ke China" berjaya membuka jalan kepada pemborong Melayu untuk menjadi pemborong terus dari sumber sama ada dari China, Vietnam, India, Korea Selatan atau negara lain."

Walaupun usianya masih muda, anak kelahiran Alor Star, Kedah, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, 29, mengakui penguasaan pelbagai bahasa dunia adalah 'modal' membawanya merantau ke seluruh pelusuk dunia mencari pengalaman dan ilmu perniagaan

Kini, Shahabudeen menguasai tujuh bahasa dan terus berminat untuk menambah ilmu yang ada.

"Ia menyeronokkan. Walaupun tidak sampai ke tahap pakar bahasa, ia memadai sekiranya jika faham, boleh bertutur dalam perbualan asas kerana kelebihan ini sangat menguntungkan ketika berurusan dengan mana-mana individu."

Beliau menggunakan kelebihan itu sebagai modal menjalankan perniagaan iaitu membawa rombongan peniaga Melayu ke China dan Vietnam. Kini lebih terarah ke Korea Selatan dalam usaha mengembangkan peluang perniagaan.

Berikutan boleh menguasai bahasa Mandarin, katanya, beliau lebih mudah berurusan dengan peniaga di negara China tanpa perlu menggunakan khidmat orang tengah. Selain itu, ia juga boleh mengelakkan beliau daripada ditipu dan memudahkan urusan tawar menawar.

Selepas memperoleh rakan perniagaan yang ramai di China, Shahabudeen menggunakan kelebihan itu untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai selok belok urusan perniagaan di negara berkenaan dengan pemborong Bumiputera di negara ini.

Hasilnya, beliau melatih hampir 200 pemborong Melayu dan terdapat kira-kira 40 pemborong yang berjaya menjadi pemborong di China.

"Ini satu ibadat untuk umat Islam iaitu berkongsi ilmu dan saya cuma jalankan sebahagian kecil daripada amanah itu. Sebab itu saya galakkan pemborong Melayu supaya jangan segan untuk mempelajari bahasa asing. Peringkat awal memang kekok, tetapi ia akan berubah menjadi satu keseronokan."

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::