Monday, August 31, 2009

Cili Merah Normahiran

(Post: Bahasa Melayu)
"Nor Mahiran yang juga Pengurus Pentadbiran Nur Edar Enterprise berkata, beliau memilih cili merah jenis 990 kerana saiznya yang luar biasa sehingga mencecah sembilan inci."

Minat yang mendalam menceburi bidang perniagaan, mendorong Nor Mahiran Yusoff nekad mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai pengurus promosi di sebuah syarikat rakaman di ibu negara.

Bermula dengan syarikat penganjuran konsert berbayar, Nor Mahiran beralih kepada bisnes butik dan pengedar makanan sejuk beku.

Meninjau sektor pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negara, Normahiran memilih untuk beralih mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.

Mengusahakan tanaman cili menggunakan konsep fertigasi di tanah seluas 1,500 kaki persegi di Dengkil, Selangor.

Sehingga kini, Normahiran mempunyai lebih 1,000 pokok cili merah jenis 990 dan cili padi Semerah hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Mendapat khidmat nasihat daripada pengusaha tanaman fertigasi, Pengarah Fahim Agribaze, Abd. Rahim Ariff, yang bertindak sebagai mentor.

"Walaupun cili jenis 990 bersaiz besar tetapi cepat matang kerana sudah boleh dituai selepas dua bulan setengah dipindahkan dari tapak semaian ke polibeg," katanya semasa ditemui di tapak tanamannya di Sungai Merab, Kajang, Selangor.

Cili jenis 990 ini agak rendah hanya 0.5 meter dengan setiap pokok boleh menghasilkan sehingga lima kilogram cili setiap pokok.

Menggunakan media campuran sekam padi dan sabut manakala campuran baja A + B bagi mendapatkan hasil yang optimum.

Selain cili merah, Nor Mahiran juga menanam 300 batang cili api Semerah yang dibeli dari MARDI.

"Bagi peringkat permulaan saya mengeluarkan modal lebih RM10,000 bagi membeli kelengkapan fertigasi bagi 1,000 anak pokok cili.

"Ini termasuk peralatan fertigasi seperti polibeg, sabut, sekam padi, baja A+B, saluran paip, pam, tanah peat moss dan racun serangga," katanya.

Walaupun tidak sampai setahun mengusahakan tanaman cili secara fertigasi, Nor Mahiran dengan kerjasama Abd. Rahim merancang mengadakan kursus tanaman fertigasi.

Nor Mahiran berkata, beliau merancang mengadakan kursus tanaman fertigasi termasuk cili, tomato, rock melon pada setiap Sabtu dan Ahad.

"Kami akan mengadakan kursus dalam satu kumpulan kecil seramai 12 peserta bagi memudahkan penumpuan."

"Kursus yang diadakan di tapak ini akan memudahkan peserta melakukan latihan secara hands-on," katanya yang telah menyediakan modul untuk panduan tanaman.

Nor Mahiran berkata, kursus berkenaan akan dikendalikan oleh Abd. Rahim yang mempunyai pengalaman luas dalam penanaman berkonsep fertigasi.

Beliau juga akan mengajar cara tanaman yang betul bermula dari semaian sehingga kepada penjagaan dan tuaian.

"Kepada mereka yang berminat menjalankan tanaman fertigasi, kami turut menjual segala barang kelengkapan tanaman seperti media sekam padi dan sabut, baja A+B serta benih cili yang telah disemai," katanya.

INFO:
Mereka yang berminat untuk mengikuti kursus tanaman fertigasi boleh menghubungi Nor Mahiran di 019-212 9029 atau 03-4042 8561.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Indahnya Sulaman Manik Gemalai Nyior

(Post: Bahasa Melayu)
"Walaupun pada pandangan mata orang ramai jahitan manik ini satu kerja yang rumit tetapi ia akan menjadi satu kerja yang mudah apabila setiap hari kita membuatnya. Ia tidaklah sesusah mana yang disangkakan asalkan anda minat dan tekun, pasti ia dapat dilakukan dengan mudah."

Seni sulaman manik bukan sahaja boleh dijahit di baju malah ia boleh menghiasi beg, alas meja, topi dan sebagainya.

Bagi pemilik Gemalai Nyior, Norfazilah Samsudin, walaupun kerja menjahit manik satu kerja yang rumit tetapi ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

"Sebenarnya kerja menjahit manik ini memang boleh membuat duit terutama apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya."

Mesra disapa dengan panggilan Zila, anak kelima daripada enam beradik ini sememangnya meminati bidang jahitan apabila beliau mula mempelajari bidang tersebut sejak di bangku sekolah.

Sambil tangannya laju menyiapkan tempahan yang tak putus-putus diterima, Zila berkata, beliau bersyukur kerana kemahiran yang dimilikinya ini banyak membantu menjana pendapatan keluarganya.

Menceritakan pengalaman awalnya terlibat dengan perniagaan ini, Zila yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, terus mendalami bidang jahitan setelah tamat tingkatan lima di Giat Mara, Titiwangsa selama enam bulan.

Tidak berpuas hati hanya sekadar memperoleh sijil, Zila terus menyambung pelajaran di Yayasan Negeri Sembilan selama satu setengah tahun lagi untuk mendapatkan pra diploma.

Selepas itu dia menjalani latihan amali di Amin Jauhari yang terletak di Kompleks Pertama selama tiga bulan dan khusus di dalam jahitan manik.

Perjalanan pembelajaran tidak tamat setakat itu kerana Zila terus mengorak langkah dengan memulakan kerjaya di Nur Arfa Batik di Medan Tunku selama setahun sebelum bekerja di Butik Pengantin Azue di Jalan Tunku Abdul Rahman selama satu tahun.

Akhirnya setelah menimba ilmu dan pengalaman, Zila membuat keputusan untuk membuka butik idamannya pada 15 Mei 2009.

Kini berbekalkan kemahiran menjahit yang ada padanya, beliau bukan sahaja mampu mengambil upah menjahit manik malah Zila turut menerima pelbagai tempahan baju termasuk baju pengantin baik perempuan mahupun lelaki.

"Alhamdulillah, walaupun butik Gemalai Nyior ini baru dibuka, saya sudah menerima banyak tempahan."

"Saya akan memastikan setiap baju yang dijahit serta jahitan manik yang dihasilkan akan memenuhi cita rasa dan kepuasan pelanggan," jelas Zila.

Selain baju, Zila turut menjahit tudung manik dan ia dijual di butiknya hinggakan tidak menang tangan menyiapkan tempahan, terutama menjelang musim perayaan dan juga majlis perkahwinan.

Sambil menunjukkan beberapa baju yang sedang disiapkannya, beliau berkata, setiap hari mampu menyiapkan antara empat hingga lima pasang baju kurung bagi jahitan mudah manakala ada yang mencecah berminggu-minggu bagi yang sarat sulaman manik.

Bagi mengikuti arus fesyen semasa, Zila sentiasa mencari idea terbaru bagi menghasilkan jahitan manik yang lebih eksklusif termasuk menambah beberapa aksesori sampingan seperti labuci.

INFO:
Telefon: 013-6166632

Lokasi butik: No. 40-1-1, Jalan Megan Setapak, Sri Rampai, Kuala Lumpur

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, August 30, 2009

Dim Sum Halal ABM CATERER

(Post: Bahasa Melayu)
"Menyedari keenakan makanan itu, pemilik ABM Caterer, Azizi Abidin, 42, mengambil inisiatif untuk mempelajari selok belok membuat Dim Sum daripada seorang jurumasak berbangsa Cina ketika berkhidmat sebagai tukang masak di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini."

Dim Sum, juadah istimewa masyarakat Cina yang wujud sejak tujuh abad lalu lazimnya dijadikan pembuka selera di samping kudapan digemari ramai.

"Sepanjang 20 tahun pengalaman bekerja sebagai tukang masak di hotel sekitar bandar raya ini, secara tidak langsung saya berminat untuk mempelajari cara untuk membuat juadah istimewa kegemaran masyarakat Cina ini."

"Saya terfikir, memandangkan ramai juga orang Melayu yang sukakan hidangan ini mahupun makanan Cina, tetapi sukar mencari yang halal maka saya membuka restoran ini," katanya.

Beliau menjadi pelopor di Perak dalam mengusahakan restoran makanan Cina berstatus halal dengan menyediakan aneka hidangan unik kaum berkenaan.

Azizi berkata, sewaktu bekerja sebagai tukang masak, beliau pernah terfikir bagi mewujudkan perniagaan makanan dengan menyajikan hidangan unik dan berbeza daripada hidangan biasa yang ada di restoran atau premis makanan milik masyarakat Melayu.

Katanya, beliau amat bertuah kerana seorang tukang masak berbangsa Cina bersetuju mengajarnya selok belok bagi memasak makanan dim sum secara betul dan terperinci.

"Selepas berhenti menjadi tukang masak, saya mula membabitkan diri dengan dunia perniagaan dan menjalankan bisnes perniagaan makanan dim sum secara kecil-kecilan dengan menubuhkan kiosk di bangunan Maju Perak."

"Pada September tahun lalu saya memulakan perniagaan di Wisma Pernama sehingga ke hari ini saya memiliki beberapa kiosk di Maju Perak, Restoran Semenanjung, Tambun (Aziz Tomyam) dan di taman tema Lost World Of Tambun," katanya.

Beliau berkata, antara juadah yang popular di restorannya termasuklah dim sum jenis siew mai (campuran ayam dan udang), udang dan campuran bayam, ayam serta udang.

"Kita turut menjual pelbagai hidangan lazat lain seperti chee cheong fun ala Hong Kong dan pelbagai jenis pau bagi menambah variasi makanan di restoran ini. Semua bahan yang digunakan dalam pembuatan Dim Sum dan makanan lain adalah halal dan dibuat sendiri di rumah saya dengan dibantu oleh tiga orang pekerja tetap," katanya.

Bapa kepada tiga anak lelaki itu berkata, ABM Caterer juga menyediakan perkhidmatan katering khususnya dalam penyediaan sajian dim sum dan setakat ini sambutan pelanggan sangat memuaskan.

Ketika Ramadan tahun ini, Azizi berkata, mereka membuka empat gerai di bazar Ramadan sekitar Ipoh dan Pulau Pinang iaitu di Medan Gopeng, Stadium Perak, Taman Jati serta di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

"Kita menambah gerai sepanjang Ramadan ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah dari hari ke hari. Di samping itu, pembukaan gerai di Pulau Pinang adalah strategi untuk mengembang dan mempromosikan perniagaan ke negeri lain," katanya.

Pelanggan tetap ABM Caterer, Naim Abd Rashid, 37, dari Simpang Pulai berkata, hidangan dim sum ini ternyata lazat dan beliau mengesyorkan supaya orang ramai mencubanya sendiri bagi mengetahui keenakannya.

"Kami sekeluarga amat berpuas hati dengan sajian yang dijual kerana berbeza dan unik serta paling penting makanan ini mempunyai status halal yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

INFO:
Restoran ABM Caterer
Lokasi: No. 1, PN680, Kompleks Mutiara Pernama, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak

Hidangan: Dim sum, pau dan chee cheong fun

Harga: Bermula dari RM1.30

Waktu operasi: Jam 10 pagi hingga 10 malam (ditutup pada hari Ahad)

Telefon: 012-5088018 (untuk tempahan)

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, August 29, 2009

Ali Muslimah Fashion

(Post: Bahasa Melayu)
"Ali Muslimah Fashion yang sentiasa menampilkan rekaan terbaru fesyen Muslimah menjadi pilihan ramai selebriti bagi memilih gaya yang sofistikated dan menarik."

Walaupun perkembangan fesyen Muslimah tidak begitu rancak seperti fesyen lain namun ia tetap mengalami perubahan mengikut peredaran masa.

Sesuai dengan namanya sebagai fesyen Muslimah, ciri-ciri kesopanan, menutup aurat dan tidak berlebihan menjadi pegangan kepada pereka fesyen Muslimah.

Sungguhpun demikian, apabila berfesyen Muslimah, tidak bermakna seseorang itu terkongkong di dalam kepompong sendiri dan takut untuk bergaya.

Ini dapat dilihat di kalangan ramai selebriti yang kini bertudung dan memilih gaya Muslimah. Di antaranya ialah Aida Radzwill, Sheila Rusly, Noraniza Idris, Nora, Bienda dan ramai lagi.

Ternyata walaupun bertudung dan bergaya fesyen Muslimah namun mereka masih tampil anggun dan menarik.

Diimport dari negara Iran, rekaan yang kontemporari menggunakan corak dan fabrik berbeza daripada fesyen Muslimah lain menjadi daya tarikan kepada koleksi ini.

Boleh memilih sama ada rekaan jubah yang pelbagai warna seperti hitam, putih, biru, kuning dan merah samar, turut disediakan ialah rekaan kot atau jaket paras lutut yang menarik digayakan bersama jeans atau seluar panjang.

Jika rekaan jubah Ali Muslimah Fashion sesuai digayakan ke majlis rasmi, majlis perkahwinan, untuk pengantin atau yang hendak bertunang dan sebagainya, rekaan kot atau jaket sesuai pula dipakai ke pejabat atau bersiar-siar.

Keistimewaan jubah Ali Muslimah Fashion ialah daripada segi sulaman bunga dan jahitan manik atau permata tiruan yang berkilauan apabila disinari lampu.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, August 28, 2009

Jem Malberi DMJ Enterprise

(Post: Bahasa Melayu)
"Bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah, Khadijah yang sekarang mengusahakan tanaman malberi di tanah seluas suku ekar kini mula menanamnya di kawasan seluas kira-kira empat hektar (11 ekar) di Batang Kali, Selangor."

Memulakan bicara, Khadijah Mustapa, 58, seorang bekas guru, bercerita, sebatang ranting malberi yang dibawa oleh seorang ahli keluarga sekembali dari United Kingdom (UK) mengubah kehidupannya sekeluarga.

"Dengan sebatang dahan, suami saya, Abdul Jalil Nong menanamnya secara suka-suka kerana kami sekeluarga memang gemar bertani," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Rasa Tambahan, Rasa, Hulu Selangor, Selangor.

Apabila pokok malberi yang ditanam mula mengeluarkan hasil, Khadijah membuat jem serta jus dan memberikannya kepada guru sekolah di tempatnya mengajar.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ramai yang ingin membeli produk baru ini," katanya sentiasa mendapatkan maklumat mengenai malberi melalui Internet.

Mendapati pokok dan buah malberi mempunyai banyak kegunaan, Khadijah mula menghasilkan jus, jem, teh dan dadih bagi kegunaan sendiri.

Bagaimanapun rakan serta keluarga yang berkunjung ke rumah dan merasai produk malberi hasilan tangan Khadijah menggalakkan beliau mengkomersialkannya.

Setelah lima tahun mengusahakan jem malberi secara kecil-kecilan, setelah bersara Khadijah mula mengambil langkah membesarkan perniagaannya.

Menerima nasihat rakannya Zainon Ariffin, Khadijah meminta khidmat nasihat Jabatan Pertanian bagi meningkatkan mutu produk jem buatannya selain menghasilkan produk lain seperti jus, teh dan topping dadih.

"Saya juga menggunakan kemudahan di Jabatan Pertanian Rasa bagi menghasilkan produk," katanya yang menghasilkan dan mengeluarkan produk di bawah syarikat DMJ Enterprise.

Khadijah menanam pokok malberi secara berperingkat bagi membolehkan hasil dituai secara berterusan.

Ditanya mengenai pengurusan tanaman malberi, beliau berkata, malberi mudah ditanam dan dijaga tetapi tanaman ini menarik ulat beluncas dan burung.

"Pokok malberi, pokok renek seakan-akan semak mengambil masa tiga bulan untuk berbuah dan biasanya buah yang pertama kali tidak digunakan."

"Kami menggunakan buah yang terhasil pada kali ke dua dan seterusnya bagi memastikan mutu," katanya yang mendapat bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti Mara, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian.

Mencari maklumat mengenai pokok malberi, Khadijah mendapat tahu, buah malberi masak boleh dimakan mentah.

Selain itu, buah malberi juga boleh digunakan dalam masakan seperti pai, tart dan minuman kordial.

Buah malberi hitam yang biasa terdapat di barat daya Asia, manakala malberi merah yang ditemui di Amerika Utara mempunyai rasa yang kuat.

Malberi hitam, merah dan putih terdapat dengan banyaknya di India, Azerbaijan, Syria, Armenia, Pakistan, Iran dan Afghanistan dipanggil malberi unggul.

Keseluruhan pokok malberi boleh dimanfaatkan, di mana buahnya boleh dimakan mentah atau dibuat jem, daunnya dijadikan teh dan batang serta akar boleh direbus untuk diminum.

Khasiatnya paling popular dalam formulasi tradisional bagi mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merendahkan paras kolestrol dalam darah.

CONTACT INFO:
Telefon: 012-9026676 atau 03-60579197 (Khadijah Mustapa)

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, August 27, 2009

Bisnes MLM Worldwellness Network

(Post: Bahasa Melayu)
"Kaedah MLM dikatakan bakal menjadi menjadi pendekatan pemasaran popular dan berkembang pesat, tidak lama lagi. Banyak syarikat besar mula mempraktikkan pendekatan ini di seluruh dunia."

"MLM adalah cara terbaik bagi orang biasa mencapai pendapatan luar biasa melalui kaedah biasa," kata Pengarah Eksekutif Worldwellness Network Sdn Bhd, Najmie Noordin.

Worldwellness adalah syarikat milik penuh Bumiputera yang mempraktikkan konsep MLM bagi memasarkan produk mereka.

Produk sulung syarikat ini iaitu iaitu air penyembuhan aura, Rx-Water yang diperkenalkan enam tahun lalu serta beberapa produk harian lain yang berjaya dipasarkan mengikut konsep MLM.

Najmie mengakui wujud persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap perniagaan berkonsepkan MLM.

"Ini berlaku kerana salah laku segelintir pengusaha perniagaan MLM yang tidak bertanggungjawab menggunakan 'tiket' pemasaran berangkai seperti ini untuk memperdaya orang ramai dan mengaut untung," katanya.

Najmie berkata, masyarakat perlu didedahkan konsep sebenar dan kelebihan MLM supaya dapat menilai sendiri keberkesanannya.

"Ini penting bagi mengelak diri terjebak dengan sindiket penipuan MLM," katanya.

Secara am, MLM boleh dianggap pengganti kedai dan proses jual beli produk yang berlangsung terus antara ejen dan pelanggan. Tumpuan lebih diberi kepada pemasaran produk manakala pengaruh produk bergantung kepada kuasa perkongsian (power of sharing).

Konsep MLM sebenarnya berkembang daripada sistem jualan langsung. Dalam jualan langsung, ejen biasanya menjual produk di kalangan kenalan saja dan komisen diterima daripada setiap penjualan.

Manakala dalam skim MLM, ejen bukan saja menjual produk kepada pelanggan tetapi mengajak mereka menjadi ahli bagi menikmati diskaun.

Setiap ejen bukan saja memperoleh pendapatan melalui penjualan produk semata-mata, sebaliknya setiap kali mereka membawa ejen baru menyertai perniagaan ini.

Persepsi negatif terhadap bisnes MLM timbul kerana ada syarikat dan agen atau pengedar MLM yang tidak beretika dalam menjalankan urusan perniagaan mereka.

Penyelewengan dan penipuan mereka ini telah memburukkan nama industri MLM. Banyak kes yang dilaporkan sebelum ini menimbulkan persepsi negatif terhadap MLM.

INFO MLM:
Antara perkara paling utama yang perlu dipastikan sebelum menyertai mana-mana bisnes MLM ialah:
1) Syarikat terbabit mestilah beroperasi secara sah dan berlesen.

2) Bagi yang beragama Islam, ada keperluan untuk memeriksa sama ada perniagaan itu halal, termasuklah produk yang dijual, latar belakang syarikat serta sistem pemasaran yang digunakan (adakah tumpuan diberi pada penjualan produk atau tumpuan hanya pada penajaan ahli baru sahaja?).

3) Berhati-hati jika syarikat yang anda ingin sertai mengenakan bayaran hingga beribu-ribu ringgit. Ini kerana kebiasaannya dengan kadar bayaran tidak sampai RM100 pun anda menjadi agen atau pengedar.

4) Pastikan bahawa syarikat terbabit mempunyai lesen Akta Jualan Langsung yang diluluskan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan sama ada lesen itu untuk jangka masa panjang atau sementara. Maklumat dan senarai syarikat boleh didapati daripada laman web rasmi Kementerian.

Kesimpulannya:
1) Bisnes MLM adalah suatu bisnes yang sesuai untuk semua orang tanpa mengira latar belakang. Ini kerana kejayaan dalam bisnes adalah bergantung kepada usaha setiap individu itu sendiri.

2) Bisnes ini mudah untuk dilakukan kerana modal permulaannya adalah amat rendah, iaitu pada tahap kemampuan oleh hampir kesemua orang.

3) Pengedar atau agen tidak perlu untuk membeli dan menyimpan puluhan stok produk. Berhati-hati jika ada syarikat atau pengedar yang mengenakan syarat untuk anda membeli produk dalam jumlah yang banyak.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, August 26, 2009

Kulim Worm Agrotech

(Post: Bahasa Melayu)
"Keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kewangan kepada setiap individu terutama mereka yang bekerja makan gaji."

Kewujudan masalah tersebut telah mendorong ramai ahli masyarakat melibatkan diri dalam perniagaan secara sampingan bagi menambah pendapatan bulanan mereka.

Salah satu saluran perniagaan yang semakin mendapat sambutan menggalakkan adalah penghasilan baja kompos daripada penternakan cacing.

Bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat menjalankan aktiviti tersebut, syarikat Kulim Worm Agrotech (KWA) bersama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB) menyediakan beberapa saluran perniagaan.

Ia merangkumi pakej penternakan cacing, kursus dan khidmat nasihat, perladangan kontrak, penjualan baja organik dan industri hiliran.

Menurut Pengurus Pemasaran KWA, Raja Anita Kamariah Raja Hussin, kerjasama dengan KKPMB itu dilihat mampu melahirkan lebih ramai penternak cacing tempatan dalam meningkatkan pengeluaran baja organik sekaligus memenuhi keperluan Dasar Pertanian Negara.

"Ini kerana menjelang tahun 2010, kerajaan berhasrat untuk menghapuskan penggunaan baja kimia untuk memberi lebih tumpuan kepada baja organik."

"Tambahan pula, di beberapa buah negara seperti Indonesia dan Filipina, cacing telah dijadikan sebagai produk farmaseutikal dan kosmetik selain dibuat makanan seperti jus dan coklat kerana ia mengandungi lebih 80 peratus kandungan protein serta nutrien berguna," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur.

KWA yang ditubuhkan pada 13 Jun lalu merupakan pengusaha, pengeluar, pengedar dan pemborong baja organik vermikompos.

Selain Kuala Lumpur, syarikat tersebut juga mempunyai beberapa cawangan ladang di Kedah dan juga Pulau Pinang.

Bagi kursus penghasilan baja, syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan penerangan secara teori dan praktikal tentang cara-cara menternak cacing, menghasilkan baja organik dan juga bagaimana mencipta peluang perniagaan.

Setelah tamat kursus, para peserta yang berminat memulakan perniagaan tersebut hanya perlu menyediakan modal serendah RM1,250 bagi bekalan cacing, peralatan dan medium makanan serta tempat tinggal.

Di seluruh dunia, terdapat lebih kurang 2,700 spesies cacing, namun terdapat hanya empat jenis yang sesuai untuk dikomersial dan diternak di Malaysia.

Ia termasuk cacing merah (Red Worm), cacing harimau (Tiger Worm), cacing malam (African Night Crawler) dan cacing biru (Blue Worm).

Kesemua jenis tersebut akan dibekalkan kepada para peserta sebagai bahan mentah untuk memulakan penternakan.

"Cacing Merah merupakan jenis yang paling sesuai dan mudah diternak kerana ia membiak secara produktif dan mudah untuk diselenggara," jelasnya.

Untuk makanan dan tempat tinggal cacing pula, para peserta akan dibekalkan dengan medium yang terdiri daripada adunan 70 peratus serbuk kayu, 30 peratus tahi kambing dan lima peratus sabut kelapa.

Habuk kayu berfungsi untuk mengekalkan kelembapan, tahi kambing untuk menjaga suhu kepanasan sementara sabut kelapa sebagai pelindung kepada cacing.

Mengikut formula penjagaan cacing, setiap bekas dapat memuatkan sebanyak satu kilogram cacing (kg) dengan 10 kg medium dan bakal menghasilkan 10 kg baja dalam masa 10 hari.

Ini bermakna, sebanyak 30 kg baja akan dihasilkan dalam masa sebulan untuk dijual semula kepada KWA dengan harga RM2.00 sekilogram.

Oleh kerana kos pembelian medium adalah RM1.20 sekilogram, maka para peserta akan menerima keuntungan sebanyak 80 sen untuk setiap kilogram baja.

Menarik mengenai pakej tersebut, para peserta diberi kelonggaran untuk menjual baja tersebut kepada pembeli lain dan tidak semestinya kepada KWA.

Untuk memastikan medium sentiasa berada dalam keadaan lembap, ia perlu disiram setiap dua hari sekali.

Jika penternakan dilakukan di kawasan luar pula, tempat tersebut mestilah berbumbung untuk mengelakkan serangan burung di samping perlu dilengkapkan dengan pencahayaan sepanjang masa.

Ia bertujuan supaya cacing tidak keluar daripada bekas kerana haiwan tersebut amat sensitif kepada cahaya.

Bagi mengelakkan serangan semut pula, bahagian penyokong bekas berisi cacing itu perlu dibalut dengan kain yang telah direndam bersama minyak pelincir.

Setelah cukup tempoh sepuluh hari pembiakan, medium akan diayak sama ada secara manual atau menggunakan mesin bagi mengasingkan cacing, telur cacing dan juga baja.

Cacing yang telah diasingkan tadi akan ditimbang dan dimasukkan ke dalam bekas baru bersama medium baru untuk pembiakan selama sepuluh hari berikutnya.

Pakej penternakan tersebut sebenarnya mengaplikasikan teknologi mikroorganisma efektif (EM) iaitu sejenis hidupan seni yang membantu mempercepatkan proses pereputan medium supaya senang dimakan oleh cacing dan seterusnya mempercepatkan penghasilan baja.

Teknologi berkenaan juga mempunyai kelebihan meneutralkan bau busuk dan membunuh hama pada medium.

Untuk baja organik kompos yang dihasilkan, ia mempunyai kadar nutrien yang sangat tinggi dan sesuai untuk menambah kesuburan serta memperbaiki struktur tanah dan meningkatkan kadar pengeluaran hasil tanaman.

Ia boleh digunakan pada jenis tanaman seperti sayuran, buah-buahan, kelapa sawit, getah, kopi, teh, jagung, padi dan juga tanaman di dalam pasu.

Bagi individu yang mempunyai masalah modal pula, pihak KWA ada menyediakan pinjaman daripada agensi-agensi berkaitan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, August 25, 2009

Produk Penjagaan Rambut PUREOLOGY

(Post: Bahasa Melayu)
"Pureology juga adalah jenama profesional pertama yang memenuhi keperluan penggaya rambut dan klien mereka dari segi produk berasaskan bahan semula jadi."

Produk penjagaan rambut biasa di pasaran tidak mungkin dapat memberi hasil serupa dengan produk profesional yang digunakan oleh penggaya di salon-salon rambut.

Pengurus Besar Bahagian Produk Profesional Pureology, Ng Chee Eng berkata, Pureology Serious Color Care memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut profesional yang dihasilkan secara eksklusif untuk jurugaya dan klien yang memerlukan rawatan warna rambut.

Jenama ini mula dikenali dalam bidang penjagaan warna rambut profesional pada tahun 2001 di Irvine, California, Amerika Syarikat.

Ketika itu perintis industri salon, Jim Markham mencetuskan revolusi dengan melancarkan syampu 100 peratus semula jadi ZeroSulfate yang mengandungi tumbuh-tumbuhan dan pati aroma untuk semua jenis rambut.

Sementara itu, Pengurus Pendidikan Zon Asia Pureology, Lynna Choi memberitahu, kepudaran, kusam dan lemah sering berlaku kepada seseorang yang mewarna rambut. Ini kerana kekerapan mencuci rambut dan radikal bebas menyebabkannya menjadi begitu.

"Radikal bebas merupakan molekul yang amat tidak stabil, terbentuk apabila sinar ultra ungu (UV) berinteraksi dengan air, oksigen dan bahan tercemar dan kesannya rambut berwarna menjadi pudar," jelasnya.

Kata Lynna, jenama profesional Pureology mempunyai penyelesaian untuk mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan kelunturan warna rambut dengan bahan AntiFadeComplex yang terkandung dalam semua produk Pureology.

AntiFadeComplex merupakan gabungan antioksida, heliogenol, vitamin C dan E serta spektrum lengkap UVA dan UVB untuk melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas juga mengekalkan warna rambut secara optimum.

Syampu ZeroSulfate menampilkan sistem pembersihan lembut semula jadi daripada kelapa, jagung dan gula, tanpa garam tambahan untuk memberikan buih mewah dan membantu memperbaiki warna rambut.

Produk The Pureology Promise pula memberi pengalaman warna rambut yang berpanjangan dengan tiga penjagaan warna rambut komprehensif yang menggabungkan bahan asli terbaik dengan teknologi terkini.

Tiga sistem penjagaan baru ini terdiri daripada Hydrate System untuk rambut berwarna kering, Pure Volume System (rambut halus) dan Essential Repair System (rambut bermasalah).

Kesemua produk Pureology adalah 100 peratus daripada tumbuhan botani tanpa mengandungi lemak haiwan.

Hari ini, Pureology merupakan jenama penjagaan warna rambut profesional nombor satu di AS dan diiktiraf oleh peneraju industri menerusi anugerah daripada komuniti salon dan penerbitan kecantikan.

Sistem Hydrate Pureology telah dianugerahkan sebagai syampu kegemaran selama lima tahun berturut-turut oleh Anugerah Pilihan Jurugaya Amerika Syarikat pada Jun tahun lalu.

INFO:
Terdapat empat jenis radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan pada rambut sama ada diwarnakan atau tidak:

Hidroksida: Merosakkan struktur rambut, menyebabkannya rapuh dan poros.

Hidro Peroksida: Menyingkir lipid daripada rambut, mengakibatkan kekeringan.

Melanin: Mengurangkan melanin semula jadi dan meningkatkan kekusaman.

Superoksida: Melemahkan pigmen warna dan mengurangkan sinar.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, August 24, 2009

Cafe Al-Ghufran

(Post: Bahasa Melayu)
"Mahukah anda pergi ke sebuah masjid semata-mata untuk menikmati sajian istimewa yang ditawarkan?"

Mungkin ia kedengaran agak pelik, tetapi itulah yang boleh didapati di Cafe Al-Ghufran.

Beroperasi di Masjid Al-Ghufran yang terletak di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, orang ramai berpeluang merasai keenakan sajian dari dapur kafe itu.

Sebut sahaja apa yang diinginkan, kuisin barat mahupun hidangan tempatan, semuanya ada di sana.

Antara menu yang mungkin boleh dicuba termasuklah nasi lemak ayam kampung, set ikan bakar serta hidangan ala carte seperti mi goreng, nasi goreng dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, Al-Ghufran turut menyediakan menu ringkas seperti roti dan sup untuk mereka yang mungkin berdiet.

Lebih menarik, jika berkunjung pada waktu malam, anda juga boleh menyaksikan pemandangan yang mengagumkan dengan kerlipan lampu berwarna-warni dari puncak bukit.

Berkonsepkan tradisional Melayu, kafe ini turut menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti sambutan hari lahir, perkahwinan dan lain-lain lagi.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Pasar Borong Melayu Kemboja

(Post: Bahasa Melayu)
"Pelbagai jenis kain, tudung, selendang dan sebagainya diniagakan di kampung ini. Jualan yang dijalankan sebahagian besarnya adalah secara borong, namun terdapat juga jualan secara runcit."

Mungkin ramai di kalangan kita tidak tahu bahawa terdapat sebuah perkampungan yang didiami imigran yang berasal dari Kemboja di Parit Buntar, Perak.

Terletak di Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Selatan yang bersempadan dengan Parit Buntar, ia hanya kira-kira enam kilometer dari bandar Nibong Tebal, Pulau Pinang dan tiga km dari pekan Bandar Baharu, Kedah.

Uniknya mengenai perkampungan ini ialah pasar borongnya yang menjadi tarikan penduduk setempat.

Pada setiap hari Isnin dan Jumaat bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari, pekan kecil di situ akan dibanjiri ribuan pengunjung yang kebanyakannya berketurunan Melayu Kemboja yang tinggal di kampung-kampung berdekatan dan penduduk tempatan.

Kedatangan mereka setiap dua kali seminggu hanyalah untuk berniaga dan berjual beli sesama penduduk seketurunan yang menetap di perkampungan itu.

Malah, ada yang datang dari Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis serta kawasan berhampiran dengan membawa barang jualan masing-masing.

Pelbagai jenis kain, tudung, selendang dan sebagainya diniagakan di kampung ini. Jualan yang dijalankan itu sebahagian besarnya secara borong, namun terdapat juga jualan runcit.

Menurut seorang penduduk tempatan, Yusuf Abdullah, 72, asalnya perkampungan ini hanya didiami oleh beberapa keluarga imigran Kemboja yang menyewa rumah-rumah penduduk di sini kira-kira dua dekad lalu. Rata-rata mereka adalah pelarian Islam Kemboja yang melarikan diri ketika pemerintahan rejim Pol Pot.

Pada asalnya, mereka berniaga secara kecil-kecilan sesama sendiri. Bermula dengan hanya menjual kain pada harga murah, ia berjaya menarik minat pembeli daripada kalangan orang tempatan sekali gus menjadikan perniagaan ini berkembang dengan turut menjual barangan lain termasuk keperluan rumah.

Dari situlah munculnya nama Kampung Kemboja, merujuk kepada penempatan imigran itu di sini.

Kini, hampir 200 keluarga mendiami kampung tersebut sehingga lahirnya komuniti Kemboja dan dianggarkan kira-kira 100 peniaga Kemboja datang menjalankan perniagaan di situ pada setiap minggu.

Malah ada pelanggan yang memborong jualan di sini sebelum menjajanya semula ke kampung-kampung berdekatan atau di pekan sehari di lokasi lain.

Seorang peniaga, Mohammad Hussin, 64, memberitahu, beliau sering datang ke sini kerana harganya murah, selain merapatkan hubungan sesama masyarakat warga Kemboja.

"Saya datang ke sini kira-kira 18 tahun lalu semasa konflik berlaku di negara saya."

"Saya beli barang jualan tidak banyak, modal kecil dan hanya berjualan dari kampung ke kampung. Nak buka kedai seperti rakan-rakan tidak mampu," katanya yang berniaga bersama isterinya, Rafeah Ali, 38.

Menurut Mohammad, adakalanya beliau berniaga di pasar malam sekitar Parit Buntar dan hasil niaganya cukup untuk menyara persekolahan tujuh anaknya.

Bagi Aminah Amin, 45, beliau membeli barang di perkampungan itu sejak 10 tahun lalu kerana harga yang ditawarkan berpatutan.

"Kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, lebih baik di sini. Tak perlu bayar tol, minyak dan sebagainya. Anak saya yang menetap di KL membeli kain yang sama dijual di sini pada harga tiga kali ganda lebih mahal," katanya yang berniaga di pasar-pasar malam dan pekan sehari.

Bagi penduduk tempatan, rata-rata mereka yang datang ke sini berpendapat harganya tidak terlalu mahal, selain banyak pilihan dan corak kainnya juga menarik.

Zaiton Karim, 47, yang pertama kali datang ke pasar tersebut, mengakui barangan di sini cantik, berkualiti dan harganya agak murah.

"Memang benar, harganya boleh tahan dan yang lebih penting banyak pilihan," katanya sambil membelek sepasang baju."

"Kalau nak dibandingkan dengan harga di kedai, di sini jauh lebih murah, lebih-lebih lagi jika dibeli secara borong. Kain-kainnya juga menarik," tambahnya sambil tersenyum.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, August 23, 2009

Teknologi Kenaf MARDI

(Post: Bahasa Melayu)
"Mat Daham menegaskan ini merupakan peluang yang perlu diambil bagi memajukan tanaman kenaf di negara kerana ia mempunyai kelebihan dari segi cuaca yang sesuai dan boleh ditanam sepanjang tahun."

Selepas lapan tahun menjalankan kajian mengenai kenaf, kini Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya menghasilkan pakej teknologi bermula dengan penanaman sehingga kepada produk akhir biokomposit.

Kajian yang dijalankan mendapati kenaf sesuai ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini dan beberapa langkah telah diambil bagi mengkomersialkannya di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu.

Ketua Penyelidik Kenaf dan Pengawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI, Mat Daham Mohd. Daud berkata, projek di Kelantan termasuk penanaman dan pengeluaran Kenaf Polymer Composite (PKC) iaitu hasil teknologi yang dijana MARDI.

"Buat masa ini projek berkenaan dilaksanakan secara kerjasama dengan Projek D'Raja Kelantan (PDRK)," katanya.

Mat Daham berkata, PKC dihasilkan daripada adunan serbuk kenaf, resin plastik dan bahan tambahan bagi menggantikan produk kayu dan mempunyai banyak kegunaan di dalam industri pembinaan dan automotif.

Permintaan produk komposit dari bahan asli amat memberangsangkan terutama di negara maju dan produk kenaf amat di kehendaki.

"Buat masa ini pasaran produk kenaf telah pun wujud dan petani tidak mempunyai masalah memasarkan tanaman kenaf apabila kilang PKC beroperasi dalam masa terdekat," katanya.

Kata Mat Daham, teknologi pengeluaran kenaf untuk dijadikan bahan komposit bermula dari ladang.

Beliau yang ditemui di pejabatnya berkata, teknologi yang diperkenalkan oleh MARDI membolehkan semua bahagian pokok kenaf digunakan secara optimum tanpa banyak pembaziran.

"Teknologi ini tidak memerlukan petani memproses kenaf untuk dijadikan serat seperti operasi pengeluaran kenaf biasa yang melibatkan proses reting yang memakan masa dan melibatkan kos tinggi," katanya.

Kaedah ini hanya melibatkan kenaf dipotong dan dicincang dalam satu operasi ladang menggunakan mesin khas dan boleh dibawa terus ke kilang untuk diproses.

"Semua proses di peringkat ladang menggunakan mesin sepenuhnya."

"Ini membolehkan petani melakukan aktiviti-aktiviti sampingan lain yang boleh meningkatkan pendapatan sampingan," katanya.

Proses menghasilkan PKC profil atau palet melibatkan beberapa aktiviti.

Kenaf yang sudah dicincang dari ladang dibawa ke pusat pengumpulan untuk dijadikan bahan mentah yang sesuai bagi menghasilkan bahan komposit.

Di pusat berkenaan, proses pertama adalah untuk mengeringkan bahan kenaf ke tahap kelembapan tidak lebih 10 peratus.

Pada peringkat pertama pengeringan boleh dilakukan menggunakan tenaga suria bagi mengurangkan kos sebelum menggunakan ketuhar khas di peringkat kedua.

Kemudian bahan kenaf yang telah dikeringkan dikisar menggunakan penyiat khas ke tahap kehalusan tertentu.

Serbuk kenaf yang dihasilkan diadun dengan bahan resin polimer seperti Polyethylene (PE), Polypropylene (PP) atau Polyvinyl Chloride (PVC) bergantung kepada kegunaan KPC.

Bagi memastikan bahan polimer bercantum dengan kuat dengan bahan kenaf beberapa jenis coupling agent (agen pengikat) ditambah.

Jenis bahan tambah yang digunakan bergantung kepada kegunaan serta kekuatan yang diperlukan produk akhir.

"Misalnya jika KPC digunakan di tempat terdedah dengan cahaya matahari, bahan pencegah sinar ultra ungu (uv) perlu dicampur untuk ketahanan produk."

"Bahan anti kulat juga boleh ditambah mengikut kesesuaian dan permintaan pelanggan."

"Komponen kenaf di dalam KPC boleh mencapai sehingga 70 peratus dan selainnya bahan resin dan campuran," katanya.

Adunan kenaf, resin dan coupling agent dimasukkan ke dalam acuan seperti semperit pada suhu antara 170 hingga 190 darjah Celsius untuk menghasilkan profil KPC.

Profil yang keluar daripada acuan semperit disejukkan dengan air sebelum dipotong secara automatik mengikut panjang profil yang ditetapkan.

Bentuk profil yang dikeluarkan, kata Mat Daham, bergantung kepada kegunaan dan warna yang ditetapkan sewaktu pemprosesan dan kekal sehingga dijadikan barangan dan tidak perlu dicat.

Katanya, teknologi KPC sedang dalam proses pengkomersialan dengan kerjasama PDRK dan sebuah syarikat swasta.

"Dalam projek ini, MARDI bertindak sebagai pakar rujuk dan pakar runding dalam pemindahan teknologi dari ladang hingga ke pemprosesan di kilang."

"Buat masa ini, kilang KPC sedang dalam pembinaan di Kelantan dan mesin telah dipasang mengikut spesifikasi MARDI," katanya.

Kata Mat Daham, proses pengeluaran KPC di luar bandar bakal mewujudkan industri nilai tambah hasil pertanian hasil usaha petani seperti saranan kerajaan.

Justeru sebagai salah satu cara menggantikan tanaman tembakau, petani telah mendapatkan pasaran bagi tanaman yang diusahakan.

"Ini merupakan projek pertama di negara ini dan boleh dijadikan model untuk mengembangkan lagi tanaman kenaf dan penggunaan KPC dalam industri."

"Buat masa ini kenaf dikenal pasti bagi menggantikan tanaman tembakau di Kelantan dan Terengganu," katanya.

Pasaran bagi kenaf buat masa ini, kata Mat Daham, tertumpu kepada pasaran seberang laut di mana produk komposit daripada serat asli semakin popular dan kebanyakan pasaran tertumpu ke Australia, Jepun, Asia Barat dan Eropah.

Manakala promosi di pasaran tempatan sedang digiatkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Mat Daham menambah, industri penanaman kenaf berpotensi menjana kegiatan ekonomi berasaskan pertanian di kawasan luar bandar dan menggalakkan penambahan nilai produk petani yang dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Projek pengeluaran kenaf dan KPC merupakan hasil penyelidikan MARDI dalam pengkomersialan teknologi bagi membangunkan ekonomi negara.

Industri kenaf boleh berdaya maju jika terdapat teknologi hiliran yang sesuai untuk dibangunkan bagi mengeluarkan produk nilai tambah di pasaran global.

Produk kenaf dikategorikan mesra alam dan boleh diperbaharui memandangkan kitaran hidup kenaf hanya tiga hingga enam bulan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, August 21, 2009

Tudung dan Telekung Siti Khadijah

(Post: Bahasa Melayu)
"Menggunakan tag line anggun, selesa syariat dipelihara, bunga sulaman telekung yang diperbuat daripada 100 peratus kain kapas nampak lebih timbul, kemas dan menarik sesuai dengan harganya."

Telekung kini bukan sekadar sehelai kain putih polos yang menjadi pakaian ketika mengerjakan sembahyang, tetapi telah mengalami transformasi yang begitu ketara dari segi rekaan, corak dan warna.

Hiasan seperti renda dan sulaman adalah wajib bagi menyerikan lagi kain telekung ditambah dengan rekaan setingkat atau dua tingkat.

Penggunaan fabrik turut diolah bersesuaian dengan keselesaan dan cuaca sesuatu negara. Biasanya kain kapas dan polister yang tidak jarang dan tidak licin menjadi pilihan.

Namun hampir kesemua kain telekung yang ada di pasaran harus dipakai bersama dengan anak telekung. Ia tidak dapat menyelesaikan masalah ketidakselesaan pemakainya, terutama di bahagian wajah dan selalu menyebabkan anak-anak rambut terkeluar.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan Delight Visual Sdn. Bhd., Fadzilah Enda telah mendapat idea bagi menyelesaikan masalah itu dengan memperkenalkan kain telekung yang dijahit sekali dengan anak telekung.

Ditanya bagaimana timbulnya idea untuk mengorak langkah menghasilkan kain telekung sendiri, Fadzilah memberitahu, sebelum ini ramai rakyat negara ini begitu gemar membeli kain telekung buatan luar negara atau 'memborong' kain telekung apabila melancong ke luar negara khususnya apabila melawat Indonesia dan Vietnam.

Ini kerana, mereka berpendapat, kain telekung buatan luar negara lebih berkualiti dan mempunyai bentuk tenunan lebih menarik berbanding kain telekung buatan tempatan.

"Menyedari mengenai hakikat itu, saya mula mengorak langkah menghasilkan kain telekung sendiri bagi memenuhi pasaran tempatan pada harga berpatutan dan membuat sedikit perubahan bagi menyelesaikan masalah pada wajah," katanya.

Menggunakan kain mudah renggang dan menampilkan lapisan bawah dagu, jenama yang diberi Siti Khadijah pasti memberi fleksibiliti untuk pelbagai saiz wajah dan kelihatan kemas dipakai ketika menunaikan solat.

"Jika kita lihat, kain telekung yang sedia ada mempunyai dagu yang kecil, bergetah longgar dan perlu memakai anak tudung. Inilah yang sering menjadi masalah kepada pemakainya."

"Namun dua produk yang akan dilancarkan di pasaran pada Julai ini bakal memberi satu 'bonus' kepada pemakai. Kami menawarkan kain telekung dan mini telekung. Mini telekung dari fabrik polister mempunyai tali di dalam manakala kain telekung dari fabrik 100 peratus kapas, talinya di luar."

"Kedua-duanya amat sesuai bagi dipakai ketika mengerjakan umrah haji kerana praktikal, selesa dan mudah dipakai," katanya.

Menurut Fadzilah, selain kain telekung, Siti Khadijah juga memperkenalkan tudung pasang siap yang diperbuat daripada kain kapas dan polister.

"Terdapat dua jenis rekaan iaitu yang boleh ditarik ke tepi atau dipakai seperti biasa. Ia bersaiz panjang dan muncung ke hadapan sesuai bagi menutupi bahagian dada," katanya.

CONTACT INFO:
Telefon: 013-2102668

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, August 20, 2009

Baju dan Bakul Kucing

(Post: Bahasa Melayu)
"Mengujakan dan semuanya bagai tidak terduga apabila melihatkan bakul kucing yang berhias indah dihasilkan daripada jalinan rotan, manakala 'rumahnya' yang lazimnya diperbuat daripada besi, diubah ke dalam bentuk yang lebih bersifat semula jadi menggunakan rotan dan ukiran kayu penuh seni."

Bagi sesetengah orang, aksi si comel mungkin menjadi bahan melucukan tetapi bagi kakitangan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan, Promosi Kraf Malaysia 2009 diharap dapat mencetuskan idea dan inspirasi kepada usahawan kraf tempatan dalam usaha mempromosi serta memasarkan produk keluaran mereka.

Pereka fesyen yang bertanggungjawab mereka cantingan batik dan gaun untuk digayakan 100 kucing baka baik milik ahli Persatuan Kucing Beragam Malaysia (MCFA), Zaihasrina Zainal Abidin,23 , berkata melukis dan menjahit gaun batik untuk kucing dijelmakan berdasarkan idea daripada Kraftangan Malaysia.

Menurutnya, melalui rundingan bersama pemilik kucing terbabit dan kakitangan Kraftangan Malaysia, dia diberitahu Pertunjukan Fesyen Beragam Kucing bertemakan batik adalah yang pertama kali dianjurkan persatuan kucing di negara ini.

"Jadi boleh dikatakan ini kali pertama kita dapat melihat kucing bergaun batik lukis kerana kebiasaannya yang berbaju batik ialah manusia," katanya yang berganding bahu bersama kakaknya, Zaihasra, 25, yang juga seorang pereka tekstil.

Setiap pasang gaun batik lukis yang dihasilkan dijual pada harga antara RM75 hingga RM500 sepasang, bergantung pada material sama ada kain sutera, linen atau kapas. Malah, setiap pasang gaun didatangkan bersama aksesori comel seperti topi, sarung kaki dan sarung tangan.

Selain itu, terdapat juga tempat tidur kucing yang dihasilkan daripada anyaman rotan dan buluh serta dilapik dengan timlam empuk dan dihiasi dengan tirai.

Pelatih Kraftangan Malaysia Simpang Pertang, Jelebu, Zulkifli Md Yusuf, 37, berkata idea segar yang diutarakan Kraftangan Malaysia dalam menghasilkan produk kraf khusus untuk kucing sememangnya mendapat sambutan ramai.

"Ramai berminat mendapatkan bangsal kucing diperbuat daripada buluh dan rotan kerana rekaan yang dihasilkan unik, malah buluh juga menyerap suhu sejuk pada waktu malam dan membebaskannya pada siang ketika cuaca panas sekali gus memberikan keselesaan kepada kucing berbanding penggunaan bangsal besi," katanya yang banyak menghasilkan bangsal kucing berbentuk rumah tradisional Minangkabau, selain diselit kayu bermotif ukiran Melayu.

Pemilik Malina Kraf, Abdul Manaf Dahlan, 49, dari Kampung Cuai Hilir, Rembau, berkata pertama kali diminta menganyam bakul rotan untuk kucing, dia seakan-akan sukar menerima permintaan itu.

"Selepas menghasilkan tujuh rekaan bakul kucing siap dengan tilam dan hiasan, timbul kepuasan, malah apabila diletakkan kucing baka baik yang mahal harganya, saya rasakan bakul buatan tangan yang dihasilkan nampak setaraf dan sesuai dengan kucing berkenaan," katanya yang memasarkan bakul kucing pada harga minimum RM250 seunit bergantung kepada anyaman dan bentuk bakul.

Menurut Ketua Pengarah Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Mat Rasul Sidek, lebih membanggakan ialah apabila bakul kucing yang juga produk kraf buatan Negeri Sembilan sebenarnya sudah menempa pasaran luar negara apabila turut dibawa ke pasar raya terkemuka, Harrods di London pada Disember lalu.

"Jika di pasaran tempatan, harga untuk setiap bakul sekitar RM200 tetapi selepas dibawa ke sana, harganya mencapai RM1,000 setiap satu," katanya.

Namun, kata Mat Rasul, kucing baka baik yang dibela penggemar kucing mahal harganya, malah ada yang mencecah RM25,000 memberikan bayangan baik kepada industri kraf bercirikan kucing.

"Jika mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kucing, mereka juga tentunya mahukan sesuatu yang unik dan setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan. Justeru, produk berupa bakul rotan, gaun batik dan aksesori kucing dihasilkan pengusaha kraf tempatan mampu memberikan keunikan dan keselesaan yang mereka cari selama ini," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, August 19, 2009

Bahulu Mahanum Kampung Sungai Masin

(Post: Bahasa Melayu)
"Apa yang uniknya Mahanum tidak perlu mencari pasaran sebaliknya pelanggan yang datang mencarinya, malah bahulunya telah dibawa hingga Jepun dan Jordan oleh anak jiran yang belajar dan bekerja di sana."

Sebuah motosikal berhenti di bengkel menghasilkan bahulu dan mengambil beberapa bungkus bahulu dan wang beralih tangan.

Penulis terpegun seketika melihat kaedah pemasaran tanpa perlu menjaja di gerai atau menghantar produk ke kedai.

"Biasanya lebih ramai yang suka datang sendiri untuk membeli bahulu di sini."

"Cara ini lebih mudah dan saya tidak perlu mengeluarkan belanja menyewa tapak jualan," kata Mahanum Mhd Shah, 48, semasa ditemui di bengkel bahulu di Kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor.

Segalanya bermula kerana pendapatan suami yang tidak seberapa menyebabkan beliau tidak hanya leka dengan tujuh orang anaknya yang mula meningkat remaja tetapi mula terfikir untuk membantu bagi meringankan beban suami.

Memikirkan keluarga yang memerlukan perbelanjaan tambahan, Mahanum terfikir untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau mula dengan menjual nasi lemak dan burger di depan rumah kerana Mahanum masih boleh menjaga ibu yang sakit dan beliau kemudian beralih membuat bahulu semasa musim perayaan.

Bermodalkan RM200 hingga RM300, Mahanum membeli peralatan asas seperti acuan bahulu dan dapur serta bahan mentah seperti tepung, gula dan telur.

"Pada mulanya saya usahakan membuat bahulu menggunakan dapur arang dan secara kecil-kecilan untuk di jual pada jiran-jiran sekitar sini," katanya.

Ibu kepada tujuh orang anak yang gigih mengusahakan bahulu di dapur rumah di kemudiannya beralih ke beranda rumahnya apabila permintaan terhadap bahulunya semakin menggalakkan.

Tidak pernah mengenal erti putus asa, Mahanum meneruskan usahanya tanpa bantuan sesiapa sehinggalah seorang rakannya Zainon Ariffin membawanya ke Jabatan Pertanian bagi mendapatkan khidmat nasihat.

"Di sana saya mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertanian di Kalumpang selama empat hari mengenai bahulu dan kek secara moden," katanya.

Semasa kursus di Jabatan Pertanian, beliau mempelajari cara mempelbagai produk bahulunya seperti bahulu ikan emas emas bersaiz besar dan sederhana.

Selain itu, Mahanum juga menghasilkan bahulu dengan menambah perisa seperti kapucino, pandan, coklat rice, oren dan strawberi serta muffin, kek gula hangus dan bahulu kemboja.

Melihatkan usaha dan semangatnya menghasilkan pelbagai produk serta pasaran yang amat menggalakkan semasa musim perayaan Jabatan Pertanian memberikan bantuan dalam bentuk ketuhar dan pembinaan bengkelnya.

Buat masa ini dengan bantuan Jabatan Pertanian, Mahanum dapat menghasilkan 4,000 biji bahulu biasa sehari.

Bahulu yang dihasilkan memang menarik kerana lebih garing daripada biasa dan tahan lebih lama.

Sebagai perniagaan keluarga, Mahanum dibantu oleh anak-anaknya terutama semasa cuti sekolah.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Mahanum tidak mengabaikan pelajaran anak-anak memandangkan tiga orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi manakala empat lagi masih bersekolah.

INFO:
Lot A Bakery Enterprise (Bahulu Mahanum)
Lokasi: Kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor

Telefon: 013-2263423

Email: anum6212@yahoo.com

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, August 18, 2009

Kasut LEWRE Bertaraf Antarabangsa

(Post: Bahasa Melayu)
"Nama Lewre diambil daripada nama Lew. Rekaannya berjaya mencuri perhatian selebriti antarabangsa itu juga dipasarkan di lebih 30 buah negara di seluruh dunia. Antaranya termasuklah di Sepanyol Australia, New Zealand, United Kingdom dan Itali."

LEWRE, jenama kasut tempatan selama ini mungkin dianggap berasal dari Perancis ataupun Sepanyol.

Lebih membanggakan, pemilik jenama bertaraf antarabangsa itu adalah anak jati Malaysia iaitu Datuk Lew Fong Voon ataupun lebih mesra dengan panggilan Lewre Lew.

Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Reka Bentuk, Lewre International Sdn. Bhd., menggandingkan bakat, kreativiti dan kerja keras dalam mengangkat jenamanya ke peringkat antarabangsa.

"Sejak jenama itu diperkenalkan pada tahun 1997 di pasaran tempatan, saya tidak pernah membayangkan Lewre berasal dari Eropah."

"Tatkala orang ramai khuatir dengan jenama itu, saya cukup bangga menyatakan bahawa kami dari Malaysia dan mempunyai pasaran di seluruh dunia," kata lelaki yang berusia separuh abad itu.

Beliau berpendapat, apa juga produk yang bertaraf antarabangsa perlu mengikut piawaiannya.

"Baik kad perniagaan, risalah imej butik dan kedai semuanya mempunyai imej antarabangsa," ujar Lew yang memakai kemeja serba hitam.

Bapa kepada tiga orang anak remaja itu menjelaskan, beliau tidak pernah hilang arah tuju dan keghairahan dalam mencapai impiannya.

Lew sentiasa merendah diri dan mengamalkan hidup serba sederhana. Itulah yang membuatkan pereka kasut itu mampu mencipta nama di arena antarabangsa.

Lew yang lahir dalam keluarga penoreh getah dari Tapah, Perak itu pernah hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan.

Bagi membantu kedua-dua ibu bapaya, Lew bangun seawal pukul 3 pagi untuk menoreh getah sebelum ke sekolah.

"Keperitan itu yang mengajar saya erti kehidupan dan tidak mudah menyerah kalah walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan," ujarnya yang pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah kilang membuat kasut.

Ketekunan Lew telah menarik perhatian salah seorang pelanggan tetap kilang tersebut lalu menawarkannya peluang untuk memulakan perniagaan sendiri.

"Pada masa itu, sumber kewangan saya tidak begitu kukuh. Saya sanggup menjual kereta kesayangan untuk memulakan perniagaan, pelanggan itu juga menghulurkan bantuan kewangan dan menjadi salah seorang rakan kongsi perniagaan."

"Sebelum jenama Lewre lahir, saya telah mereka dan mengedar variasi kasut daripada jenama-jenama lain," kata lelaki yang gemar melancong itu.

Sementara itu, Lew juga gemar menyertai pameran kasut antarabangsa seperti Pameran Kasut GDS dan Global Shoes di Jerman.

"Penyertaan pameran seperti itu pada awalnya tidak memberi apa-apa keuntungan kerana ketika itu masyarakat antarabangsa langsung tidak menyedari kewujudan Malaysia."

"Tanpa berputus asa, saya masih menyertai pameran-pameran sedemikian untuk mempromosi nama Malaysia, pada masa yang sama menimba ilmu rekaan dan perniagaan," jelasnya.

Akhirnya, usaha gigih Lew membuahkan hasil apabila pereka kasut terkemuka dari Malaysia, Jimmy Choo turut menghadiri pameran GDS dan berkunjung ke tapak perniagaannya.

"Saya tergamam dan hilang kata-kata kepada Jimmy Choo ketika beliau sedang berjalan mengunjungi tapak perniagaan dan melihat rekaan kasut saya."

"Selepas itu, beliau berpaling ke arah saya dan bertanya asal saya. Apabila mengetahui saya berasal dari Malaysia, lalu beliau memuji rekaan kasut berkenaan."

"Jimmy Choo juga menjemput saya ke studionya di London untuk mempelajari selok belok rekaan dan perniagaan kasut supaya dapat menyertai Minggu Fesyen London," kata Lew yang kagum dengan keikhlasan Jimmy Choo.

Katanya, pada awal perniagaan beliau bekerja lebih daripada 16 jam sehari dan bermalam di kilang untuk menyiapkan rekaan dan membuat kerja-kerja pemasaran.

"Sehingga hari ini, saya masih mengamalkan sikap tersebut kerana percaya kejayaan bukan bersifat kekal."

"Bila-bila masa pun kita boleh jatuh. Maka, teruskan usaha anda untuk mengekalkan kejayaan itu," ujar lelaki yang suka bersosial dengan kawan-kawannya apabila ada masa lapang.

Bagi mengembangkan rangkaian produknya, beliau juga memperkenalkan koleksi pakaian dan aksesori tambahan seperti beg tangan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Misalnya, koleksi terbaru luruh sejuk 2009 mendapat inspirasi isu sedunia.

Himpunan fesyen terbarunya mengetengahkan konsep deria rasa seperti manis, pahit, masam dan pedas. Kesemua elemen rasa itu ditampilkan melalui sentuhan warna, potongan yang unik dan manik.

Lew berkata, himpunan rekaan jenama itu boleh disesuaikan untuk wanita moden dan ia dijual pada harga antara RM100 sehingga RM700.

Untuk menarik lebih ramai wanita moden tempatan dan antarabangsa, pihaknya akan memperkenalkan koleksi pakaian korporat untuk wanita bekerjaya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Dari Kelab Golf ke Penternakan Keli

(Post: Bahasa Melayu)
"Dengan menubuhkan syarikat Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama."

Semuanya bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.

"Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau.

Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

Memandangkan tidak ramai penternak yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan pusat-pusat pembenihan.

Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini.

Atas kesedaran inilah dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor.

Keli yang diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini.

Akhirnya dengan bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya, mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut.

Sejak itu, setiap bulan paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk.

Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan.

Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih.

Sebelum proses pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun.

Induk yang terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih.

Saiz yang sesuai adalah sekitar 26 sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil daripada saiz induk jantan.

Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter.

Menurut Nur Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan September.

"Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya," jelas beliau lagi.

Setelah lebih dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap bulan.

Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih.

Menurutnya, anak benih yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah.

"Tiga minggu dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak," ujarnya.

Tegas beliau, biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian adalah rendah.

Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan majlis kenduri kahwin.

"Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang, Selangor, Kawasan Utara dan Johor" ujarnya.

Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara intensif.

Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif.

Bagi mengurangkan kos makanan ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi meminimumkan kebergantungan kepada pelet.

Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit.

INFO:
Bagi penternak yang ingin mempelajari teknik pembenihan ikan keli atau mendapatkan bekalan anak benih atau peralatan pembenihan, bolehlah menghubungi beliau di 019-3310855 atau 016-3094950.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, August 17, 2009

Rezeki Malam di Kampung Baru

(Post: Bahasa Melayu)
"Rata-rata pengunjung berkeluarga akan datang di antara pukul 8 hingga 10 malam. Selepas waktu itu dan sehingga pukul 3 pagi, pelanggan golongan muda pula tidak akan putus-putus singgah makan di sini."

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Ini bermakna sudah hampir empat jam kami berada di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Namun, kemeriahan lautan manusia mengharung pekat malam menyebabkan atmosfera malam minggu di Kampung Baru tidak pernah membosankan.

Semakin malam menjemput dinihari, semakin ramai orang yang datang melepak di lebih 100 buah warung dan gerai yang terletak di sepanjang Jalan Raja Muda Musa, Jalan Daud, Jalan Raja Uda dan Jalan Raja Alang.

Walaupun tidak banyak bezanya wajah dan landskap Kampung Baru sejak lebih sedekad lalu, namun masih ramai warga ibu kota setia menjadikan Kampung Baru sebagai destinasi larut malam untuk menjamu selera dan bersantai.

Keunikan Kampung Baru adalah kedudukannya yang terletak di tengah-tengah pusat ibu kota yang menjadi lokasi strategik pertemuan di antara rakan-rakan, selain variasi makanan yang ditawarkan di situ.

Seorang pengunjung yang ditemui berkata, Kampung Baru menjadi pilihan remaja kerana ia terletak di tengah ibu kota dan menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga yang sangat berpatutan.

Paling penting walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 atau 4 pagi, Kampung Baru masih hidup dengan aneka gerai yang tetap menanti para pelanggan termasuk pelancong asing.

"Saya lepak dengan kawan-kawan pada setiap hujung minggu. Inilah masa yang ada untuk keluar bersama mereka. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan kerja di pejabat pada hari biasa.

"Biasanya, pada malam minggu, saya akan lepak atau tengok wayang di KLCC dahulu. Selepas itu, barulah saya bawa rakan-rakan singgah makan di Kampung Baru sehingga awal pagi," kata Iskandar Yamman Sulaiman, 33, ketika ditemui Urban di Kampung Baru.

Mohd Syharrin, 25, dari Kampung Cheras Baru pula berkata, dia datang ke Kampung Baru pada waktu dinihari sekadar untuk berjalan-jalan.

"Saya tidak makan atau beli apa-apa, tapi saja jalan-jalan tengok orang ramai sekali gus menikmati pemandangan waktu malam di KLCC dengan lebih dekat," katanya yang merupakan seorang pekerja swasta di Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, kehadiran lautan manusia untuk mengisi perut serta menghirup atmosfera dinihari di Kampung Baru, secara tidak langsung menjadikan lokasi itu sebagai lubuk rezeki yang menguntungkan para peniaga.

"Membuka gerai lebih lama pada malam minggu membantu menambah rezeki kami."

"Bukan sahaja muda-mudi, malah pengunjung yang berkeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk jalan-jalan cari makan di sini," kata pemilik gerai LA Medan Selera yang hanya mahu dikenali dengan nama Zulkarnain.

"Pengunjung yang datang bukan sahaja rakyat tempatan, malah pelancong dari pelbagai negara termasuk Jepun, Korea dan China juga singgah di sini," ujarnya bangga walaupun hanya menetap di Kampung Baru kurang daripada 10 tahun.

Dalam banyak-banyak warung makan di situ, sebuah gerai yang menjual selipar turut menarik perhatian Urban.

"Apakah relevan anda menjual selipar di pusat tumpuan makanan sehingga lewat malam?" soal penulis.

"Nampak macam pelik, tetapi saya memilih untuk menjual selipar kerana ramai pengunjung memerlukan selipar bagi keselesaan sewaktu menjamu selera di Kampung Baru."

"Kalau yang perempuan, ada yang beli selipar untuk dipakai kerana dah tak tahan pakai kasut tumit tinggi selepas balik dari kelab atau pusat beli-belah."

"Yang lelaki pula, ada yang datang untuk ganti kasut atau selipar yang putus ketika berjalan-jalan," kata Eka Suriani Erwan, 32, yang menjual pelbagai selipar getah pelbagai corak.

Selain menjual selipar, Eka juga membuka sebuah kios menjual pelbagai barang untuk peminat sukan bola sepak antarabangsa. Bukan barangan tulen, namun ia sekadar untuk golongan peminat sukan yang mungkin kurang berkemampuan.

Bagi Urban sendiri, keunikan tempat makan di Kampung Baru ini bukan sahaja pada namanya, malah bangunan sekitarnya turut memikat hati. Begitu juga gaya 'persembahan' warung itu sendiri atau lebih tepatnya dekorasi di bahagian luar dan dalamnya.

Selain itu, setiap warung di situ menyediakan pelbagai hidangan asli pelbagai negeri dari seluruh negara. Antaranya laksa Pulau Pinang, laksa Johor, tom yam, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi Padang.

Pernah mendengar kata-kata 'makanan di gerai lebih enak daripada di hotel'? Beberapa sajian lazat di Kampung Baru antara yang membenarkan kata-kata itu.

Inilah yang menyebabkan warga kota memilih Kampung Baru sebagai pusat makanan. Walaupun berkonsepkan gerai, tetapi ia tetap mendapat pengiktirafan peribadi bagi sesiapa sahaja yang pernah singgah di Kampung Baru.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, August 16, 2009

Peminat Bunga Orkid Hutan

(Post: Bahasa Melayu)
"Baginya, usaha mencari orkid jauh ke dalam hutan belantara itu bukan sekadar hobi kerana dia juga memang berminat memelihara tumbuhan alam semula jadi bagi mengelak kepupusannya di samping membantu untuk menambah pendapatan keluarga."

Keindahan orkid atau orchidaceae bukan saja menjadikannya amat popular di kalangan penggemar flora di negara ini, malah ada yang sanggup meredah hutan belantara untuk mendapatkan tumbuhan berkenaan.

Bagi Norishak Md Isa, 37, dari Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling, Kedah, hobi mencari pokok orkid di hutan itu juga sumber rezekinya untuk keluarga.

Selain melakukan kerja kampung, dia mengambil peluang untuk memelihara pokok orkid yang diperoleh dari hutan sebagai sumber pendapatannya.

Pada mulanya, Norishak hanya mencari pokok itu untuk hiasan di rumahnya secara suka-suka, tetapi apabila mendapat tawaran daripada penggemar pokok orkid itu, dia mula menjadikan hobinya itu sebagai peluang menambah pendapatan.

Sejak tiga tahun lalu, dia mula mencari pokok orkid itu di merata tempat kerana yakin pokok itu dapat dijual kepada pelanggan yang meminati tumbuhan alam semula jadi.

Dia juga tidak kisah meredah bukit, paya dan lurah untuk mencari tumbuhan semula jadi itu kerana permintaan daripada pelanggan yang mahukan orkid yang asli sebagai perhiasan di rumah dan taman mereka.

"Setiap minggu saya mengambil peluang meredah bukit sehari suntuk mencari pokok orkid bersama rakan kerana banyak jenis tumbuhan itu ada di kawasan hutan di sini.

"Pokok orkid menjadi kegemaran kerana banyak jenis orkid yang ada di hutan belantara di negara kita yang boleh dijadikan perhiasan taman kerana tumbuhan itu mempunyai keasliannya tersendiri," katanya.

Dia yang meminati pokok orkid sejak tiga tahun lalu berkata, orkid yang ditemui antaranya adalah orkid totai, mata gergaji, faimrey, diamond, tulang, tanduk kijang, tebu, tanduk rusa, tali kasut, nanas, selipar, ritusa dan droben skanda.

Norishak akui orkid begitu popular kerana saiz, struktur dan warna bunganya yang berbeza-beza.

Warnanya saja cukup menarik hati seperti merah, kuning, merah jambu, putih dan ungu.

Ada 808 spesies orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga.

Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya namun yang pasti, bunga menjadi tarikan kecantikan tumbuhan ini.

"Bagi sesiapa saja yang tahu menghargai kecantikan, pasti akan suka melihat keindahan bunga orkid."

"Bagi orkid hutan, kebanyakan bunganya berkembang pada April setiap tahun dan hanya bertahan hingga sebulan," katanya mengakui, orkid hutan memang mendapat perhatian ramai pelanggan."

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini ada spesies asli yang hampir pupus akibat pengambilan yang berleluasa di hutan oleh peminat orkid.

Pada musim tertentu, Norishak sanggup meredah hutan di Kelantan dan Perak untuk mendapatkan sesuatu jenis pokok orkid jika mendapat permintaan daripada pelanggan.

"Pokok orkid yang menarik mampu dijual sehingga mencecah RM200 secara borong kepada pelanggan dari Kuala Lumpur."

"Mereka menggemarinya kerana keaslian pokok orkid dari hutan mudah tumbuh liar sekiranya ia dijaga dengan baik," katanya.

"Hobi ini juga membuatkan seseorang itu cintakan keindahan alam semula jadi dengan mendekati pelbagai spesies tumbuhan, sekali gus mencetuskan rasa sayang kepada segala ciptaan Tuhan ini," katanya.

Sumber: myMetro
Foto:
Wikipedia

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, August 14, 2009

Baja Organik HBO

(Post: Bahasa Melayu)
"Menurut Ismail, potensi pasaran masa depan baja berasaskan organik amat cerah dan beliau sudah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah agar menjadikan Sabah sebagai negeri baja organik."

Pada Karnival Jualan Mega 2009 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Tawau, Sabah baru-baru ini, kelihatan ramai pengunjung tertumpu di gerai yang dikendalikan guru bersara, Ismail Sulaiman.

Pengunjung jelas tertarik melihat dua pokok kacang bendi yang ditanam di dalam dua pasu di hadapan gerai itu.

Pokok kacang bendi di dalam sebuah pasu, nampak kurus dan tumbesarannya terencat berbanding pokok bendi di dalam pasu satu lagi yang tumbuh subur daunnya lebar, menghijau segar dan batang yang besar dan ketinggiannya jauh melebihi pokok bendi pertama.

Pokok kacang bendi yang subur dan tinggi itu menggunakan baja organik buatan Ismail, yang dinamakannya 'HBO' iaitu 100 peratus bio-organik.

Jika berkunjung ke rumah dan kebunnya di Kampung Sungai Imam, anda akan berpeluang menyaksikan kesuburan tanaman lain seperti pokok tomato melalui penggunaan baja organik buatan beliau.

Pada masa ini, Ismail, 60, bekas pengetua di SMK Abaka, Tawau, Sabah adalah pengusaha tunggal baja organik Bumiputera di Tawau. Beliau bersara daripada kerjaya guru pada tahun 2005.

"Selepas menghadiri taklimat tentang baja organik anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tawau, minat saya menceburi bidang ini timbul. Saya kemudian menghadiri kursus membuat baja organik menggunakan tahi ayam di Johor.

"Sekembali dari kursus, saya terus memulakan usaha mengeluarkan baja organik secara manual dengan modal permulaan RM20,000 daripada pinjaman bank dan hasil wang pencen."

"Bagaimanapun saya berhadapan dengan masalah kerana tidak seperti tahi ayam, tahi kambing tidak mudah dihancurkan menggunakan tangan sebaliknya perlu menggunakan mesin khas."

"Pengeluaran ketika itu cuma antara lima hingga enam guni baja sehari. Jadi, ketika itu walaupun saya masih boleh mengeluarkan baja organik berasaskan tahi kambing namun baja berkenaan cuma untuk kegunaan kebun sendiri kerana kualitinya belum sampai ke tahap boleh dipasarkan."

Bagaimanapun, atas bantuan LPP, beliau memperoleh mesin penghancur tahi kambing bernilai RM10,000 dan kini mampu mengeluarkan antara 40 hingga 50 tan baja organik sebulan.

Dengan khidmat nasihat LPP, pembungkusan baja organik keluaran Ismail kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini yang menggunakan guni-guni terpakai.

"Saya kini dalam proses untuk mendapatkan mesin yang mampu memproses sehingga satu tan baja organik sejam," katanya yang berhasrat memasarkan baja organik buatannya ke seluruh Sabah."

Beliau kini berusaha mendapatkan pensijilan baja organik dari beberapa buah negara termasuk Thailand, Jepun, Australia, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat kerana Malaysia sendiri belum mengeluarkan sijil seperti itu.

"Sebenarnya, saya melakukan semua ini bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan menyediakan baja yang dijamin halal dan bersih kepada pekebun-pekebun yang beragama Islam."

"Pada masa ini, ramai kalangan umat Islam tidak mengetahui secara pasti kandungan sebenar baja termasuk baja organik yang mereka gunakan sama ada dibuat berdasarkan syariat Islam."

"Sehubungan itu, saya berharap baja HBO ini akan menjadi baja organik alternatif kepada umat Islam yang memerlukan baja organik yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang tidak meragukan," katanya.

Katanya, melalui moto pengeluaran bajanya Go Green From Today, beliau berharap kesedaran orang ramai tentang pemeliharaan alam semula jadi melalui penggunaan baja organik dapat ditingkatkan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, August 13, 2009

CT-ONE Forze Café

(Post: Bahasa Melayu)
"CT-ONE FORZE CAFE merupakan salah satu cabang perniagaan baru syarikat CT-ONE Corporation Sdn. Bhd. (CT-ONE) yang terlibat sebagai salah sebuah syarikat yang menguruskan pembekalan peralatan kepada Angkatan Tentera Malaysia."

Baru dilancarkan pada 11 Julai 2009, kafe berkonsep ketenteraan yang pertama di Malaysia.

CT-ONE FORZE CAFE mula menarik perhatian masyarakat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Ini berikutan kelainan yang ditampilkan oleh pihak pengurusan kafe berkenaan terutama dalam aspek dekorasi, hiasan, penggunaan pinggan ala-ala tentera, layanan dan juga keunikan menu yang pasti menambat hati pengunjung.

Menurut Pengarah Urusan CT-ONE FORZE CAFE, Mejar (B) Adnan Hashim, kafe itu diwujudkan atas dasar cintanya pada kerjaya yang pernah disandangnya satu ketika dahulu.

"Atas sebab itulah, saya berusaha menubuhkan kafe ini sebagai salah satu lokasi santai untuk golongan veteran rakan-rakan tentera. Paling tidak, apabila berkunjung ke sini, mereka boleh mengimbas kembali kisah-kisah lama dan berkongsi pengalaman masing-masing," kata Adnan.

Paling istimewa tambah beliau, kafe ini memberi potongan harga sebanyak lima peratus kepada bekas anggota tentera tanpa mengira pangkat bagi menghargai pengorbanan dan jasa mereka kepada negara.

Dalam pada itu, suasana di kafe ini memang jelas menyerlahkan semangat ketenteraan menerusi pemilihan filem dan lagu yang bertemakan tentera serta patriotik yang sentiasa dimainkan sebagai halwa mata dan telinga pengunjung.

Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, kafe ini turut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi untuk memudahkan pengunjung melayari Internet tanpa sebarang bayaran dan juga ruang solat bagi mereka yang mahu menunaikan kewajipan tersebut.

Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan & Pemasaran CT-ONE FORZE CAFE, Firdaus Wong, berkata, konsep kafe itu sesuai dengan temanya termasuk setiap menu yang dihidangkan juga berkonsepkan tentera atau dalam erti kata lain 'mententerakan makanan'.

"Pemilihan menu dilakukan secara kolektif untuk menjadikannya unik berbanding dengan menu biasa yang ada dijual di tempat lain."

"Antaranya ialah menu nasi hijau yang dihidang dengan aneka sajian sama ada chicken chop, gulai ayam, daging masak lemak, ikan keli dan sebagainya, bergantung pada selera pelanggan. Ia turut dikenali sebagai Military Set."

"Istimewanya sajian ini adalah ia dihidangkan di dalam messtin iaitu sejenis peralatan yang biasanya digunakan untuk memasak atau menghidangkan makanan jika bertugas di dalam hutan."

Tidak ketinggalan, air minuman yang dijual dinamakan sempena terma-terma ketenteraan seperti Ambush Drink, Military Delights Drink, Military Refreshing Fruit Juice dan Military Milk Shake.

"Ambush Drink, contohnya merupakan gabungan minuman bertenaga dan minuman biasa seperti oren, anggur dan sebagainya untuk memberi kesegaran kepada sesiapa yang menikmatinya."

Dengan keluasan 2,000 kaki persegi (610 meter persegi), kafe ini boleh memuatkan kira-kira 80 pengunjung dalam satu-satu masa. Ia juga menyediakan sebuah bilik khas yang boleh diduduki oleh 10 orang jika mahukan privasi ketika berada di sana.

Untuk jangka masa panjang, pihak pengurusan akan sentiasa memperbaiki serta memperkemaskan lagi ciri-ciri atau konsep ketenteraan dan kemudahan sedia ada dari semasa ke semasa melalui idea pengunjung yang terdiri daripada komuniti tentera dan orang ramai.

Malah, Adnan memberitahu, pihaknya mempunyai matlamat untuk membesarkan lagi perniagaan ini dengan pembukaan cawangan atau outlet-outlet baru menerusi kaedah francais yang mengutamakan kakitangan pengasas dan bekas-bekas tentera.

Berpegang pada cogan kata keramat 'Ya, Kami Boleh dan Doakan Kejayaan Kami', Adnan percaya CT-ONE FORZE CAFE akan mengorak langkah untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

INFO:
CT-ONE Forze Café
38, Jalan Wangsa Delima 2A,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur,

Telefon: 03-41427460 / 03-41424462

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, August 12, 2009

Produk Minyak Kelapa Dara SANGGUL BIRU

(Post: Bahasa Melayu)
"Menggunakan moto 'Untuk kecantikan dan kesihatan,' Amidah Lazim menghasilkan produk hiliran minyak kelapa dara."

Walaupun baru dua tahun melibatkan diri dengan industri minyak kelapa dara, beliau sudah boleh berbangga dengan usahanya.

Menurut Amidah, langkahnya bermula apabila beliau dan suami Othman Mahmud mula mencari perniagaan yang sesuai selepas persaraan pilihan.

"Kenalan anak yang bertugas di Jabatan Pertanian memberi idea agar saya mendalami kaedah pengeluaran minyak kelapa dara," katanya semasa ditemui di bengkel minyak kelapa dara di premis Jabatan Pertanian Bagan Datoh, Perak.

Mendapat latihan dan kursus asas di Jabatan Pertanian Bagan Datoh, Amidah kemudian mengikuti kursus penghasilan kelapa anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Indonesia.

Di sana, Amidah mempelajari kaedah mempelbagaikan minyak kelapa dara kepada pelbagai produk penjagaan badan dan wangian.

Sehingga kini, Amidah menerusi syarikat Sanggul Biru Enterprise telah berjaya menghasilkan lapan produk berasaskan minyak kelapa dara.

Idea menghasilkan minyak kelapa dara berperisa timbul apabila terdapat pengguna yang tidak sukakan rasa dan baunya.

Justeru Amidah meminta nasihat Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) mengenai cadangan beliau bagi memberi pilihan kepada pengguna.

"Minyak kelapa dara biasanya boleh diminum antara tiga hingga lima sudu kecil setiap hari dan boleh tambah kepada minuman atau makanan kegemaran dan sangat sesuai untuk semua peringkat usia kerana kaya dengan bahan semula jadi dan diakui terbaik di dunia," katanya.

Minyak urut kelapa dara serai wangi dan kayu putih bagi kegunaan dewasa dan kanak-kanak boleh digunakan untuk mengurut, meredakan kembung pada bayi selain bisa gigitan serangga.

Losyen badan minyak kelapa dara pula dapat mencantik, melembut dan melembapkan kulit.

Krim malam minyak kelapa dara sesuai digunakan pada sebelah malam sebelum tidur dan merawat kulit muka.

Sabun pencucinya sesuai digunakan pada bila-bila masa untuk merawat kulit muka.

Manakala tonik rambut boleh digunakan sebagai minyak rambut, merawat kulit kepala bagi menjadikannya lembut, bersinar, tidak berkelemumur dan tidak mudah gugur.

Pewangi minyak kelapa dara tidak menggunakan alkohol, sesuai digunakan untuk beribadah dan balm minyak pala sesuai bagi mereka yang mengalami sakit sendi.

Selain mendapatkan bahan mentah daripada kawasan sekitar, Amidah mempunyai ladang kelapanya sendiri seluar empat ekar.

"Suatu masa dulu saya mempunyai ladang kelapa tetapi telah ditebang kerana ketika itu kami tidak tahu kegunaan kelapa dan kini kami sedang menanam semula kelapa matag," katanya.

Buat masa sekarang, Amida memerlukan 200 biji kelapa sehari bagi menghasilkan minyak kelapa dara, jeli kelapa dan kerisik.

Produknya mendapat sambutan menggalakkan memandangkan beliau merupakan salah seorang ahli program inap desa di Bagan Datoh.

"Setiap kali terdapat pelancong berkunjung ke inap desa, mereka akan dibawa ke bengkel saya."

"Ramai pelancong yang datang dan mencuba minyak kelapa dara di sini dan mereka biasanya datang semula untuk membelinya," katanya yang mempromosikan produknya menerusi majalah dan akhbar.

CONTACT INFO:
Telefon: 013-4507252 (Amida) atau 013-4391792 (Othman)

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Hiasan Dinding LexArt

(Post: Bahasa Melayu)
"Pelekat LexArt bermotif alam, Islamik kian popular sebagai alternatif hiasan."

Usaha menyediakan kemasan dinding bukan setakat memerlukan kreativiti dan idea, tetapi turut membabitkan pelaburan besar bagi merealisasikan perancangan yang ada.

Justeru, sebelum menetapkan sebarang jenis kemasan, selain mengambil kira cita rasa, wajar dipastikan juga pilihan itu bersifat tahan lama, mudah diselenggara, secocok gaya penataan dan paling penting, tema, corak serta tekstur yang ditonjolkan tidak ketinggalan zaman.

Jika sebelum ini, cat dan kertas dinding diisytihar kemasan popular, kini, sesuai peredaran masa, pelekat dinding semakin digemari.

LexArt, pelekat dinding satu warna dikeluarkan I-nai Venture Holdings Sdn Bhd (IVH) yang dijangka menerima sambutan hebat kerana menawarkan alternatif dan ilham unik bagi menggarap rupa dinding.

Pengarah Eksekutifnya, Nik Ahmed Mazlan Nik Mahidin, menyifatkan pelekat aneka pilihan warna dan motif ini mampu mengambil alih fungsi dan peranan cat serta kertas dinding.

"Meskipun pilihan warna disediakan, namun setiap motif dikhususkan kepada satu warna saja iaitu sama ada putih, hitam, biru, merah dan sebagainya. Maka, terpulang kepada kreativiti dan budi bicara individu bagi mempelbagaikan gayanya sama ada menerusi gabungan dua tiga motif yang ditempatkan bersama," katanya.

Memahami perbezaan selera pelanggan, IVH tidak menetapkan ukuran dan motif seragam bagi pelekat dindingnya sebaliknya, pembeli diberi kebebasan mengemukakan sendiri tema dan corak bersama ukuran diingini.

Manakala, yang masih buntu membuat pilihan, IVH membantu dari segi mengusulkan cadangan rekaan yang difikirkan secocok konsep kediaman.

Meskipun berbilang motif ditawarkan, kata Nik Mazlan, buat masa ini, penekanan corak membabitkan rekaan berunsur alam, mengutarakan imej Islamik serta paparan corak yang dekat dengan alam dan jiwa Melayu.

"Mesej dan slogan dipersetujui bagi kempen pelekat ini ialah Inspirasi Alam. Seperti namanya itu, kebanyakan corak yang dikeluarkan perlu berhubung rapat dengan alam semula jadi, misalnya, motif daun sirih, pucuk pokok, bunga menjalar dan tumbuhan lain," katanya sambil menambah, kebanyakan pelekat dijualnya diimport dari Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, bagi mempelbagai pilihan dan gaya, rekaan lain seperti corak haiwan, bangunan pencakar langit, permainan kanak-kanak serta wajah manusia turut diperkenalkan.

Berbanding kertas dinding yang kegunaannya khusus menghiasi dinding, produk LexArt yang memasuki pasaran Februari lalu, sebaliknya berkeupayaan menyeri sebarang permukaan rata termasuk kayu, kaca, konkrit, dinding lepa atau plaster, lantai, cermin malah siling.

"Kaedah dan teknik pemasangannya cukup mudah. Anda hanya perlu memilih ruang dan sudut kediaman yang ingin dihias dengannya sebelum menentukan tema juga motifnya. Sebaik mengenal pasti tempat, tanggal pelekat yang diperbuat daripada plastik filem itu untuk ditampal di dinding."

"Bagusnya, anda boleh menukar corak baru pada bila-bila masa tanpa khuatir dinding rosak kerana ia berciri senang tanggal, mudah dibersihkan, tanpa bau selain tidak meninggalkan cela dan bekas apabila ditanggalkan," katanya.

Begitupun, Nik Mazlan mengingatkan, usaha memasangnya memerlukan kesabaran dan daya tumpuan tinggi lebih-lebih lagi yang membabitkan corak kompleks seperti sulur ranting dan daun, motif kerawang dan kerangka halus bangunan. Bagi bahagian bermasalah seperti dinyatakan itu, IVH ada menyediakan rundingan dan khidmat pemasangan peribadi.

Selain itu, LexArt kata Nik Mazlan, bukan sekadar sesuai untuk kediaman dan bangunan komersial tetapi bahkan sumber terapi di hospital dan pusat kecantikan.

Buktinya, sejak IVH dipertanggungjawab memasang pelekat di dinding Institut Jantung Negara (IJN), pusat perubatan itu kini berubah wajah menjadi lebih ceria lagi menenangkan.

"Jelas, pelekat dinding ini berperanan mengubah tanggapan hospital yang dikatakan enjadi tempat menghuni orang sakit. Sebaliknya, melalui rekaan menarik dan artistik, segenap dinding yang diberi sentuhan itu berubah menjadi lebih mesra. Pendek kata, hospital kini semakin mirip dengan hiasan dalaman rumah kediaman dan galeri," katanya.

CONTACT INFO:
Telefon: 03-58820687

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::