Tuesday, August 31, 2010

Ukiran Mata Pensil Kontot

(Post: Bahasa Melayu)
" Pensil kontot yang bersambung pemadam kecil di bahagian belakang itu ditilik dari pelbagai sudut. Sesudah itu, dengan menyandarkan tubuh di bangku kayu, perlahan-lahan Dalton Ghetti memejamkan mata bundarnya. "

Sambil melayangkan ilusi untuk menghalusi bayangan figura dan objek menarik yang terlintas di benaknya, sesekali kepalanya diangguk, menandakan mindanya sedang memahami apa yang bakal dilakukan selepas ini.

Sebilah pisau cukur dicapai lantas jari-jemarinya pantas menelanjangi sebahagian batang pensil hingga terserlah mata pensil atau grafit kehitaman yang terletak di tengahnya

"Ramai yang menggelar saya sebagai lelaki pensil, tetapi saya tidak kisah. Malah saya tumpang gembira kerana gelaran itu mempopularkan saya," seloroh Ghetti.

Menginjak ke usia separuh abad, lelaki kelahiran Brazil ini senang menghabiskan masa lapangnya dengan mengukir mata pensil di studio miliknya di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat (AS).

Tanpa ditemani selingan muzik mahu pun rakan berbual, seni tangan tukang kayu mampu menghasilkan arca yang sukar dipercayai, malah bagi yang pernah melihat karya seni Ghetti mereka pasti menganggap naskhah seni beliau tidak masuk akal.

Mana tidaknya, sejak 25 tahun lalu, beliau menghasilkan pelbagai arca yang diukir daripada hujung mata pensil dan beliau melakukannya tanpa bantuan kanta pembesar!

"Hujung mata pensil adalah kanvas terbaik. Ia material halus tetapi boleh dipelbagaikan, tidak seperti kayu yang mempunyai ira dan terhad dengan potongan tertentu."

"Tetapi apabila saya memberitahu orang tempoh yang diperlukan untuk mengukir, mereka tidak akan percaya. Namun, itu adalah perkara yang akan mengagumkan orang ramai, tekun dan sabar kerana hari ini semua benda mahu cepat," katanya.

Jarum Jahit

Ghetti menghasilkan lebih 100 ukiran dan buat masa ini beliau sedang menyiapkan karya epik, mengambil inspirasi daripada tragedi 11 September yang melanda AS.

"Apabila tragedi pada tahun 2001 itu berlaku, saya hanya mampu menangis seharian dan tidak mampu berbuat apa-apa."

"Saya mengambil keputusan untuk membuat ukiran titisan air mata untuk setiap orang yang meninggal dunia dalam serangan tersebut, lebih kurang 3,000 mangsa semuanya."

"Sejak tahun 2002, saya telah ukir satu setiap hari dan ia mengambil masa lebih kurang sejam. Untuk membentuk satu titisan air mata yang besar, saya perlu mengambil masa 10 tahun. Ia satu tempoh yang lama, tetapi saya percaya, ia amat berbaloi," katanya.

Bakat seni ukir Ghetti bermula sewaktu di sekolah apabila sering dikesan mengukir nama rakannya di atas kayu sebelum memberinya sebagai hadiah.

Selepas itu, apabila dia serius menceburi bidang arca melibatkan ukiran dan pahat-memahat. Ghetti suka menghasilkan karya di atas pelbagai benda yang besar seperti papan.

Namun, baginya penghasilan arca itu akan menjadi lebih mencabar jika dilakukan terhadap benda yang kecil.

"Saya banyak bereksperimen dengan pelbagai material seperti kapur dan daripada situ timbul idea untuk mengukir mata pensil."

"Selain pensil, tiga peralatan asas yang saya gunakan ialah pisau cukur, jarum jahit dan pisau pembentuk."

"Jarum jahit digunakan untuk membuat lubang atau mengorek mata pensil. Saya akan lakar dan membentuk garisan dengan gerakan yang lembut. Jika dilakukan dengan kasar, ukiran berisiko untuk patah," beritahunya.

Mengakui kecewa jika hasil ukirannya berbulan-bulan lamanya patah atau pecah sebelum disiapkan, Ghetti sangat berhati-hati apabila ukiran hampir siap.

"Apabila ukiran hampir siap, ada masanya saya akan gementar dan memegangnya terlalu kuat. Arca akan mudah patah. Biasanya jika rosak, saya akan mulakan dengan pensil baru, tetapi ukiran tukul besi yang pernah saya buat pernah patah lima enam kali, namun saya teruskan hingga selesai," katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Stim Bot Soba O-Shima

(Post: Bahasa Melayu)
" Kebiasaannya kita menikmati sup stim bot perisa ayam ataupun tom yam ketika menikmati juadah berbuka puasa. "

Apa kata, pada bulan Ramadan kali ini kita berubah selera dengan mencuba stim bot yang menggunakan sup soba di Restoran Jepun O-Shima, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor.

Pemilik restoran, Nor Ashraf Abd. Wahab berkata, sempena bulan Ramadan ini restoran tersebut menawarkan menu berlainan iaitu stim bot dengan tiga perisa pilihan iaitu ayam, tom yam dan soba.

"Pelanggan-pelanggan dikenakan bayaran RM15 sahaja. Pada harga itu juga mereka juga mendapat nasi goreng, air sirap bandung dan buah kurma."

"Pelanggan-pelanggan juga boleh memilih pelbagai bahan-bahan seperti bebola ikan, sotong, udang, ayam, stik ikan dan sayur-sayuran untuk dimasukkan ke dalam sup stim bot berkenaan," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Nor Ashraf menambah, kelainan sup soba adalah ia menggunakan pati ikan bonito yang menjadikannya lebih lazat. Selain itu, bahan-bahan stim bot dan air bandung juga boleh ditambah pada bila-bila masa tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Selain set stim bot, pelanggan-pelanggan juga boleh mencuba pelbagai jenis menu hidangan masakan Jepun seperti gekikara ramen, shokado bento, okonomiyaki dan macam-macam lagi.

"Set okonomiyaki agak berlainan sedikit kerana para pelanggan boleh memasak sendiri dengan memilih tiga bahan iaitu makanan laut, daging ataupun ayam."

"Kita juga ada menyediakan pelbagai menu masakan ala Thai sekiranya masakan Jepun tidak menepati cita rasa mereka," ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Bekas Berus Gigi Flipper

(Post: Bahasa Melayu)
" Rutin penjagaan gigi jadi lebih bergaya apabila ada bekas menyimpan berus gigi yang unik dan menarik. Itulah tarikan keluaran Orca, Flipper, yang tampil dengan tiga rekaan terbaru Big Eye, Ozy Joy dan Mira yang menjadi tambahan kepada rangkaian kanak-kanak siri Animo Jr. "

Flipper tampil dengan bekas menyimpan berus gigi unik dan dipatenkan di seluruh dunia dengan mekanisme satu sentuhan untuk membuka dan menutup bekas secara automatik apabila berus gigi ditekan atau direntap.

Dengan bekas unik dan menarik ini, Flipper melindungi berus gigi daripada kuman bawaan angin atau sebarang penyakit akibat jangkitan bakteria selain mengelak berus gigi dihinggapi cicak dan serangga menjijikkan seperti lipas.

Mudah dan praktikal, Flipper menjadi padanan tepat untuk penjagaan gigi seharian dan mampu menceriakan rekaan bilik mandi dengan pelbagai bentuk menarik selain mampu menggalakkan kanak-kanak supaya lebih kerap memberus gigi.

Menurut Ketua Inovasi Kreatif Orca, HY Cheong, setiap siri Flipper menggambarkan nukilan perasaan berbeza.

"Animo Jr begitu comel manakala siri Big Eye menyerlahkan sikap dan personaliti. Ozy Joy pula anggun menawan manakala Mira ringkas, tapi memikat," katanya.

Animo Jr
Mengandungi 12 rekaan berbentuk haiwan yang hampir pupus, haiwan liar dan binatang peliharaan comel dengan semuanya sudah melepasi segala ujian Orca dan Occo, dua penjaga pulau magis di Lautan Pasifik.

Orca dan Occo
Sunny, beruang matahari yang lembut, Eddy gajah berhati mulia, Hippy badak sumbu yang sopan, Lubby singa, raja di hutan, Pachy panda gergasi yang baik hati, Rumbo badak yang berani, Timmy harimau yang cerdik, Jiggie zirafah yang bijaksana, Zibby kuda belang yang kacak, Smarty monyet ceria dan Howdy lembu yang rajin.

Big Eye
Siri robot bermata besar setinggi tiga inci unik yang bergaya. Siri ini tampil bersama roda memboleh­kannya bergerak dan menjadi permainan menarik ketika memberus gigi setiap hari.

Pelbagai bentuk robot dalam siri ini dihasilkan bagi memenuhi personaliti yang berbeza.

Ozy Joy
Berbentuk seperti cengkerang, dihiasi grafik menarik ditambah dengan hasil seni memikat dengan kesan berlapis. Setiap rekaan dalam siri ini menyerlahkan rasa berbeza.

Mira
Siri Mira menggambarkan pendekatan baru dan asli terhadap Flipper dengan bebayang memikat, ilham daripada titisan embun dinihari.

Dalam mengejar kemuncak keaslian ciptaan, badan bekas berus gigi ini dan pendakap, buat pertama kali digabungkan sebagai binaan tunggal.

Jika diperhati dengan lebih dekat, pasti terserlah butirannya. Berwarna cerah dengan permukaan seakan cermin menjadikannya seakan-akan kristal. Mira tampil dengan empat variasi menarik iaitu zircon, amber, amethyst dan titanium.

Sempena pelancaran siri terbaru, Flipper menganjurkan pameran produk bertajuk It's Tick-Tack Time! di pusat beli-belah 1Utama ber­mula 27 Ogos sehingga 5 September ini.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Living Wing Sdn Bhd, Terence Lee, pengunjung ruang pameran yang membelanjakan RM50 (atau RM30 bagi pemegang kad Onecard) akan mendapat Flipper edisi khas Ozy Spring Breeze secara percuma.

"Orang ramai digalakkan membawa Flipper terpakai ketika pameran dan mereka boleh menukarkannya dengan Flipper Ozy Spring Breeze percuma. Program pakai tukar ini akan diteruskan bermula 6 hingga 12 September di Homing Concept Store," kata Lee.

Turut diadakan adalah peraduan meneka jumlah Flipper yang diletakkan dalam bekas khas. Pemenang peraduan ini akan menerima baucar beli-belah Jusco bernilai RM500.

Flipper dijual pada harga RM12.90 hingga RM17.90 yang boleh didapati di Homing, Isetan dan Sogo serta di Jusco, Popular, Metrojaya, Ace Hardware dan Aussino terpilih.

Sumber: myMetro
Foto: Flipper

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, August 30, 2010

Jus Jana Minda

(Post: Bahasa Melayu)
" Penemuan jus madu formula yang dihasilkan oleh seorang doktor homeopati berjaya mengubah keseluruhan perjalanan hidup seorang suri rumah dan ibu kepada lima cahaya mata, Ramlah Haleed, menjadi seorang wanita yang semakin maju. "

Daripada seorang individu yang agak pemalu, selain pernah berkhidmat sebagai tukang masak di restoran milik suaminya dan juruwang di sebuah pasar raya di Masai, Johor, kini beliau boleh tersenyum bangga dengan pencapaiannya.

Dengan jawatan sebagai Pengarah Urusan MH Traders, sebuah syarikat milik bersama keluarganya, beliau boleh dianggap sebagai role model kepada mana-mana golongan hawa di negara ini, yang sentiasa ingin maju dan berjaya dalam bidang perniagaan.

Syarikat yang diterajuinya itu kini semakin dikenali sebagai pengedar tunggal di Malaysia, selain Brunei, Indonesia dan Singapura bagi jus madu formula yang menggunakan jenama Transmax Mind Booster.

Minuman jus ini semakin mencipta nama dalam membantu meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak yang bermasalah terutama dari segi daya ingatan, kurang tumpuan dalam pembelajaran dan tidak aktif.

Ketika ditemui di ibu pejabat syarikatnya, di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini, Ramlah mendedahkan betapa kejayaan yang dikecapinya itu bukan berlaku dalam sekelip mata sebaliknya memerlukan pengorbanan dan kesungguhan.

"Semuanya bermula ketika saja berkunjung ke klinik Dr M Kadiri di Selangor. Saya terlihat sebuah botol jus madu di situ yang antara lain dikatakan mampu membantu meningkatkan keupayaan otak seseorang."

"Entah macam mana, saya terpanggil untuk mencuba jus itu untuk anak-anak memandangkan mereka kurang menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran masing-masing sehingga merisaukan saya dan bapa mereka, Moideen Mohamed."

"Sebagai seorang ibu, pendidikan anak-anak menjadi keutamaan kerana ia adalah jaminan untuk masa depan mereka. Jadi saya bertawakal kepada Allah SWT, supaya jus ini mampu mengubah hidup mereka," katanya.

Ramlah berkata, selama dua bulan menggunakan jus berkenaan, anak keempatnya, Nur Syafikah Moideen, 11, mula menunjukkan perubahan memberangsangkan apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.

Selain itu, katanya, anak keduanya, Saiful Azhar Moideen, 15, yang sebelum itu berdepan masalah untuk membaca, kini mampu berbuat demikian dengan lancar selepas meminum jus berkenaan.

"Selepas yakin khasiat jus Transmax Mind Booster berupaya memberi kesan baik kepada anak-anak kami, timbul pula idea untuk memasarkan minuman itu untuk membantu ibu bapa lain di negara ini."

Selepas mengadakan perbincangan dengan suami dan keluarga, Ramlah mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan mengedar jus itu dengan permulaan modal kira-kira RM100,000.

Kali pertama menjalankan perniagaan itu dengan menggunakan nama MH Traders, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh kerana mentaliti sesetengah masyarakat yang kurang mempercayai produk berasaskan kesihatan.

"Kali pertama melakukan roadshow di Johor Bahru, banyak reaksi negatif yang diterima. Antaranya ada yang mengatakan otak mereka tidak sakit, mereka sudah cukup pandai dan tidak gila. Bukan orang luar saja yang berkata begitu, sesetengah ahli keluarga lain juga serupa."

"Mereka seperti langsung tidak percaya dengan khasiat jus ini. Memang pada peringkat awal jualan saya tidak menjadi. Lebih banyak kutukan daripada sokongan yang saya terima pada masa itu."

"Apa yang saya boleh lakukan ketika itu hanyalah terus berusaha, berdoa dan bertawakal kerana niat saya adalah ingin membantu dan berkongsi rahsia yang diperoleh ini bersama ibu bapa lain di negara ini," katanya.

Ramlah berkata, sepanjang hampir sembilan bulan menjalankan perniagaan itu, beliau mampu tersenyum gembira kerana ia semakin diterima ramai.

Beliau kini mempunyai kira-kira 5,000 pengguna tetap jus madu berformula itu di seluruh negara, selain Singapura, Brunei dan Indonesia.

Katanya, syarikat yang diterajuinya itu kini merancang untuk mewujudkan sebuah kilang sendiri yang mampu menampung permintaan dari negara ini, selain wilayah rantau ini seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

"Selain itu, kami juga merancang untuk menubuhkan Kelab Transmax Mind Booster kepada semua pengguna kami yang setia dengan produk ini," katanya.

Setiap botol jus madu formula dijual dengan berharga RM49.90 di Semenanjung Malaysia dan RM59.90 untuk Sabah dan Sarawak.

Ia mengandungi 120 mililiter iaitu kira-kira 600 kali semburan boleh dilakukan dan mampu bertahan selama tiga bulan jika mengikut peraturan yang ditetapkan.

CONTACT INFO:
Ashraf Mohamad: 013-6616722
Pejabat: 06-2311300 atau 06-2332300

INFO PRODUK:
• TRANSMAX Mind Booster adalah jus madu berformula yang dipercayai mampu membantu penggunanya untuk mengatasi beberapa masalah seperti malas belajar, malas bangun pagi, berkhayal, kurang fokus dan mudah lupa.

• Jus ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

• Jus madu berformula ini diperkaya dengan lapan bahan terpilih - madu asli, kalsium phospericum, kalium phospericum, magnesium phospericum, asid phospericum, anacard, ganoderma dan ekstrak bunga jasmin yang membantu meningkatkan fungsi otak.

• Madu asli membantu meningkatkan daya pemikiran serta tenaga;

• Kalsium phospericum membantu menguatkan tulang dan gigi;

• Kalium phospericum membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan;

• Magnesium phospericum membantu menghilangkan perasaan jemu belajar, mengantuk dan menggantikannya dengan minat serta fokus pada pembelajaran;

• Asid phospericum bertindak sebagai tonik penyegar.

Anacard, ganoderma dan ekstrak bunga jasmin berfungsi sebagai baja kepada sel-sel otak supaya cergas dan pintar, menggalakkan pertumbuhan sel neuron, mengaktifkan sel darah merah, menyingkirkan kumuhan dalam badan serta membawa oksigen terus ke otak.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Top 10 Jobs You Can Do from Home

(Post: English)
If you live in an isolated area, or can't commute to a typical nine-to-five job for other reasons, you don't have to sacrifice a successful career.

The following ten jobs offer freelance and work-at-home options that allow you--with the right career training--to succeed from a home office.

1. Management analyst (average salary in 2009: $84,650)
An expert in a given industry or business area may earn a living advising other companies as a management analyst (or management consultant).

These consultants work on a project basis and may work from a home office or commute to client sites.

Management analysts often have a bachelor's degree and extensive experience in a particular field.

2. Web developer (average salary in 2009: $70,930)
Web developers can create Web sites and Internet applications from any computer with the appropriate software, so they often perform project-based client work from home.

Most Web developers have a bachelor's degree in computer science or a related field, but an associate's degree or certificate can also be sufficient.

3. Technical writer (average salary in 2009: $65,610)
Technical writers are communication specialists who translate technical subject matter into common, easy-to-follow language. They often write how-to guides, instruction manuals, and medical brochures.

Many technical writers work from home offices, and they often hold a bachelor's degree in English, journalism, or another communications field.

4. Public relations specialist (average salary in 2009: $59,370)
Public relations specialists help companies and organizations build a positive relationship with the public--they write press releases, address media inquiries, and communicate with interest groups.

A bachelor's degree in public relations, communications, journalism, or a related field is required for entry-level public relations positions.

5. Interior designer (average salary in 2009: $51,990)
Interior designers combine principles of art, architecture, and spatial planning to design building interiors that are both functional and aesthetically pleasing.

Many interior designers are self employed and work from home offices on a project basis. Before working on their own, interior designers generally earn an associate's degree or bachelor's degree in interior design and complete a design internship.

6. Graphic designer (average salary in 2009: $47,820)
Graphic designers use computer design applications to create advertisements, brochures, logos, and other communications materials for clients.

A bachelor's degree in graphic design is the most common way to become a graphic designer, although associate's degree and certificate programs are also available.

7. Caterer (average salary in 2009: $44,240 [includes all chefs and head cooks])
As an alternative to busy restaurant life, some chefs become caterers and prepare food for special events. Caterers need well-equipped kitchens and efficient staff to prepare food for large parties, but they can often run the business and planning side of catering from a home office.

Many successful caterers have prior restaurant experience and an associate's degree in culinary arts.

8. Mental health counselor (average salary in 2009: $41,710)
Mental health counselors use therapeutic techniques to treat patients suffering from depression, anxiety, stress, addiction, and other mental health disorders.

Some self-employed mental health counselors hold counseling sessions in their home. To become a mental health counselor, you must earn a master's degree in mental health or clinical counseling and become licensed by your state.

9. Massage therapist (average salary in 2009: $39,780)
Massage therapists help clients reduce stress, relax overworked muscles, and recover from injury using a variety of massage techniques.

Many massage therapists are self-employed and can schedule appointments to fit their lifestyle. Most states require massage therapists to become licensed by completing an accredited massage therapy program.

10. Customer service representative (average salary in 2009: $32,410)
According to the U.S. Bureau of Labor Statistics, a growing number of companies are hiring customer service representatives who telecommute and answer customers' calls from home.

Not all customer service jobs require postsecondary education, but some companies prefer to hire people with a bachelor's degree in communications, business administration, or a related field.

Career training for a home-based career
Whatever your current job or education level, you can work towards a rewarding, home-based career with the proper career training and degree.

Online degree programs are especially convenient for working students, so you can continue your education and reach your professional goals.

INFO:
Article by: Jessica Hanley, a writer pursuing a graduate degree in creative writing. Her previous experience includes marketing for the Penguin Young Readers Group and teaching writing to students of all ages. Jessica received a BA in English from Stanford University.

Source: All salary data was reported by the U.S. Bureau of Labor Statistics

Source: Yahoo! HotJobs
Image: ApartmentTherapy

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

FREE ADS - Home Based Terunggul - Haslina

[ Dapatkan FREE ADS POSTING ini dengan hanya mengiklan untuk tempoh minima 3 bulan ]
(Post: Bahasa Melayu)

Jom menjana pendapatan secara online dari rumah!

Peluang ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk meningkatkan pendapatannya. Setiap kejayaan pastinya datang daripada usaha yang berterusan tanpa mengenal penat jemu.

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

FREE ADS - Moza Bisnes di Rumah

[ Dapatkan FREE ADS POSTING ini dengan hanya mengiklan untuk tempoh minima 3 bulan ]
(Post: Bahasa Melayu)
YA BENAR! Konsep bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pada masa ini.

Telah ramai individu yang menceburi dunia bisnes dari rumah. Sesiapa juga mampu melakukannya dengan adanya kemudahan PC atau laptop serta capaian internet.

Menurut kata seorang jutawan internet, "Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Malaysia menggunakan internet sama ada untuk mencari kerja atau meninjau peluang bisnes internet khususnya yang berkonsepkan "home based business" atau "online business" untuk mencari duit tambahan bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat ketika ini."

Kini, PELUANG bekerja dari rumah ini dikongsi bersama anda oleh saudara MOZA. Klik saja untuk mendapatkan info berkenaannya. Mungkin inilah peluang yang anda nantikan selama ini!

Sistem yang baik, produk yang bagus - merupakan satu kombinasi yang jitu untuk sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mencuba menjana pendapatan tambahan.

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::