Thursday, September 30, 2010

Teknologi Formulasi Sabun Lutsinar

(Post: Bahasa Melayu)
" Menyedari kepentingan sabun sebagai alat pembersih kulit dan muka, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerusi penyelidiknya, Norashikin Ahmad, berjaya mencipta formulasi sabun lutsinar yang digunakan khusus untuk membersihkan kulit dan wajah yang dihasilkan daripada ekstrak sawit, sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. "

Ketika ini, tiga jenis sabun ada dalam pasaran ialah jenis legap (apaque), kurang lutsinar (translucent) dan lutsinar (transparent).

Antara ketiga-tiga jenis sabun itu, yang paling digemari dalam pasaran ialah jenis lutsinar. Lazimnya sabun lutsinar diperbuat daripada petroleum atau berasaskan haiwan.

Bagaimanapun, menurut Norashikin formula sabun lutsinar wangi yang dihasilkannya selain diyakini halal kerana menggunakan bahan berasaskan sawit, juga memiliki tahap lutsinar yang lebih baik setanding produk berjenama dan yang diimport.

Sabun lutsinar separa siap selalunya diimport dari Taiwan dan China sebelum diproses dan ditambah nilai dengan bahan lain di negara ini dan dipasarkan.

Bagaimanapun, kita tidak tahu status sumber sabun lutsinar separa siap itu diperoleh dan ini tentunya menyukarkan terutama bagi pengguna Islam.

Justeru, dengan adanya sabun lutsinar ini yang berasaskan tumbuhan sepenuhnya ia mematuhi tuntutan khususnya kepada pengguna Islam.

Selain itu, sabun lutsinar berasaskan sawit lebih jernih daripada yang ada di pasaran. Jika dicampur dengan herba lain, sabun lutsinar ini mempunyai kelebihan bergantung kepada jenis herba yang dicampur, katanya.

"Formulasi sabun pembersih wajah lutsinar wangi ini mengandungi 74 peratus bahan berasaskan sawit di dalam kandungan sabunnya. Malah, ia dapat menghilangkan kotoran dengan lebih efektif manakala pelbagai pewangi yang dicampur boleh menjadi terapi minda yang baik, katanya.

Katanya, formula sabun lutsinar wangi menggunakan sawit memiliki tahap lutsinar lebih baik dan bermutu tinggi kerana pembuatannya menggabungkan bahan asid dihidrosistearik (DHSA) berbanding tahap lutsinar produk komersial di pasaran yang kebanyakannya adalah dalam bentuk translucent.

Bahan yang digunakan dalam pembuatan sabun formulasi Norashikin ialah gliserin yang berfungsi mengekalkan kelembapan kulit, bahan asas membuat sabun iaitu asid lemak dan DHSA yang semuanya adalah berasaskan sawit.

Hasil kejayaan formulasi sabun lutsinar ini, beliau memenangi Anugerah Produk Inovatif Malaysia dalam ITEX 2009 bagi produk sabun lutsinar dengan DHSA.

Lebih istimewa, teknologi formulasi sabun lutsinar turut dikomersilkan beberapa syarikat iaitu:
* Syarikat HR Marketing Sdn Bhd - tahun 2007 - bagi produk sabun lutsinar separa siap

* Sirius Excel Sdn Bhd - tahun 2008 - bagi produk sabun lutisnar berpewangi berasas sawit

* Muslimah Skin Care and Cosmetics Manufacturing Sdn Bhd (MSCM) - tahun 2009 - bagi produk sabun lutsinar sawit dengan ekstrak herba seperti pegaga, puraria, pinang muda dan tanah liat.

Sumber: Berita Harian Online
Foto: MSCM

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Anggur Sebagai Tanaman Hiasan

(Post: Bahasa Melayu)
" Ramai yang kagum apabila mendapati laman sekangkang kera di kawasan perumahan dihiasi pokok anggur hijau dan merah yang berbuah bukan sekali dua setahun malah tidak putus-putus berbuah sejak ditanam. "

Setiap tetamu yang datang mengemukakan pelbagai soalan malah tidak putus-putus menanyakan petua untuk memastikan anggur yang ditanam kekal hidup dan menghasilkan buah yang cantik dan boleh dimakan.

Itulah senario dihadapi Md Akhir Hanafi, ketika mula-mula menceburi penanaman anggur sehingga kini bergelar pengusaha tapak semaian anggur.

Menceritakan mengenai penanaman anggur, Md Akhir berkata, pada awalnya ramai yang mempunyai persepsi bahawa anggur sukar ditanam terutama untuk dijadikan pokok hiasan kerana ia tidak sesuai dengan cuaca dan suhu di negara ini.

"Persepsi itu betul, namun jika mengikut panduan dan cara yang betul tidak mustahil anggur menjadi hiasan utama laman kediaman sesiapa saja."

"Asas utama yang perlu di ambil kira sebelum memilih anggur sebagai tanaman hiasan adalah pemilihan biji benih. Ada dua perkara utama perlu diambil kira sama ada memilih pokok anggur tahan kulat atau menyediakan persekitaran yang berbumbung lutsinar."

"Jika dua perkara ini diberikan keutamaan maka hasrat menjadikan anggur sebagai tanaman hiasan akan menjadi kenyataan," katanya.

Ditanya keunikan anggur sebagai tanaman hiasan, katanya anggur sangat cantik untuk ditanam pada tepian pagar, pergola, para-para dan wakaf kerana menghasilkan gugusan buah yang berwarna-warni sama ada hijau, merah dan ungu, selain sifatnya yang menjalar dengan daun pecah lima yang unik.

"Satu lagi yang unik mengenai anggur, pokok ini muah diasuh mengikut kemahuan pemiliknya. Lebih cantik ditanam bertingkat-tingkat di tepi pagar, menjalar tepian pergola serta diasuh membentuk seperti kerangka payung di laman kediaman," katanya.

Beliau berkata, mereka yang berminat menanam anggur sebagai tanaman hiasan dinasihatkan mendapatkan benih yang terbaik dan tahan kulat.

"Bagi memudahkan kerja penanaman, beli saja anak benih daripada nurseri bunga berbanding menyemai biji benih atau keratan batang. Mengikut teknik yang betul, menyemai melalui keratan batang dan tut lebih mudah berbanding menyemai biji benih," katanya.

Md Akhir berkata, hasil kajian yang dibuat hampir 10 tahun mendapati pokok anggur boleh hidup subur di negara ini disebabkan tiga faktor iaitu matahari, air dan tanah.

"Selain itu, pemangkasan adalah wajib untuk pembuahan, jika tidak pokok tidak akan berbuah. Pokok anggur, adalah tanaman yang semakin tua semakin menjadi kerana ia menghasilkan mutu buah yang baik."

"Dalam tempoh pembuahan pertama, hasil buah tidak berapa bermutu sehingga kita melakukan pembuahan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali, barulah terhasil buah yang bermutu."

"Apa yang boleh saya simpulkan, anggur bukanlah satu tanaman yang aneh atau pelik malah satu perkara biasa dibuat di halaman rumah ataupun ladang dengan buah yang hebat dan manis," katanya.

INFO Cara menanam pokok anggur:

Cara mengguna tapak:

1. Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.

2. Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 3.5 meter - 0.60 meter (11.2 kaki, lebar 2 kaki). Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukkan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja ke dalam lubang yang disediakan.

3. Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakkan bagi mengelakkan akar pokok daripada terendam air.

4. Sekurang-kurangnya 0.3 meter - 0.45 meter (1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar) batas diperlukan.

5. Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung di sekitar pokok.

6. Hindarkan menanam di tanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.

7. Tanam secara pasu digalakkan bagi kawasan perumahan.

8. Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.

9. Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari digalakkan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.

10. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 40.6 -45.7 cm (16-18 inci) luas dan 35.6 cm- 45.7 cm (14-18 inci) dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah bermutu.

Pemangkasan dan latihan

1. Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 1.52 meter (5 kaki). Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.

2. Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk pembuahan

1. Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.

2. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.

3. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.

4. Potong pucuk kira - kira 1.21 meter ke 1.52 meter (4 atau 5 kaki) dari cabang.

5. Uruskan kerja dengan baik dan teratur.

6. Bersihkan di kawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur di sekitarnya.

Kadar pembajaan pohon anggur:

1. Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.

2. Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.

3. Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.

4. Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.

6. Kurangkan anggaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.

Kaedah siraman:

1. Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.

2. Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS! jangan bertakung.

3. Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.

4. Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.

5. Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.

6. Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, September 29, 2010

Pusat Pelupusan Percetakan Saufi

(Post: Bahasa Melayu)
" Diriwayatkan, seorang sahabat menjumpai Al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. "

Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi, menawarkan khidmat pelupusan Al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah Al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.

"Terkejut dan sedih apabila melihat Al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan Al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?"

"Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan Al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak."

"Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar Al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan Ayat al-Quran begitu saja," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul Al-Quran, buku teks, Yaasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan Al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara.

Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

Rahmat berkata, selepas usaha Percetakan Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat Al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.

Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan Al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi Al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.

"Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci Al-Quran dan saya hanya memulakan dulu."

"Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara," katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.

Skim Al-Quran Wakaf Malaysia

Selain pengumpulan dan pelupusan Al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan.

Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz.

Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049 atau 03-26915184.

Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini.

Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan Al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.

"Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar Al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela."

"Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad," katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.

Elak cebisan, abu Al-Quran dipijak, langkah

PELUPUSAN ayat suci Al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci Al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan.

Menurutnya, proses pembakaran Al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah Al-Quran yang agak tebal.

Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik Al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.

"Pada mula kami bakar naskah Al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian Al-Quran terlebih dulu."

"Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit Al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu," katanya.

Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit Al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.

Proses pembakaran dimulakan dengan meracik Al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.

Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut.

Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.

Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan Al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat Al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.

Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.

Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, September 28, 2010

Great Tips to Make Extra Money

(Post: English)
" Jennifer Winslow wanted to earn some extra cash without giving up the flexibility of working part time. "

An avid cook, she and a friend initially planned to cater meals for busy families. When that turned out to be too time consuming, she tried baking. More than five years later, she has a thriving bakery business in Winslow, Maine (her husband's family has been in town a long time).

Now on her own, she supplies four restaurants with cakes and other sweets and makes desserts for individuals and weddings.

A growing number of Americans would like to follow Mrs. Winslow's example. Job loss, tighter credit and a renewed appreciation for savings is persuading more people to cut expenses.

But you can cut only so far. Two full years of recession have not left many unexamined family expenses. Meanwhile, prices -- from gasoline to utilities to food -- haven't fallen. And incomes, if you still have one, aren't exactly shooting through the roof. It's time to make some money.

Fortunately, there also are many ways to earn extra cash even when full-time jobs and extra shifts aren't an option.

They include taking in boarders, starting a small business and getting paid for your opinion. Some of this work provides only a free meal and $10 fee but others, such as tutoring or selling Grandma's diamond broach, could be quite lucrative.

The key, according to Gail Cunningham, a spokeswoman for the National Foundation for Credit Counseling, is to "find your skill or what you think would be fun to do."

She says, for example, someone with computer skills may want to teach a class, install computers or create Web sites.

"Think about what are people willing to pay for," says Ms. Cunningham.

"Who do you know and how can you leverage existing relationships." For example, does your dentist need someone to clean the office or does your accountant need someone to cater the Christmas party?

1. Sell It:

One of the fastest and easiest ways to get extra cash is to sell unwanted and unused stuff. And it's never been easier to make hundreds or even thousands of dollars.

You could post a few signs in the neighborhood and sell everything at a Saturday garage sale or you could try the online route with services such as eBay or Craigslist.

Linda Lightman first tried eBay more than 10 years ago because she wanted to help her sons get more for their old videogames. It was so easy that the former lawyer started selling her old suits. Then, friends asked her to sell theirs.

Today, ShopLindasStuff has 50 employees and expects to reach $7 million in sales this year on eBay.

"The economy has been the perfect storm for my business," Ms. Lightman says. "More people need cash, and more people are looking for bargains."

Auction houses also are a popular place to sell potentially valuable items.

Alexander Eblen, head of the jewelry and fine timepieces department at Leslie Hindman Auctioneers in Chicago, says people often don't realize the value of an old watch or grandmother's Art Deco jewelry. For example, a Tiffany broach recently sold for about $68,000.

Don't overlook some of the more mundane items, such as books and sports equipment. Many bookstores provide cash or store credits for "gently" used books.

Similarly, stores like Play It Again Sports provide cash and store credits for gently used sports equipment. Check with local stores but they often need golf clubs, ice skates, lacrosse equipment and other gear.

2. Rent It:

Your home, probably your biggest asset, is a potential source of extra cash. A growing number of people are renting out a room or grabbing a roommate for extra income.

It's less difficult for residents in "destination" locations near colleges, resorts or cities to rent a room or even the house for a few weeks, months or long term.

Some homeowners prefer using a real-estate agent, others like finding renters themselves, online or through friends. Either way, it's crucial to vet the potential tenant and spell out expectations.

Rents vary from a few hundred dollars to thousands in large cities.

Another option that's a longtime favorite of students and young adults is earning extra cash for house and pet sitting.

3. Say It:

Many businesses are willing to reward individuals for taking opinion polls, testing products or being a secret shopper. The compensation varies, and it's crucial to avoid scams.

Work only with reputable companies and avoid anything that requires a membership fee. One place to start is OpinionPlace, which lets poll participants choose Amazon.com gift cards, PayPal credits or American Airlines AAdvantage miles.

There also are stores such as CVS, whose Advisor program provides consumers who complete surveys with ExtraBucks coupons.

People won't make much but they might have fun working in a focus group or evaluating products or services as a mystery shopper. Once again, watch out for scams. Don't pay any fees or respond to unsolicited emails.

A good place to start is Volition or MysteryShop, the Web site for the Mystery Shopping Providers Association.

4. Do It:

One of the best ways to earn extra cash is by creating a business using existing skills and interests. An artist may teach a class, a photographer may do weddings and a sports enthusiast may referee or caddy.

"What are you volunteering for that you could get paid for?" asks Ms. Cunningham. She says it could be as simple as getting paid for office work or watching your child's classmate after school.

One of the most popular and lucrative part-time jobs is to tutor, either for a college-prep class or a specific subject. Typical pay ranges from $30 to more than $100 an hour, depending on where you live.

Mrs. Winslow always loved to cook. "People would always ask me if I could bring the dessert if I was going somewhere for dinner," she says.

A master at multitasking, she works about 20 hours a week for Jennifer's Edibles. Her advice: "Start small and do things that are manageable. Don't get so overwhelmed that you want to quit."

Write to Jilian Mincer at jilian.mincer@dowjones.com

Source: Yahoo! Finance
Image: eHow.com

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Teknik Membaca Cahayaku

(Post: Bahasa Melayu)
" Aimi Nur Fatihah Ahmad Nazlan baru berusia 3 tahun 3 bulan. Namun, dia cukup lancar membaca buku. Tanpa tersekat-sekat atau tergagap, kelancarannya itu cukup sempurna. Ya, tiada kesilapan. "

Aimi dihantar ke Tadika Cahayaku seawal umurnya 2 tahun 2 bulan. Hanya selepas tiga bulan di situ, dia sudah mula membaca dengan lancar. Pantas bukan?

Selain Aimi, rakan-rakannya yang mengalami masalah seperti pelat, lembam, disleksia, sindrom down, autisme, gagap dan hiperaktif juga boleh membaca sepertinya.

Persoalannya, bagaimanakah kanak-kanak pada usia Aimi dapat membaca secepat tiga bulan sahaja?

Semuanya adakah berkat kaedah unik dipanggil Cahayaku yang diilhamkan oleh seorang wanita, Chahaya Abdul Manan, 48, kira-kira dua dekad lalu.

Chahaya yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa segulung ijazah dari mana-mana universiti mendapat ilham mencetuskan teknik Cahayaku selepas mengajar anak saudaranya berumur 7 tahun yang tidak tahu membaca.

"Ketika itu cuti sekolah. Kakak saya meminta bantuan untuk mengajar anaknya membaca kerana khuatir anaknya itu akan dimasukkan ke kelas pemulihan."

"Anak saudara saya mempunyai daya ingatan yang lemah, kerana itulah dia lambat membaca. Hari ini ajar, esok lupa. Idea ini terbit ketika anak saudara saya tanya, boleh tak baca kalau tak kenal ABC?" katanya ketika ditemui di Tadika Cahayaku, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Idea unik Chahaya

Pada mulanya Chahaya menggunakan kaedah lama dan ia ternyata tidak berkesan. Sehinggalah suatu hari, anak saudaranya menangis ketika sedang bermain dengan kawan.

"Dia menangis kerana diejek kawan. Dari situlah saya dapat idea bahawa mengejek memberikan kesan yang amat mendalam dalam diri kanak-kanak."

"Pada ketika itulah saya terdetik menggunakan mimik muka untuk mengajar kanak-kanak membaca. Melalui teknik mengejek ini juga, saya perkenalkan kepada kanak-kanak huruf vokal," ujarnya.

Ternyata cara mengejek menggunakan pendekatan mimik muka amat berkesan ke atas anak saudaranya kerana dia boleh membaca dalam tempoh satu bulan.

Teknik Cahayaku itu bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tidak boleh membaca dalam kalangan kanak-kanak normal, malah ia mampu membantu kanak-kanak bermasalah yang mengalami masalah penulisan dan pertuturan.

Teknik tersebut menggunakan gabungan tiga kaedah iaitu mimik muka, iqra' dan latih tubi. Teknik mimik itu juga melibatkan posisi bibir, gigi dan lidah membolehkan kanak-kanak membaca tanpa perlu mengenal abjad terlebih dahulu.

"Setiap huruf vokal diajar dengan bunyian sahaja dan mempunyai pengenalannya tersendiri."

"Huruf A dikenali dengan nganga besar, huruf E sendawa atau nganga kecil, huruf I tersengih atau tersenyum, huruf O membulatkan mulut dan huruf U disebut dengan muncung," katanya yang lebih suka menggunakan pendekatan bermain kerana itu lumrah bagi kanak-kanak.

Melihat penulis yang pada mulanya seperti kurang percaya dengan kaedah tersebut, Chahaya memanggil beberapa orang kanak-kanak prasekolah untuk mengeja perkataan yang sukar untuk dieja oleh murid tahun dua.

Jika di sekolah, apabila guru menyuruh murid tahun dua mengeja perkataan seperti ‘eksekutif’, pasti ramai yang tidak dapat menjawab. Tetapi kanak-kanak prasekolah di Cahayaku berebut-rebut untuk mengejanya tanpa silap.

Bantu kanak-kanak sindrom down

Bukan itu sahaja, penulis juga berpeluang mendengar sendiri Nur Adriana Fatini Khairul Anuar, 6, membaca buku bahasa Inggeris dengan yakin dan lancar tanpa kesalahan sebutan.

"Sistem ini berbeza kerana ia tidak kenalkan abjad tetapi kenalkan mimik. Kanak-kanak hanya tahu lakaran abjad tanpa mengetahui namanya dan setiap konsonan ada mimiknya."

"Mungkin ia kedengaran pelik kerana saya mengajar dengan menggunakan kaedah mimik muka, bunyi-bunyian dan ejekan tetapi ia sangat berkesan," jelasnya.

Tidak seperti tadika atau di sekolah-sekolah lain, pelajar istimewa di tadika Cahayaku tidak diasingkan dan menariknya mereka dapat menangkap apa yang diajar seperti kanak-kanak normal lain, malah ada yang lebih cerdik.

Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 12 tahun bernama Hamzan Abdul Rahman. Tutur katanya pelat, tidak jelas dan tidak difahami serta dia menghidap sindrom down tetapi apabila diajar menggunakan kaedah itu, dia tidak pelat, malah membaca dengan jelas.

Mohd. Danial Hakim Mazlan, 6, yang menghadapi masalah pelat dan gagap pula kini sudah boleh membaca dengan lancar. Begitu juga dengan Nur Adelyn Marissa Azhar yang menghadapi masalah disleksia sudah boleh membaca dengan baik.

Tidak mahu dikatakan mencipta sesuatu yang 'syok sendiri' Chahaya bertindak mendekati beberapa tadika untuk menguji dan menilai kaedah cepat membaca Cahayaku.

"Projek perintis telah dijalankan di tadika Kemas di Taman Pedas Indah, Rembau, Negeri Sembilan pada tahun 2008. Bayangkan dalam masa sebulan sahaja, 45 kanak-kanak dari tujuh kelas di situ sudah boleh membaca," katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, September 27, 2010

Berdikari Menjana Pendapatan

(Post: Bahasa Melayu)
" Selepas bekerja lebih kurang 10 tahun, akhirnya Alisa memikirkan sudah sampai masanya beliau menceburi bidang pekerjaan lain. Dengan pengalaman dan kenalan yang Alisa peroleh sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, beliau ingin menceburi bidang kewartawanan sebagai wartawan bebas. "

Mari kita lihat pada beberapa pengaturan kewangan yang perlu disediakan sebelum kita mengambil keputusan untuk bekerja secara persendirian.

Sewaktu menjamu hidangan teh pada suatu petang, Alisa bertanya ayahnya sama ada ayahnya pernah terfikir bekerja secara persendirian semasa kerjayanya. Adam terkejut dengan pertanyaan itu tetapi menjawab beliau pernah memikirkannya, malah lebih daripada sekali.

Tetapi atas sebab beliau memperoleh pendapatan yang baik dan agak selesa dengan kerjanya, Adam mengetepikan hasrat itu.

Sebenarnya, Adam berasa takut untuk bekerja bersendirian kerana beliau baru saja mendirikan rumah tangga dan mempunyai banyak komitmen seperti pinjaman rumah dan kereta yang perlu dijelaskan.

Lagipun, Adam menjelaskan bahawa ibunya sedang mengandung Alisa pada ketika itu dan beliau berfikir agak berisiko berbuat demikian pada masa itu. Jadi, Adam mengambil sikap berhati-hati dan terus bekerja hinggalah dia bersara.

Alisa tidak sabar bertanya ayahnya sama ada beliau terasa kesal dengan keputusannya, lalu ayahnya menjawab tidak. Adam amat menyukai kerjanya kerana beliau dibayar untuk melakukan apa yang digemari. - yakni mengurus kewangan!

Bagaimanapun, Adam memberitahu Alisa bahawa jika beliau bercadang untuk berbuat demikian, Alisa perlu tahu mengenai '4P' untuk menjadi seorang usahawan, sesuatu yang Adam dengar daripada rakan baiknya, seorang usahawan.

Keghairahan

Adam menasihati anaknya bahawa jalan ke arah kejayaan lebih mudah jika Alisa ghairah dalam apa yang dilakukannya.

Pendek kata, setiap pagi anda beria-ria pergi ke kerja dan betul-betul menikmati apa yang anda lakukan dan anda seolah-olah lebih bertenaga semasa menghadapi cabaran.

Adam dapati bahawa kebanyakan usahawan yang berjaya sangat ghairah dalam apa yang mereka lakukan. Malah apa yang mereka lakukan membayangkan diri mereka yang sebenarnya!

Mengikut petikan Richard Carlson: "Perkara-perkara yang lazimnya dianggap mustahak adalah penting, tetapi soalnya di sini adalah tahap kepentingannya. Kejayaan, kesempurnaan, pencapaian, wang, pengiktirafan - anda dapat memiliki kesemuanya tetapi ia bukanlah segala-galanya. Malah, tanpa adanya rasa ghairah dan perasaan menghargai kehidupan, ia tidaklah mendatangkan makna yang seberapa."

Pengorbanan

Setakat manakah anda sanggup berkorban untuk menjadi usahawan yang berjaya? Adam dapati ramai orang muda cuma ingin menjadi bos mereka sendiri tetapi tidak sanggup bekerja keras dan membuat pengorbanan.

Sebenarnya, anda mungkin perlu bekerja lebih keras lagi dalam tahun-tahun yang awal dan tanggapan bahawa anda akan mempunyai lebih banyak masa buat diri anda atau keluarga anda adalah salah.

Pengorbanan perlu dibuat untuk segala-galanya dan untuk menjadi usahawan yang berjaya, juga memerlukan banyak pengorbanan.

Rancang

Dalam apa jua yang anda lakukan, anda harus 'rancang kerja anda, dan laksanakan rancangan anda'. Malah, ini lebih penting lagi apabila membabitkan rancangan dan strategi perniagaan yang disusun dengan baik.

Anda harus ketahui bagaimana anda akan menghasilkan wang dan dapat meramalkan perbelanjaan perniagaan dan keperluan modal anda.

Anda juga perlu menyelesaikan segala kemusykilan apabila anda dijangka untuk mendapat semula harga pulangan modal dan mempunyai pelan kontingensi, jika berlakunya perkara yang di luar dugaan.

Kita biasanya dengar mengenai klise, 'orang tidak merancang untuk gagal, mereka cuma gagal untuk merancang!'.

Jumlah pokok atau modal

Akhir sekali, sumber-sumber kewangan anda adalah penting. Sebahagian besar perniagaan memerlukan komitmen modal yang besar dan anda mesti memastikan bahawa anda mempunyai dana tambahan yang secukupnya.

Pertama sekali, pastikan anda mempunyai sumber-sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi perbelanjaan tetap anda selama antara enam hingga 12 bulan.

Kemudian, anda perlu menganggarkan perbelanjaan modal awalan yang diperlukan untuk membuka kedai anda dan untuk menjalankan perniagaan.

Seterusnya, aliran tunai perniagaan anda, sekurang-kurangnya harus mampu menanggung semua kos menjalankan perniagaan seperti sewa, gaji, utiliti dan yang paling penting, boleh membayar si piutang tepat pada masanya.

Ada beberapa cara untuk memperoleh dana - minta sedekah, buat pinjaman atau menggunakan tabungan anda! Sudah pasti bergantung pada diri sendiri mungkinlah pilihan terbaik tetapi bukan semua orang yang berkemampuan.

Biasanya orang meminjam daripada keluarga dan rakan mereka atau institusi kewangan. Selidiklah terlebih dulu untuk memperoleh terma-terma kewangan yang terbaik dan ada sebilangan insentif atau pinjaman mudah yang ditawarkan oleh kerajaan bagi jenis-jenis perniagaan tertentu.

Memang ada manfaatnya sekiranya anda ada kawan yang bekerja sebagai akauntan ataupun pegawai bank!

Kata-kata Hikmah

ALISA berfikir mengenai '4P' yang ditekankan oleh ayahnya dan sudah pasti beliau mempunyai keghairahan dan sanggup berkorban untuk mencapai sasarannya.

Bagaimanapun, Alisa masih perlu berfikir mengenai rancangan perniagaannya dan menghitung semua perkara yang berhubung kait dengan kewangan bersama ayahnya.

Dan bagi 'P' yang keempat, ada kemungkinan besar Alisa akan memohon pinjaman daripada ayahnya, kalau bukan ayahnya dari siapa lagi!

Dalam apa jua keadaan, usahanya memerlukan sedikit modal dan dia beranggapan jika Alisa mampu mengekalkan kos overhed yang rendah, beliau dapat mengusahakannya.

Inilah masanya!

Bagaimana dengan anda? Adakah terlintas di fikiran anda untuk menjadi bos sendiri sejak kebelakangan ini? Ini tentunya saranan yang menarik tetapi seperti kebanyakan perkara di dalam hidup kita, ada pengorbanan yang perlu dilakukan.

Fikirlah mengenai '4P' yang disebutkan di atas sebelum anda mengemukakan surat peletakan jawatan anda dan apabila anda sudah membuat keputusan, teruskan dengan semangat membara untuk mencapai kejayaan, bos!

Nasihat Ayah:
• Penuh bersemangat dalam segala yang anda lakukan.
• Sanggup berkorban untuk kecapi kejayaan.
• Rancang kerja anda dan perinci rancangan anda.
• Pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menyara kehidupan anda pada tahun-tahun permulaan.

Sumber: Berita Harian Online
Foto: WiseStartupBlog

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, September 25, 2010

Shopping di Sempadan

(Post: Bahasa Melayu)
" Setiap kali tibanya Syawal, senario jalan raya di kawasan-kawasan Utara dan Pantai Timur tanah air akan berubah wajah. Jika sebelum ini hiruk-pikuk kenderaan sinonim dengan kesesakan di ibu kota, kini kesibukan itu sudah beralih tempat. "

Walaupun Aidilfitri sudah memasuki hari kesembilan, suasana hari raya masih dirasai. Horizon ingin mengajak pembaca yang pulang ke kampung halaman terutamanya di kawasan-kawasan Utara untuk ke beberapa destinasi menarik.

Apakah tujuannya? Tentu sekali bagi mendapatkan buah tangan istimewa untuk dibawa pulang ke ibu kota.

Diibaratkan syurga beli-belah terutamanya bagi wanita dan suri rumah, zon bebas cukai di kawasan persempadanan dua negara iaitu Thailand dan Malaysia menawarkan pelbagai barangan untuk dibawa pulang.

Bermula daripada pakaian, barangan aksesori, makanan snek, alatan dapur, jersi bola sepak, barangan kraftangan, buah-buahan segar sehinggalah kepada barangan permainan kanak-kanak, semuanya boleh didapati di situ pada harga yang lebih murah.

Antara kawasan bebas cukai sempadan popular yang sering menjadi bualan pelancong dalam negara adalah Bukit Kayu Hitam, Kedah; Padang Besar, Perlis serta Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang di Kelantan.

Horizon menyenaraikan beberapa sebab destinasi tersebut perlu dikunjungi terutamanya mereka yang mancari pelbagai jenis pakaian, perkakasan dapur, set pinggan mangkuk dan permainan kanak-kanak.

Bagi mereka yang belum pernah biasa menempuh perjalanan ke lokasi tersebut, beberapa pengalaman baru pasti dapat dirasai.

Selain dihidangkan dengan pemandangan desa yang indah, pengunjung juga boleh merasakan pengalaman berbeza seperti prosedur melepasi kawasan pemeriksaan pihak berkuasa untuk ke lokasi berbelanja.

Tiada yang perlu dirisaukan. Tujuan sekatan polis tersebut adalah untuk menghalang kemasukan barangan larangan tertentu.

Bukit Kayu Hitam

Terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah, kawasan zon bebas cukai Bukit Kayu Hitam terdiri daripada beberapa kompleks perniagaan yang moden dan separa moden, antaranya Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya dan The Zon selain gerai-gerai jualan.

Pusat beli-belah di kawasan sempadan negara tersebut telah dirasmikan pada 12 Mac 1988 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah antara pintu masuk pelancong utama dari Thailand yang terletak bersempadan dengan daerah Danok di negara Gajah Putih itu.

Sangat mudah untuk sampai ke kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam kerana akses ke kawasan itu dihubungkan melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS).

Bukit Kayu Hitam terletak di penghujung lebuh raya PLUS iaitu 48 kilometer (km) dari Alor Setar, 150 km dari Pulau Pinang dan hampir 480 km dari bandar raya Kuala Lumpur.

Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pelancong dari ibu negara boleh memilih untuk menaiki kapal terbang, kereta api ataupun bas ekspres.

"Jika melalui lebuh raya PLUS, anda dapat menyaksikan pemandangan pokok padi yang luas di kiri kanan lebuh raya."

"Lebih menarik pemandangan itu dilihat ketika padi sedang menguning sambil melihat matahari terbenam pada waktu petang," ujar Zuryanie Zainol, 25, yang sentiasa mengunjungi kawasan itu untuk mendapatkan barangan cadar dan pinggan mangkuk.

Padang Besar

Bagi yang mahu berlibur hingga ke negeri paling utara Semenanjung Malaysia, jangan lepaskan peluang bertamu ke Padang Besar, Perlis. Di situ pelbagai barangan dijual pada harga yang lebih murah terutamanya pada hari Isnin hingga Khamis.

Pada hujung minggu pula, harga mungkin dinaikkan sedikit. Maka, pengunjung perlu bijak memainkan peranan dalam sesi tawar-menawar.

Terletak 35 km dari bandar Kangar, kawasan itu selain sinonim dengan jualan barangan seperti yang boleh didapati di lokasi beli-belah sempadan yang lain, ia juga mempunyai peminat di kalangan mereka yang gemar pada snek dan manisan seperti gula-gula, biskut, wafer serta coklat.

Produk coklat di Padang Besar dijual pada harga yang setanding tarikan harga di pulau bebas cukai, Langkawi.

Jika menempuh perjalanan dari Arau, 30 minit masa perjalanan akan diambil dan sepanjang jalan ke situ pengunjung akan dapat menyaksikan pemandangan sawah padi dan ladang tebu Chuping yang luas selain Tasik Timah Tasoh yang indah.

Masa perjalanan selama enam jam diperlukan untuk sampai ke situ melalui PLUS jika kunjungan bermula dari Kuala Lumpur. Pengunjung berkereta akan melalui pekan Changlun, lebuh raya Changlun-Kuala Perlis, Kangar, sebelum sampai ke Padang Besar.

Sejurus melepasi sebuah pintu gerbang yang tertera ungkapan 'Terima kasih. Pakat Pakat Mai Lagi', ketika sampai ke negeri Indera Kayangan itu, ia menandakan bahawa destinasi yang dituju sudahpun dekat.

Seorang anak jati Kangar, Ghazlizanif Ghazali, 33, memberitahu Kosmo! bahawa kawasan beli-belah di kawasan utara tersebut mempunyai ruang niaga yang tersusun selain suasana yang mesra pengguna.

"Kemudahan tandas, surau dan tempat letak kereta yang mencukupi memberi keselesaan kepada pengunjung. Ia adalah sebuah kawasan beli-belah yang unik kerana pelbagai jenis barangan daripada negara jiran boleh didapati di situ," ujar eksekutif bank itu yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Pengkalan Kubor

Berlokasi di negeri Cik Siti Wan Kembang, kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur terletak di daerah Tumpat, Kelantan.

Secara fizikalnya, lokasi yang sering menjadi sesak tatkala tibanya musim cuti sekolah itu berada di muara Sungai Golok dan berjiran dengan pekan Tak Bai di Thailand.

Mempunyai sebuah kompleks perniagaan yang tersusun, pengunjung yang berhasrat ke situ dipermudahkan dengan pilihan pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti teksi dan bas antara bandar.

Jika ingin memandu sendiri ke situ, kemudahan tempat letak kereta juga tersedia. Hanya dalam jarak kira-kira 35 km dari bandar Kota Bharu, lokasi popular itu menjadi pilihan seisi keluarga untuk melengkapkan stok barangan dapur dan harian.

Sepanjang perjalanan ke pekan itu, pengunjung turut disajikan dengan pemandangan sawah padi yang luas di kiri kanan jalan selain wat-wat Buddha. Bagaikan mercu tanda di pekan sempadan itu, sebuah patung Buddha duduk yang setinggi 30 meter pasti menangkap perhatian mata ketika melepasi Kampung Jubakar, Tumpat.

Rantau Panjang

Selain Pengkalan Kubor, pekan Rantau Panjang juga mampu menyaingi lokasi jual-beli bagi barangan keperluan dan dekorasi kediaman.

Bertempat 40 km ke utara dari bandar Kota Bharu, pekan itu menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong domestik. Seperti biasa, musim cuti sekolah mahupun hujung minggu adalah pintu rezeki buat para peniaga di situ.

Berbeza daripada zon bebas cukai lain, gaya penjual di situ kelihatan lebih santai kerana mereka melakukan aktiviti perniagaan secara berselerak. Walaupun sedikit sesak, ia memberikan gambaran menarik mengenai budaya tempatan.

Kadangkala, suasana formal umpama di kompleks komersial tidak menjadi satu kemestian kerana konsep terbuka dan tidak tersusun itu lebih mencetuskan kemeriahan sekali gus menonjolkan identiti dan budaya penduduknya.

"Anda dapat saksikan wanita-wanita warga emas menjalankan perniagaan kecil-kecilan mereka seperti snek dari Siam (Thailand), alatan permainan kanak-kanak dan makanan popular dari sana seperti pulut ayam," kata seorang pengunjung yang sering bertandang ke situ, Nur Hufaidah Zakaria, 26, kepada Kosmo!.

Menariknya, jikalau pengunjung tahu bercakap mengikut loghat Kelantan, mereka pasti lebih beruntung kerana lebih mudah untuk tawar-menawar bagi mendapatkan harga paling rendah.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, September 24, 2010

Tapai Pulut Sarimah

(Post: Bahasa Melayu)
" Pada zaman dahulu banyak pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci mulut, tapai. Antaranya si pembuat tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah. "

Mengikut kepercayaan, jika pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna putih itu akan berubah warnanya menjadi merah dan rasanya kurang enak.

Kepercayaan itu juga termasuklah si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.

Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan tradisional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang.

Perniagaan tapai pulut Sarimah misalnya, turut mematuhi beberapa banyak pantang larang ketika proses pembuatan tapai.

Tampil dengan slogan iaitu 'Anda Akan Menjadi Penggemar Sejati', tapai pulut Sarimah menawarkan tiga perisa tapai yang berbeza. Tapai yang terbahagi kepada tiga jenis perisa itu terdiri daripada perisa pandan dengan pembalutnya berwarna hijau, perisa ros berwarna merah dan warna semula jadi untuk perisa asli.

"Idea untuk menghasilkan tapai tiga perisa ini adalah hasil perbincangan bersama isteri, Sarimah Rashid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai yang sedia ada di pasaran," kata pemilik perusahaan dan pengawetan tapai pulut Sarimah, Abdul Aziz Jais, 52.

Menurut Abdul Aziz, pembuatan tapai menuntut ketelitian yang tinggi bagi mengekalkan rasa manisnya. Cara membuat tapai pulut ialah pulut perlu dicuci bersih dan direndam semalaman.

Selepas itu pulut tersebut dikukus selama satu jam. Semasa dikukus, pulut perlu direnjis dengan air supaya ia cepat masak.

Selepas hampir satu jam, pulut tersebut diletakkan di atas troli beralaskan plastik pada suhu 35 darjah Celsius.

Pada suhu yang disifatkan sebagai suam-suam itu, taburkan ragi di atas pulut. Pulut tersebut kemudiannya sedia dibungkus dengan kertas dan ditimbang untuk dimasukkan ke dalam kotak.

"Kami lebih selesa menggunakan plastik sebagai alas dan dibalut dengan kertas warna mengikut perisa. Bungkusan-bungkusan pulut itu dimasukkan ke dalam kotak dan sedia untuk dijual," katanya.

Ujar Abdul Aziz, walaupun tiada pantang larang tertentu dalam pembuatan tapai pulutnya, tidak bermakna dia tidak mengamalkan pantang larang orang dulu-dulu.

"Apa yang paling penting dalam proses pembuatan tapai pulut ialah kebersihan dan cara kerja yang teliti kerana tapai pulut ini boleh dikatakan sebagai makanan yang sangat sensitif kepada si pembuatnya," katanya.

Selepas empat tahun mencuba, membuat dan menjalankan perniagaan menjual tapai perisa asli dan pandan, Abdul Aziz dan isteri merasakan mereka perlu mencuba sesuatu yang baru bagi menarik perhatian orang ramai.

Tambahnya, sebelum ini tapai aiskrim dan tapai ubi selalu menjadi sebutan. Orang ramai hanya dapat merasa dua perisa tersebut selain daripada perisa asli dan pandan.

Bagi memberi kelainan kepada penggemar tapai, Abdul Aziz, isteri dan pekerjanya bersetuju untuk mencipta perisa baru iaitu tapai pulut ros.

Selain rasa yang manis, tapai pulut itu juga berbeza daripada tapai-tapai yang lain. Bahkan, tapai perisa tersebut juga mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.

Kepada mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 06-3853041 atau terus ke Lot 2635, Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, September 23, 2010

FnD Mindspot

(Post: Bahasa Melayu)
" Selepas seharian bekerja, rasa penat pasti menyelinap di dalam diri. Kesesakan lalu lintas ketika memandu untuk pulang ke rumah, menambahkan lagi bebanan di fikiran. "

Namun, pernahkah anda membayangkan untuk merehatkan minda sambil bermain pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan di bawah satu bumbung?

Jika anda berkunjung ke FnD mindspot, kepenatan yang dialami akan hilang.

Pada masa yang sama anda akan tenggelam dengan keasyikan bermain puluhan jenis permainan yang menguji minda.

Menurut pengasasnya, Effendy Norzaman, 39, penubuhan FnD mindspot bermula dengan ilham sendiri apabila selalu melakukan perkara yang sama iaitu melepak kedai mamak.

"Saya memang selalu lepak di sana bersama rakan-rakan. Sambil minum teh tarik kami akan menonton perlawanan bola sepak yang ditayangkan melalui skrin besar."

"Paling tidak pun, saya akan bermain karom atau catur. Lama-kelamaan saya terfikir, takkanlah tiada benda lain yang boleh dibuat sewaktu melepak bersama rakan."

"Memandangkan saya mengenali beberapa kumpulan yang gemar bermain dart, catur dan sebagainya, maka dari situlah lahirnya idea untuk mewujudkan FnD mindspot ini," jelas Effendy ketika ditemui Kosmo! di Taman Tun Dr. Ismail.

Beroperasi sejak lima bulan lalu, FnD mindspot menawarkan lebih 100 permainan menarik yang menguji minda sekali gus melepaskan tekanan selepas seharian bekerja.

Malah, lokasi itu juga sesuai untuk pelanggan bersantai bersama keluarga dan teman-teman kerana ambiennya selesa.

Terdapat beberapa kategori permainan yang disediakan iaitu permainan papan seperti monopoli, risk, cluedo, acquire dan carcassonne; indoor seperti catur, catur cina, karom, dart, ludo dan jega; permainan gergasi (jenga, pick up stick, catur, snake & ladder, dominoes dan connect 4); klasik (congkak, batu seremban, bola tekan dan tutup botol) manakala puzzle atau brain teaser merangkumi kiub rubik, logic puzzles dan sudoku.

Tempahan majlis

Tambah Effendy, pihaknya juga menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti sambutan hari lahir, mesyuarat, sesi bina diri atau hari keluarga korporat.

"Selain itu, pelanggan yang datang ke sini boleh memesan minuman dan snek ringan yang disediakan di samping melayari Internet kerana kami turut menawarkan kemudahan WiFi," jelas bapa kepada dua cahaya mata itu.

Sementara itu, pekerja Fffendy, Dzul Hajain, 23, memberitahu, sewaktu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung sepanjang Jun dan Julai lalu, premis tersebut dibuka hingga lewat pagi.

Jika pada hari biasa, FnD mindspot beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 12 malam, namun sepanjang kejohanan empat tahun sekali itu, tempoh operasi dilanjutkan atas permintaan pelanggan.

"Ramai yang datang bersantai sambil menonton perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung di saluran Astro."

"Kadang-kadang sambil menunggu rancangan bermula, pelanggan akan bermain beberapa jenis permainan bersama rakan-rakan," kata Dzul yang turut membantu menunjukkan cara-cara bermain sesetengah permainan yang kurang diketahui oleh pelanggan.

Tambah Dzul, pelanggan yang datang kali pertama sering meminta pendapatnya untuk memilih permainan. Tetapi, kepada pelanggan yang selalu berkunjung ke FnD mindspot, mereka tahu permainan yang ingin dicuba.

"Berdasarkan pengalaman saya, pelanggan yang baru mengenali FnD mindspot akan datang semula untuk meneroka keseronokan pelbagai jenis permainan yang ditawarkan," ujarnya sambil menunjukkan salah satu koleksi permainan Risk iaitu strategi perang yang memakan masa selama sehari untuk menghabiskannya.

Bagi mereka yang berminat merasai suasana bermain di premis dua tingkat itu, terdapat beberapa pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan FnD mindspot.

Antaranya ialah pakej 1 Hour Fun, 2 Hour Fun dan 3 Hour Fun. Untuk pakej satu jam, bayaran yang hanya dikenakan RM30 setiap meja dengan empat minuman percuma.

Bermain tanpa had

Ini diikuti pakej dua jam dengan bayaran RM50 setiap meja yang dihidangkan empat minuman percuma. Bagi pakej tiga jam iaitu bayarannya RM70 setiap meja, empat minuman percuma disediakan dan tiada bayaran tambahan jika mahu menyambung permainan ke jam berikutnya.

Kesemua pakej itu memberikan pengalaman bermain yang tanpa had untuk setiap pelanggan. Jadi, kepada anda yang meminati dunia permainan tanpa had itu, jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman mengujakan di FnD mindspot.

Kepada pelanggan yang tidak mahu bermain, anda boleh meluangkan masa membaca variasi majalah dan bahan bacaan yang disediakan di premis berkenaan.

Daripada majalah sukan, hiburan dan akhbar arus perdana, semuanya ada di sana. Malah, jika penat bermain, tak salah rasanya jika anda beralih untuk membaca pula sebelum menyambung permainan yang lain.

Sekali anda berkunjung ke premis itu, pasti hati akan tertawan sekali gus menjadikan ia sebagai lokasi lepak dan santai bersama teman-teman.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Botol Air BROS

(Post: Bahasa Melayu)
" Usaha meningkatkan kesedaran memulihara alam sekitar boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Terkini, sebuah kempen alam sekitar yang kreatif menggunakan pendekatan melalui asas dalam kehidupan manusia iaitu air dilancarkan. "

Kempen yang dianjurkan pakar botol air terkemuka iaitu BROS dan Semasa Sentral menggalakkan penggunaan bekas minuman yang boleh digunakan semula kerana mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Ia berlaku apabila pengguna tidak lagi menggunakan botol pakai buang polyethylene terephthalate (PET) yang boleh menjadi penyumbang kepada pencemaran.

Tujuan utama BROS dan Semasa Sentral menjalankan kempen tersebut adalah bagi menggalakkan pengguna supaya mengubah sikap daripada terlalu bergantung kepada botol air mineral PET pakai buang kepada menggunakan botol air BROS yang boleh diisi semula dan digunakan berulang kali.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Living Wing Sdn. Bhd., Terence Lee, lebih 60 bilion tan sisa buangan plastik dihasilkan setiap hari di seluruh dunia dan amat menjejaskan alam sekitar kerana ia tidak boleh dilupuskan.

"Bahan buangan ini lambat laun akan mencemari sebahagian daripada rantaian makanan terutama apabila ia sampai ke laut sekali gus menjejaskan kehidupan marin yang menjadi makanan manusia."

"Kini di kawasan laut tertentu, wujud lima kali ganda jumlah plastik berbanding plankton yang menjadi sumber makanan utama ikan," katanya.

Selain itu, katanya, lebih 90 peratus pencemaran alam sekitar yang disebabkan plastik berlaku sebelum botol itu digunakan. Kesan pencemaran itu adalah daripada minyak untuk menghasilkan plastik, minyak untuk pengangkutan, peti sejuk dan sebagainya.

"Meskipun ramai mengaku cintakan alam sekitar tetapi tidak ramai yang benar-benar mengamalkan langkah pemuliharaan."

"Selain itu, adalah penting untuk menjaga kesihatan dengan meminum banyak air dan memastikan air sentiasa cukup di dalam badan tetapi dalam mencapai objektif itu, masyarakat perlu memastikan mereka tidak melakukan pencemaran," katanya.

Jelas Lee, inisiatif Hijau 321 bertujuan memberikan insentif kepada pengguna supaya bertukar kepada botol air berkualiti yang boleh digunakan semula, kurang membazir dan memastikan pengguna lebih sihat untuk jangka masa panjang.

"Tiga langkah inisiatif 3Acts ini adalah guna semula, mengurangkan penggunaan dan kitar semula. Ia adalah permulaan kepada usaha mencintai bumi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Unit Perkhidmatan Bangunan dan Pengarah Semasa Sentral Sdn. Bhd., Wan Shariman Wan Mohamed berkata, pelancaran kempen berkenaan membuka mata kepada kakitangan hub pengangkutan tersebut untuk melakukan perubahan kepada rutin seharian masing-masing.

"Kita hanya menyedari betapa banyaknya kemusnahan alam sekitar selepas didedahkan dengan data dan statistik. Andai kita berubah ia pasti dapat memberi manfaat kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang," katanya.

Beliau menjelaskan, tong kitar semula 321 turut diletakkan di stesen sentral Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama, Isetan Suria KLCC, Tebrau City Johor Bahru dan Carrefour Pulau Pinang sehingga November depan.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, September 22, 2010

Nasi Padang Restoran Mahkota Padang

(Post: Bahasa Melayu)
" Nasi Padang sudah menjadi salah satu menu kegemaran ramai rakyat Malaysia ketika ini. Justeru, tidak lengkap sekiranya anda belum berkesempatan mengunjungi restoran nasi Padang yang berhampiran dengan kediaman masing-masing. "

Restoran Mahkota Padang yang terletak di The USJ 19 City Mall, Subang Jaya yang baru dibuka bulan lalu bukan sahaja menawarkan rasa nasi Padang asli, tetapi tenaga kerjanya juga dibawa khas dari Indonesia.

Pemiliknya, Adnan Sujadi memberitahu, terdapat 40 menu istimewa yang dihidangkan setiap hari sepanjang Ramadan untuk berbuka puasa. Antaranya kari ayam, kambing dan ikan, deng deng, udang dan ayam kampung goreng, pilihan sayur goreng dan mi.

Paling menarik ialah gulai abalon yang berharga RM100 untuk satu hidangan. Walaupun harganya agak mahal, Adnan memberitahu ia menjadi pilihan ramai.

"Kepada yang ingin menikmati hidangan gulai abalon, mereka perlu membuat tempahan sehari lebih awal kerana ia hanya dimasak berdasarkan tempahan yang diterima."

"Harga hidangan lain pula berpatutan dan bermula dari RM1.50 untuk kuih-muih," katanya.

Jangan ketinggalan menikmati hidangan istimewa jus avokado yang begitu sinonim dengan restoran Nasi Padang.

INFO:
Hubungi: 012-3527627 (Andan)

Lokasi: Restoran Mahkota Padang, terletak di aras G, The USJ 19 City Mall, Subang Jaya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, September 21, 2010

Chomel Outlet Store

(Post: Bahasa Melayu)
" Seronok melihat telatah dua kanak-kanak perempuan iaitu Farhana Arissa Mohd. Fajri, 5, dan Nylea Natasha Mohd. Nizam, 7, yang langsung tidak kekok apabila berhadapan dengan lensa kamera. "

Meskipun lokasi penggambaran diadakan di luar premis dan di bawah panas terik, mood mereka tidak pernah terbantut.

Lebih istimewa, kanak-kanak itu tidak perlu diajar untuk memberi gaya menarik. Aksi mereka cukup spontan seperti sudah biasa menghadiri sesi fotografi.

Menyarung baju kurung fabrik kapas Chomel Outlet Store, fesyen baju tersebut cukup ringkas dan sesuai dengan sifat kanak-kanak yang lasak.

Disokong penggunaan tekstil yang tidak membuatkan pemakai berasa rengsa akibat panas, penampilan menjadi bertambah manis dengan sulaman bunga di bahagian pergelangan tangan.

Disebabkan tidak mahu kelihatan terlalu ringkas, kain yang dipadankan dengan baju kurung tersebut mempunyai unsur corak yang berpetak.

Chomel Outlet Store yang terletak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur memuatkan pelbagai fesyen menarik, cantik dan ideal buat si ibu yang mahu melihat anak-anak mereka melaram sakan pada hari lebaran.

Kebanyakan pakaian yang terdapat di situ mempunyai unsur fesyen golongan dewasa. Hakikatnya, bukan orang dewasa sahaja yang layak bergaya, malah kanak-kanak juga kini mahu kelihatan cantik dan berketrampilan.

Saat paling menggembirakan bagi dua model cilik itu ialah apabila mereka berpeluang memperagakan gaun. Tidak lekang dengan senyuman, gaun itu sesuai dipakai saat bertandang ke rumah terbuka.

Kanak-kanak seusia mereka kelihatan lebih eksklusif jika bijak mengenakan aksesori bersesuaian seperti cekak rambut, rantai tangan dan beg tangan.

Gaya ranggi pula cukup sekadar mengenakan skirt jean pendek dan baju tanpa lengan. Si cilik akan lebih selesa sekiranya mereka diberi kelonggaran memakai pakaian yang tidak terlalu labuh.

Bagaimanapun, pastikan anak-anak tidak kerap memakai selipar. Mereka lebih kemas dan comel jika menyarungkan kasut berpotongan feminin.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan

(Post: Bahasa Melayu)
" Seingat dirinya, tak pernah sekali pun dia menyentuh kitab Al-Quran semasa usia remajanya. Beliau mengaku tidak suka membaca Al-Quran dan sering mengelak daripada mendekatinya. Baginya, tidak ada kepentingan untuk membaca Al-Quran. "

"Saya tidak nampak kepentingan Al-Quran. Dalam kamus hidup saya, definisi kejayaan ialah berkelulusan, berjawatan tinggi dan banyak duit."

"Pada masa itu saya menganggap Al-Quran tidak lebih hanya sebagai kitab orang Islam," kata Dr. Mohd. Shafie Md. Amin, 47, kepada Jurnal.

Beliau yang berkelulusan bidang perakaunan dari sebuah universiti di England merupakan seorang penghafaz 30 juzuk Al-Quran ketika berusia 30 tahun.

Kesemua 13 anaknya dilatih menjadi hafiz Al-Quran dengan tujuh daripadanya telah menghafal keseluruhan Al-Quran.

Tiga anak perempuannya bahkan bergelar johan hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan termasuk Siti Nadhira, 17, yang menjadi johan dan peserta wanita terbaik Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada April lalu.

Hidayah

Sungguh mengagumkan apabila Shafie yang pada asalnya boleh disifatkan sebagai buta Al-Quran menjadi seorang guru tahfiz dan pengasas kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan di Ampang, Selangor.

Mengakui dirinya pada asalnya seorang yang tidak begitu mendalami agama, Shafie berkata, sembahyang pun dilakukan hanya sekadar ikut-ikut orang.

"Bukan tak tahu langsung agama. Tapi tak pernah serius. Masa kecil ada belajar mengaji Al-Quran, tapi tak pernah bersungguh-sungguh."

"Ustaz mengajar, saya pilih tempat di belakangnya agar dia tak nampak saya main. Lepas tak berjaya dengan ustaz, ibu saya sendiri mengajar. Bila ibu baru mengajar, bila salah, ibu marah, saya menangis."

"Sudahnya, berhenti mengaji dan tak pandai-pandai," ujarnya.

Kemudian, Shafie membesar dan jiwanya hanya bergelora untuk berjaya bagi mengecap material duniawi. Jika Al-Quran disuakan kepadanya untuk dibaca, kalimah 'kacaulah' pernah tergetus dalam benaknya.

Siapa sangka, di kota Londonlah, hidayah turun buatnya. Semasa berusia 18 tahun, Shafie melanjutkan pelajaran di kota itu. Kebetulan, dia tinggal bersama rakan serumah yang agak baik.

"Apabila tinggal serumah, kami melakukan banyak aktiviti bersama-sama termasuk mengaji Al-Quran. Mereka ajak saya mengaji. Saya berasa tidak selesa."

"Saya tidak mahu mereka tahu saya tidak tahu mengaji Al-Quran. Tapi akhirnya saya kena mengaji juga. Saya malu, kawan-kawan lain baca dengan baik, sedangkan saya merangkak-rangkak. Mereka ajar saya sikit demi sikit, lama-kelamaan saya boleh mengaji dengan lancar."

Usia lanjut

"Saya sangat tertarik dengan bacaan seorang kawan yang sangat sedap suaranya. Saya rasa menyesal kerana tak pandai mengaji Al-Quran sebelum ini. Saya berusaha memperbaiki bacaan antaranya dengan bantuan kaset bacaan Al-Quran."

"Saya cuba hafal sedikit ayat-ayat Al-Quran yang mudah, lama-lama saya boleh hafal," ujarnya yang turut berjaya menyelesaikan pengajiannya dalam bidang perakaunan di London.

Bermula daripada usia yang agak lanjut untuk mempelajari Al-Quran iaitu pada usia 18 tahun, akhirnya pada umur 30 tahun, kandungan 30 juzuk Al-Quran sudah memenuhi kantung memorinya.

Ketika usia itu juga, beliau bersama beberapa kawan bertindak menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan untuk mendidik kanak-kanak termasuk anak-anak mereka menjadi al-hafiz.

Ia bermula dengan 12 murid. Maahad tahfiz itu turut mengajar bidang akademik seperti di sekolah biasa.

"Ramai orang yang mentertawakan saya. Mereka kata, boleh percayakah seorang lulusan perakaunan mengajar Al-Quran?"

Penampilan

"Ramai juga yang tidak percaya saya sudah menghafal Al-Quran 30 juzuk. Ya, saya telah bertalaqqi (membaca hafazan berhadapan) dengan ustaz-ustaz dari Indonesia dan Mali, tetapi bagaimana masyarakat boleh mempercayai saya?"

"Saya akhirnya menyertai pertandingan hafazan peringkat negeri Selangor. Tujuan utama saya adalah untuk menguji sejauh mana kemampuan saya."

"Tahun pertama saya sertai, saya tidak meraih apa-apa tempat, saya berusaha memperbaiki bacaan lagi. Dua tahun kemudian, saya sertainya sekali lagi dan bergelar naib johan negeri Selangor sebelum menjadi johan pada tahun berikutnya," ujarnya.

Dia kemudian turut ditawarkan untuk menjadi guru tahfiz di Masjid Negara. Shafie satu-satunya guru tahfiz di situ yang mempunyai kelulusan dari England berbanding guru-guru tahfiz yang lain dari Mesir.

Ketika ditemui, penampilannya juga berbeza daripada kebanyakan ustaz dan guru tahfiz apabila beliau selesa memakai kemeja, tidak memakai kopiah atau songkok.

Katanya, itu dirinya dan dia mahu memberi mesej kepada masyarakat bahawa agama bukan hanya milik ustaz-ustaz.

Masyarakat semakin mempercayai kebolehannya mengajar Al-Quran apabila berita salah seorang anaknya, Rabiah, mencipta rekod sebagai johan hafazan peringkat kebangsaan termuda tersiar di dada akhbar pada tahun 1999. Rabiah ketika itu baru berusia 12 tahun.

Shafie meyakini sistem pengajarannya sehinggakan kesemua anaknya disekolahkan di maahad tahfiznya.

Murid-murid di situ tidak ketinggalan pembelajaran akademik dan turut mengikuti peperiksaan seperti Siji Pelajaran Malaysia. Mereka juga berjaya ke menara gading seperti Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Madinah.

"Macam mana orang nak percaya kepada pengajaran kita kalau anak-anak kita sendiri tidak bersekolah dengan kita?" soalnya menunjukkan keyakinannya kepada sistem pengajarannya.

Kini, Shafie yang juga merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz al-Itqaan memberitahu, maahad itu kini bertaraf kolej kerana menawarkan pengajian diploma dan bercita-cita untuk menjadi universiti Al-Quran.

Ditanya reaksinya mengenai Paderi Terry Jones dari Dove Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat yang mencetuskan berang antarabangsa kerana berhasrat membakar Al-Quran baru-baru ini, jawapannya cukup bernas dan bukan terbit daripada api kemarahan semata-mata seperti kebanyakan kita.

"Kalau dulu, sewaktu saya jahil, saya akan marah kerana ia merupakan kitab saya, orang Islam. Tapi marah yang kosong kerana saya sendiri tidak tahu mengapa saya perlu marah sangat."

"Kini, saya juga marah. Tetapi, sebagai umat Islam, kita juga perlu melihat apa yang berlaku dari sisi positif. Kenapa ia berlaku?"

"Mungkinkah peristiwa itu Allah jadikan kerana mahu menyedarkan kita bahawa kita sudah terlalu jauh daripada Al-Quran?"

"Kita lemah kerana kita tinggalkan Al-Quran dan orang kafir sudah berani melakukan penghinaan kepada Al-Quran kerana mereka lihat kita sendiri tidak mengambil manfaat daripadanya," ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Figurin dan Bunga Tanah Liat

(Post: Bahasa Melayu)
" Perlahan-lahan satu persatu kelopak bunga orkid itu dibentuk dengan penuh teliti. Setelah puas dengan rupanya yang dianggap cukup sempurna, ia dicantum bagi membentuk sekuntum bunga orkid. "

Mungkin kedengaran leceh, tetapi proses itu sebenarnya belum berakhir. Kelopak dengan latar warna kuning itu juga perlu diwarnakan dengan tompok-tompok pelbagai saiz bagi menyamai orkid dari spesies Phalaenopsis. Itu cuma bunga, belum termasuk bahagian anatomi pokok yang lain.

Meskipun demikian, proses itulah yang disifatkan menyeronokkan bagi suri rumah sepenuh masa, Joanna Tan. Wanita berusia 41 tahun itu hakikatnya telah memulakan sesi kraf tangan untuk membentuk berpasu-pasu bunga orkid menggunakan medium tanah liat khas sejak Oktober lalu.

"Asalnya, saya nampak promosi tentang seni ini di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang. Tetapi, oleh sebab menetap di Kuala Lumpur sepenuh masa, saya terpaksa menunggu lebih setahun sebelum sesi ini dapat ditawarkan," ceritanya kepada Kosmo! di Yenji Clay Craft (Yenji) di Petaling Jaya.

Joanna yang berasal dari Pulau Pinang sebenarnya telah lama meminati seni kraf tangan dan peluang yang ditawarkan oleh Yenji terus diambil tanpa berfikir panjang. Lagipun, mempelajari seni itu bukan sekadar suka-suka.

Selain mampu mengasah daya kreativiti, ada sebab lain dia memilih untuk menghasilkan subjek orkid.

"Bila ada kawan-kawan yang hendak berpindah ke rumah baru, bolehlah saya hadiahkan hasil kraf tangan ini kepada mereka. Ini lebih bermakna kerana dihasilkan sendiri," tambahnya sambil memberitahu sepasu orkid kraf telahpun menjadi buah tangan untuk seorang rakannya.

Tidak memerlukan modal yang terlalu tinggi, Joanna telah mendaftar untuk pakej bernilai RM300 yang mengajar sesi menghasilkan bunga pelbagai spesies.

Pakej ini membenarkan pelajar menghasilkan tiga projek bunga berbeza termasuk projek Phalaenopsis yang wajib. Pilihan spesies bunga yang lain termasuk vanda, hyacinth, cymbidium, cattleya dan dendrobium.

Modal yang rendah

Menurutnya, walaupun kos bahan-bahan projek belum termasuk dalam harga pakej yang diambil, ia tidak memerlukan modal yang mahal.

"Kali pertama, saya perlu beli peralatan dan tanah liat serta pasu. Jadi, untuk menghasilkan tiga tangkai yang melibatkan lebih 20 kuntum bunga, kosnya adalah sekitar RM200," katanya sambil memberitahu pasu pilihannya sahaja berharga sekitar RM80.

Sebagai salah seorang daripada suri rumah yang mempelajari kraf tangan di Yenji, dia turut memberitahu, pusat pembelajaran kraf itu menawarkan pakej-pakej fleksibel.

Maknanya, setiap pakej yang ditawarkan tidak terikat dengan kekangan masa.

Kelebihan ini juga menjadi faktor pendorong bagi Penny Loke yang sanggup datang dari Seremban, Negeri Sembilan semata-mata untuk mengasah daya kreativiti menghasilkan kraf tanah liat. Ejen pengedar produk kesihatan itu telah menjadi pelajar di Yenji sejak Januari 2010.

Biarpun belum sampai setahun menjalani Kursus Latihan Guru, dia kini sudah sampai ke projek keempatnya. Turut memilih subjek orkid, Penny mengakui diri telah mencintai seni kraf tangan sejak kecil.

"Saya memang sudah lama ingin belajar kraf tangan. Malah, sebab terlalu suka, sewaktu di universiti pun saya ambil satu subjek seni," katanya yang menyimpan impian bergelar guru kraf tanah liat pada suatu hari nanti.

Tenaga pengajar utama di Yenji, Annie Ooi Yean Nee, 32, memberitahu, daya imaginasi pelajar ada ketikanya jauh lebih hebat daripada guru.

Dia yang memiliki lebih tiga tahun pengalaman dalam bidang penghasilan kraf tanah liat berpendapat rata-rata golongan suri rumah adalah kelompok yang mudah diajar, lebih fokus dan teliti.

"Mungkin ada yang menganggap suri rumah banyak menghabiskan masa di rumah sehingga tidak pandai berbuat apa-apa. Realitinya, mereka lebih mudah menumpukan perhatian terhadap setiap tunjuk cara," tambahnya.

Pemilik Yenji Clay Craft, Chris Khoo Seang Eng, 38, pula berkata, seni kraf tanah liat kini sangat popular di kalangan suri rumah.

Chris yang hampir tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan tanah liat termasuk mengajar seni kraf itu berpendapat subjek bunga adalah subjek pilihan kegemaran mereka.

Menurutnya, Yenji seakan-akan menjadi lokasi pertemuan suri rumah atas nama seni. Biarpun menerima pelajar dari pelbagai peringkat usia, Chris memberitahu, pakej yang fleksibel di pusat itu memudahkan golongan wanita itu datang mengikut waktu pilihan masing-masing.

"Kami tidak ingin mengehadkan masa untuk menyiapkan sesuatu projek kerana matlamat kami adalah untuk membiarkan pelajar masuk dan belajar secara rileks," katanya.

Dengan variasi pilihan kelas atau sesi kraf tanah liat, para pelajar berpeluang untuk bereksperimen dengan keseronokan menggulung, mengguli atau sekadar menempek-nempek tanah liat bagi menghasilkan bentuk yang diingini.

Bahan khas

Menariknya, medium tanah liat yang digunakan ini bukan seperti tanah liat tradisional yang mudah mengotorkan tangan. Ia merupakan campuran bahan-bahan khas termasuk pewarna semula jadi daripada buah-buahan. Tambahan lagi, kandungan tanah liat istimewa itu tidak membahayakan pengguna seperti kanak-kanak kecil.

Pada awal perniagaan ini dimulakan, Chris terpaksa mengimport tanah liat yang mahal dari Jepun. Selain kos yang lebih tinggi, dia juga perlu berdepan dengan beberapa masalah lain.

"Tanah liat import biasanya perlu dibeli secara pukal. Masalahnya, jika tidak laris dalam tempoh masa setahun, akibatnya, tanah liat akan menjadi keras dengan mudah. Jadi, ini sangat merugikan," tambahnya sambil memberitahu harga setiap pek tanah liat import seberat 250 gram (gm) berharga mencecah RM50.

Namun, masalah itu dianggap berakhir apabila Chris berjaya menghasilkan medium tanah liat tempatan menggunakan adunan khas setelah berkali-kali mencuba.

Tanah liat yang dihasilkan oleh keluarganya itu sekali gus mengurangkan bebanan yang terpaksa dihadapi sebelum ini. Malah, tanah liat tersebut lebih ringan dan mudah dibentuk.

"Orang muda lebih cenderung memilih pakej untuk menghasilkan figurin manakala mereka yang lebih berusia pula meminati subjek bunga."

"Penghasilan figurin tiga dimensi (3D) lebih memerlukan daya imaginasi dan aspek inilah yang kami ingin terapkan dalam pelajar," katanya yang mula mempelajari asas seni kraf tanah liat daripada seorang gadis Jepun lebih sedekad lalu.

Dalam proses pembelajaran membuat kraf, aspek paling penting yang dititikberatkan oleh tenaga pengajar adalah kaedah untuk melindungi kualiti tanah liat. Aspek itu diberi perhatian memandangkan tanah liat yang digunakan mudah kering apabila terdedah kepada udara.

Setakat ini, Yenji telah mempunyai lebih 3,000 pelajar yang mempelajari seni kraf tanah liat dalam kursus berbeza.

Menariknya, Chris menambah, seni kraf ini secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan sesama pasangan mahupun anak dengan ibu bapa. Itulah yang dinamakan kepuasan baginya sebagai pengusaha pusat seni kraf tersebut.

"Pernah beberapa kali, ada ibu bapa dan anak yang langsung tidak bercakap. Jadi, saya mendorong mereka agar mendaftar bersama-sama kerana apabila mereka mula membuat kraf sekali, maka, selepas itu mereka ada topik perbualan untuk dibincangkan," tambahnya mengakhiri perbualan.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, September 20, 2010

Novel di Penulisan2u

(Post: Bahasa Melayu)
" Penghasilan sesebuah novel yang bermutu tinggi dan mampu menarik peminat bukan perkara mudah untuk dilakukan jika tidak diiringi dengan sokongan daripada pelbagai pihak. "

Oleh kerana itu penghasilan karya kreatif seperti novel memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan platform efektif untuk mempromosikan hasil karya itu agar dikenali ramai.

Senario itu kadangkala memadamkan usaha novelis baru untuk bersama-sama berkarya mewarnai persada seni tanah air yang sememangnya memerlukan bakat-bakat baru dalam menghasilkan karya bermutu tinggi.

Bagaimanapun, kewujudan laman blog Penulisan2u berjaya memberi nafas baru kepada novelis-novelis muda dalam mengembangkan bakat penulisan mereka melalui alam maya.

Pengasas blog tersebut, Wan Mohd. Muzri Ramli, berkata, blog berkenaan dibangunkan pada awal tahun 2006 kerana minat mendalamnya terhadap penulisan kreatif selain ingin berkongsi bersama orang ramai hasil karya yang dihasilkan.

"Menariknya blog berkenaan bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan penulis dan pembaca novel tempatan malah dari negara luar seperti Brunei, Singapura serta Indonesia."

"Lebih membanggakan, laman blog yang dikunjungi sekitar 10,000 hingga 20,000 pengunjung setiap hari ini pernah dilamar beberapa syarikat penerbitan untuk menjalinkan kerjasama membukukan hasil karya penulisnya," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Wan Mohd. Muzri menambah, disebabkan sambutan menggalakkan, Penulisan2u terpaksa dinaik taraf menggunakan domain dan hosting berbayar melalui alamat www.penulisan2u.my dan juga www.penulisan2u.com.my.

"Penulisan2u ingin memberi ruang dan peluang kepada penulis khususnya yang baru dalam bidang kreatif untuk bersama-sama berkarya serta mengumpulkan peminat novel melalui satu hab penulisan."

"Setakat ini, Penulisan2u mempunyai kira-kira 300 hingga 500 penulis dan ia semakin bertambah saban hari," katanya.

Ujar lelaki itu lagi, penggiat seni yang ingin berkarya ataupun membaca dalam laman web itu tidak dikenakan sebarang bayaran.

Katanya, mereka juga tidak perlu mendaftar ataupun memasukkan kata laluan untuk membaca. Ia lebih mudah dan mesra pengguna malah, semua hasil karya dapat dibaca dengan mudah serta pantas.

"Sehingga kini, sudah beberapa novel dipasarkan dan ia mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan peminat novel tempatan," katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, September 4, 2010

Putrajaya Cell City Car

(Post: Bahasa Melayu)
" Barangkali ramai yang bersetuju dengan pandangan ini. Tempat-tempat parkir di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara sejak tahun 1999 makin sesak hingga tidak berkeupayaan menampung tetamu kerajaan lagi. "

Bahkan, tempias kepada dilema itu turut terkena kepada pekerja agensi kerajaan yang bekerja di sana.

Timbul juga suara-suara nakal yang mengatakan kesesakan parkir di Putrajaya itu menyamai dengan hiruk-pikuk dan kepadatan bandar raya Kuala Lumpur.

Idea kepada sistem Park & Ride yang diwujudkan Perbadanan Putrajaya (PPj) pula dipandang sepi dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usaha selanjutnya, PPj memutuskan tiada lagi tempat letak kereta percuma di Kompleks A, B, C, D dan E. Biarpun dua langkah itu belum berjaya secara menyeluruh, usaha itu sangat dihargai.

Namun, bagi sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), senario kepayahan mendapat tempat letak kereta tersebut menyuntik inspirasi dalam penciptaan kenderaan baru yang bakal mengubah wajah Putrajaya.

Enam pereka anak tempatan menghasilkan sebuah model kereta kompak elektrik berteknologi tinggi untuk membantu mengurangkan masalah kekurangan parkir di Putrajaya. Dengan saiz kereta yang lebih kecil, jumlah tapak parkir dapat digandakan.

Ketua Penyelidiknya, Sazrinee Zainal Abidin, 33, berkata, pembikinan kereta dengan mengetengahkan konsep futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car (PCCC) bertujuan untuk mengurangkan masalah parkir yang semakin kritikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

"Sebagai contoh, ruang parkir untuk 500 buah model kereta biasa pada hari ini, boleh menampung sehingga 1,000 buah PCCC," ujar Sazrinee yang membayangkan kemungkinan itu jika warga Putrajaya memiliki model ciptaannya.

PCCC mempunyai tiga tayar iaitu dua di hadapan manakala satu lagi di bahagian belakang kereta. Ia direka sedemikian rupa untuk memberi momentum perjalanan yang sekata dan memastikan pengendalian dengan lebih stabil sepanjang masa.

"Dalam pada itu, reka bentuk PCCC yang bersifat futuristik dijangka mampu memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa dahagakan sesuatu yang terkini dan canggih."

"Dari segi saiz pula, kereta kompak mesra alam ini mempunyai persamaan dengan jentera antarabangsa Smart keluaran Mercedes Benz dan kereta tempatan Perodua Kancil," kata Sazrinee.

Meskipun bersaiz kecil, kenderaan elektrik itu dianggarkan mampu memecut sehingga mencecah kelajuan 150 kilometer (km) sejam.

"Melalui penyelidikan yang dibuat, ia mencetuskan idea untuk mencipta kenderaan serba moden. Selain isu parkir, kereta ini mudah dikendalikan dan selesa dipandu di kawasan urban seperti Putrajaya."

"Kereta elektrik ini juga mampu menakluk kawasan berbukit-bukau dan bersimpang-siur sekali gus menjadikannya sebuah kenderaan yang unik," beritahu penyelidik wanita ini.

Kereta mesra alam

Kehebatan kereta kompak itu bereksprimentalkan mesra alam kerana tidak bergantung kepada sumber petrol mahupun diesel.

Penekanan terhadap mesra alam merupakan antara kriteria penting dalam pembikinan kereta kompak itu jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain.

Selain Sazrinie, pereka-pereka lain yang turut menggembleng tenaga dan idea termasuklah penuntut di Fakulti Seni Bina dan Reka Bentuk, Mohd. Amil Faesal Fauzi, 27; dan kumpulan pensyarah dari fakulti terebut iaitu Mohd. Shahrizal Dolah, 38; Shahrul Azman Shahbudin, 43; Muhamad Faizal Che Leh, 37 serta Dr. Zulkifli Muslim, 49.

Dalam mengartikulasikan ilham reka cipta kereta serba canggih dan mesra alam itu, anak-anak tempatan tersebut mengambil masa kira-kira lebih kurang setahun.

Seperti penghasilan produk-produk baru yang lain, mereka juga tidak terkecuali dalam berdepan dengan cabaran dan dugaan.

Cabaran utama adalah bagi memastikan keselesaan dan kesesuaiannya reka bentuknya kepada pengguna kelak.

Mereka perlu mengutamakan penggunaan teknologi hijau dalam pembikinan kereta kompak berkenaan agar ia bersesuaian dengan keperluan tenaga masa hadapan.

"Menyedari kereta elektrik dilihat bakal menjadi teknologi kenderaan pada masa hadapan, penggunaan sumber elektrik ditekankan dalam pembikinan kereta ini."

"Penggunaan sumber bateri pada kereta kompak ini juga mampu bertahan selama 48 jam. Jadi pengguna boleh menggunakan jentera berkenaan selama dua hari tanpa perlu mengecasnya semula," ujarnya.

Kata Sazrinie, pengeluar kenderaan turut memberi perhatian dalam memulihara alam sekitar dan secara tidak langsung mereka mengeluarkan kenderaan kos efektif kepada pengguna.

Dalam pada itu, Sazrinee menegaskan aspek keselamatan merupakan perkara yang dititikberatkan.

Kos efektif

Ujarnya, aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan dalam pembangunan dan penyelidikan jentera seperti kereta kompak ini supaya ia selamat digunakan.

"Kita tidak melupakan aspek penyelenggaraan yang kos efektif kerana tidak mahu membebankan orang ramai yang ingin menggunakan jentera itu kelak," katanya.

Adakah kenderaan elektrik itu dihasilkan untuk kegunaan penduduk atau mereka yang bekerja di Putrajaya sahaja?

Sazrinie menjawab, buat masa ini sasaran mereka hanya tertumpu di bandar itu tetapi ia akan berubah sekiranya ada permintaan daripada pengguna.

"Kita tidak boleh meramal masa hadapan tetapi jika ada permintaan tidak mustahil ia digunakan di tempat lain selain di Putrajaya," ujarnya.

Menyentuh mengenai bahan-bahan yang akan digunakan dalam pembikinan PCCC, Sazrinee memberitahu, ia masih dalam peringkat konsep mereka bentuk.

Sehubungan itu, aspek reka bentuk masih ditekankan untuk memenuhi kriteria keperluan dan profil bandar Putrajaya pada masa hadapan.

Bahan-bahan yang bakal digunakan masih di peringkat kajian untuk memastikan kesesuaian tersebut. Secara keseluruhannya, kenderaan itu masih belum dihasilkan tetapi hanya model mini telah disiapkan.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::